Malaysia Adalah Kapal Yang Sedang Karam Gaji Tak Setimpal Kerja


Isu gaji tidak setimpal kerja bukan sahaja dihadapi oleh golongan biasa, malah turut menjadi 'barah' dalam kalangan pekerja profesional dan di Twitter, topik itu sekali lagi hangat dibincangkan selepas seorang individu memuat naik satu kenyataan yang menyamakan kehilangan bakat-bakat tempatan sebagai 'eksport' terbesar negara ini.


"Eksport terbesar Malaysia bukanlah produk elektrik dan elektronik, bukan kimia, bukan petroleum, bukan minyak kelapa sawit.

"Kita adalah pengeksport terbesar bakat-bakat tempatan. Kita membantutkan pertumbuhan sendiri dengan mengeksport setiap bakat yang ada dari pekerja berkemahiran, jurutera, doktor dan saintis," ujar kenyataan itu.

Disifatkan sebagai hakikat yang pahit untuk ditelan, ramai pelayar Twitter nampaknya bersetuju dengan kenyataan itu dan menganggap ia sebagai satu kerugian besar untuk negara.

"Kepakaran yang sama, skop kerja yang sama, tapi gaji berbeza. Dapat dekat pekerja tempatan RM2,000, dapat dekat foreigner RM8,000. Malaysia ada ramai orang bijak pandai, tapi tu la.

"Betul. Saya terkejut bagaimana bernilainya bakat saya berbanding di tanah air sendiri. Sedih apa yang berlaku dengan negara kita. Rakyat Malaysia sebenarnya tabah dan bekerja keras.

"Tahun ini saja lima orang bekas rakan sekerja berpindah ke Australia, United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat," tulis beberapa individu.

Menurut pemilik akaun Twitter @bongkersz, ada dalam kalangan rakan-rakannya turut berhijrah ke Singapura untuk masa depan yang lebih cerah.

"Rakan-rakan universiti saya yang pergi ke Singapura selepas tamat pengajian tidak pernah kembali ke Malaysia untuk bekerja lagi.

"Singapura adalah penerima terbesar graduan kita. Semak sahaja berapa ramai graduan, pelajar kelas pertama di Singapura," ujarnya.

Selain itu, beberapa pelayar Twitter turut senada dengan sentimen itu dan menyifatkan Singapura sebagai 'lubuk' pekerjaan dengan bayaran yang lebih lumayan.

"Jangan cakap yang master, PhD. Aku yang SPM ni pun sanggup kerja Singapura berulang-alik. Bayaran bagus (kadar tukaran mata wang), senang nak cuti raya kerana tak payah berebut dengan Melayu lain. Ada gaji 13 bulan.

"Adik lelaki saya lulusan Amerika Syarikat dari 10 sekolah perniagaan terbaik di bawah biasiswa MARA memilih untuk menetap di Singapura. Daripada dapat RM10,000, dia lebih suka ada SGD10,000. Dia kata Malaysia adalah kapal yang sedang karam.

"Daripada 10 pelajar terbaik yang saya kenali, semuanya meneruskan pekerjaan impian mereka di luar negara. Tiga daripadanya berada di Singapura.

"Kebanyakan rakan sekelas saya dari sekolah kini di Singapura atau beberapa negara barat lain," tulis beberapa netizen.

Cikgu tadika islamik mengadu kerja teruk, tanggungjawab berat tapi gaji RM450

Biarpun pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sebanyak RM1,500 bermula pada 1 Mei 2022 lalu, masih wujud majikan degil yang menawarkan angka terlalu rendah buat kakitangan mereka.

Menerusi laman Twitter, pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya memuat naik tangkap layar luahan hati seorang guru tadika yang hanya dibayar RM450 sebulan.

"Assalamualaikum tuan, saya perlukan bantuan untuk bertanya. Normal ke masih bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang meningkat sekarang ni?

"Saya bekerja sebagai guru di sebuah tadika islamik yang saya tak nak sebut namanya," ujar individu itu dalam mesej berkenaan.

Fedtri memuat naik tangkap layar mesej dan mengakui dia sendiri tidak dapat membayangkan situasi yang dilalui guru tersebut.

Dia turut memuat naik mesej yang dihantar seorang lagi individu, mendakwa turut berdepan situasi sama, malah tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Saya pun gaji RM450 sebulan. Kerja dari 7 pagi sampai 6 petang. Tiada KWSP. Semua tak ada. Saya pekerja taska. Mohon sorok nama Twitter saya kalau nak post," ujar individu itu kepada Fedtri.

Dalam siri pendedahan itu, seorang lagi mangsa turut berkongsi luahan hatinya kepada Fedtri, mendakwa dibebani dengan kerja namun dibayar pada harga tidak setimpal.

"Untuk pengetahuan, saya bekerja 7.30 pagi sehingga 1 petang. Saya jaga 19 orang budak dalam sekelas. Dengan target yang tinggi untuk akademik, hafal surah dan hadis.

"Saya baru mengajar tahun lepas. Saya bukan bersuara untuk saya seorang. Kebanyakan rakan kerja pun memang cakap benda yang sama, cuma kami tak ada keberanian dan saluran untuk menyuarakan pasal gaji ni.

"Contoh dah bekerja hampir 10 tahun pun masih bergaji RM500 sebab kebanyakan rakan kerja ni dah berusia," dakwa individu itu dalam mesejnya kepada Fedtri.

Selain menerima lebih 3,000 ulang kicau (retweet), ramai netizen turut meluahkan rasa berang atas penganiayaan yang dilakukan oleh insitusi pendidikan tersebut.

"Cikgu tadika sumpah kesian. Teman wanita kerja sampai malam, sikit OT pun tak ada. Hari tu tadika dia pindah, dia yang kena alihkan barang. Hairan aku, ni ke tugas guru?

"Bukan ke kerajaan dah tetapkan gaji minima RM1,500? Ke guru tadika atau taska ni tak termaktub dalam penggajian minimum tu?

"Tadika memang kedekut nak mampus. Ingat senang ke nak jaga budak. Apa-apa kita yang kena tanggung," tulis beberapa netizen.

Kerja Macam Buruh Paksa!


Bekerja hampir 12 jam, namun gaji yang diterima langsung tidak setimpal!

Demikian luahan yang dilontarkan seorang lagi pengguna media sosial mengenai nasibnya dan kebanyakan individu yang bekerja sebagai pembantu taska.

Menurut hantaran yang dikongsikan, individu tersebut mendakwa pembantu taska sudah lama dibelenggu isu gaji yang disifatkan sangat rendah dan tidak mengikut garis panduan pelarasan gaji minimum.

"Kenapa pembantu taska tak boleh terima gaji minimum macam orang lain? Sebelum ini gaji minimum RM1,200, pembantu taska dapat RM1,000 sahaja,

"Ada tempat yang terima kurang daripada itu. Mulai bulan ini gaji minimum naik RM1,500 (namun) kami hanya dapat naik RM1,200," luahnya.

Lebih membuatkannya terkilan, hal yang berbeza pula dilalui oleh pemilik taska yang didakwanya menjalani kehidupan mewah hasil yuran yang dikenakan terhadap kanak-kanak.

"Owner taska ambil bayaran seorang budak RM300 hingga RM1,000. Kalau dikira jumlah sebulan boleh cecah RM10,000 hingga RM25,000.

"Owner pakai kereta Honda dua hingga tiga buah, pakai barang branded sana sini. Tapi gaji bangla (Banglades) buruh lagi tinggi daripada kami staf taska.

"Sudahlah gaji sesetengah taska ada yang bayar guna personal account sahaja walaupun taska besar megah. Kerajaan memang tak boleh buat apa-apa ke?," luahnya lagi.

Tambahnya lagi, bebanan kerja yang kadang kala menjangkau sehingga 12 jam sehari tanpa bayaran kerja lebih masa, berserta isu gaji yang tidak mendapat pembelaan sedikit sebanyak membuatkan golongan sepertinya tertekan.

"Kerja kami lagi stres sebab menguruskan budak-budak. Guna tenaga dan mental.

"Yang mula-mula kerja memang semua suka budak-budak, tapi lama-lama stres gaji sangat tak setimpal dengan apa yang kami hadap setiap hari," tulisnya lagi.

Luahan yang disuarakan individu tersebut meraih perhatian dan mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya turut melahirkan simpati dengan nasib yang dialami individu berkenaan.

"Kalau report dekat Jabatan Buruh mesti sangkut punya. Tak ada perikemanusiaan ke? Pakai gelang besar-besar, hak pekerja dinafikan.

"Jumpa pemilik taska. Luahkan perasaan ketidakpuasan hati kamu. Jika tak dapat perhatian, bagi notis berhenti. Lepas tu offer dekat ibu bapa siapa nak hantar anak, boleh hantar ke rumah kamu.

"Pernah kerja taska, memang gaji murah gila RM500 je. Seawal pukul 6.30 pagi kena ada di taska, balik pukul 6.00 petang. Jaga baby berapa orang, memang letih. Sebulan je kerja kemudian berhenti," demikian antara komen netizen.

SYARAT GAJI MINIMUM


Berdasarkan warta kerajaan, kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat dan sebagainya berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022.

Kadar gaji minimum yang perlu dibayar kepada seseorang pekerja adalah sebanyak RM1,500 atau berdasarkan bilangan hari bekerja dalam seminggu.

Jika enam hari bekerja, pekerja itu harus dibayar RM57.69 sehari, RM69.23 sehari (lima hari bekerja) dan RM86.54 sehari (empat hari bekerja) dengan setiap jam bersamaan RM7.21.

Berhubung seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok, tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

Apa kata menteri? Masih hidup ke?

BACA INI JUGA: 8 Pekerjaan 'Susah' Di Malaysia Yang Dibayar Gaji MurahPotongan Cukai Pendapatan 48% Dari Gaji, Tapi Kenapa Jerman Lebih 'Islamik' Berbanding Kebanyakan Negara Islam?
sumber: (1)(2)(3)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/06/kerja-di-malaysia-gaji-murah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Biola Saksi Kapal Titanic Karam Tenggelam Yang Dilelong

Inilah Biola Saksi Kapal Titanic Karam Tenggelam Yang Dilelong

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 141 hits
Sebuah biola yang dimainkan pemuzik di dalam kapal persiaran mewah TITANIC untuk menenangkan penumpang ketika kapal itu sedang karam tenggelam dijual dalam satu lelongan menjadikan ia salah satu barangan memorabilia termahal yang pernah ter...
62 Rakyat Malaysia Bersetuju Untuk Kerja 4 Hari Seminggu Waktu Kerja Pula Dijangka Lebih Panjang

62 Rakyat Malaysia Bersetuju Untuk Kerja 4 Hari Seminggu Waktu Kerja Pula Dijangka Lebih Panjang

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 206 hits
SEBUAH firma pengendali tinjauan dalam talian Qualtrics telah mengeluarkan satu data dimana 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiti sepanjang empat hari bekerja seminggu Qualtrics juga telah mengeluarkan peratusan...
Tragis Kapal Karam Terbelah Dua Akibat Ribut

Tragis Kapal Karam Terbelah Dua Akibat Ribut

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 191 hits
Seramai 27 kru dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas kapal dinaiki mereka terputus dua akibat dibadai ribut tropika Chaba yang melalui Hong Kong dan selatan China baru baru ini Pihak berkuasa berkata peluang untuk menemui 27 kru ka...
Negara Jiran Kita Membina Ibukota Baharu Tetapi Malaysia Sedang Merunthkan Bangsa Sendiri Dengan Najis Rasuah

Negara Jiran Kita Membina Ibukota Baharu Tetapi Malaysia Sedang Merunthkan Bangsa Sendiri Dengan Najis Rasuah

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 167 hits
Ibu kota baharu Indonesia Nusantara mula dibina Ogos iniAstro AwaniJun 24 2022 Jokowi ketika mengadakan lawatan ke Bendungan Sepaku Semoi di Penajam Paser Utara yang pembinaannya sudah mencapai 56 peratus dengan jangkaan selesai awal 2023 T...
Kapal Bawa Muatan Pasir Karam 2 Pekerja Hilang

Kapal Bawa Muatan Pasir Karam 2 Pekerja Hilang

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 173 hits
Lokasi kejadian dua pekerja kapal membawa muatan pasir dilaporkan hilang selepas kapal terbabit karam di Sungai Batang Igan Sibu PETALING JAYA Dua pekerja kapal membawa muatan pasir dilaporkan hilang manakala dua lagi berjaya diselamatkan s...
Majoriti Pekerja Malaysia Sebulat Suara Mahu Kerja 4 Hari Seminggu

Majoriti Pekerja Malaysia Sebulat Suara Mahu Kerja 4 Hari Seminggu

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 165 hits
PENAFIAN GAMBAR YANG DIGUNAKAN DALAM ARTIKEL INI HANYA SEKADAR HIASAN Sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti sepanjang empat hari bekerja seminggu demikian mengikut tinjauan oleh syarikat pengurusan pe...
Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Foodpanda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan Rm2 600

Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Foodpanda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan Rm2 600

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 305 hits
PelbagaiJawatan Kosong Terkini Food Panda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan RM2 600 Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Minggua...
Dikatakan Hubungannya Dengan Fazura Sedang Bermasalah Sekali Rizman Ruzaini Tampil Beri Respon

Dikatakan Hubungannya Dengan Fazura Sedang Bermasalah Sekali Rizman Ruzaini Tampil Beri Respon

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 243 hits
Rizman dan Ruzaini sentiasa doakan kejayaan Fazura Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menjawab desas desus kononnya hubungan baik mereka dengan pelakon Fazura kini bermasalah dan tidak lagi seperti dahulu
Instagram Sedang Uji Mod Baharu Yang Hampir Sama Macam Tiktok

Instagram Sedang Uji Mod Baharu Yang Hampir Sama Macam Tiktok

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 156 hits
Instagram dilaporkan sedang menguji mod skrin penuh baharu untuk nbsp feed dan bar navigasi yang dikemaskini dengan harapan dapat menjadikan kandungan pada platform lebih mudah ditemui Ujian itu yang telah dilancarkan kepada sebilangan
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya