Tok Mat Saran Bn Sabah Usul Perjanjian Malaysia Baharu Tuntut Hak Negeri


 
Mohamad Hasan berkata aspirasi Perjanjian Malaysia Baharu mestilah mengiktiraf hak yang menjadi asas kepada Sabah termasuk Sarawak. (Gambar Bernama)PENAMPANG: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan mencadangkan kepada kepimpinan BN Sabah supaya mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu sebagai jalan ke hadapan yang lebih konkrit ke arah merealisasikan hak dan tuntutan negeri itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Beliau berkata perjanjian baharu itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu dalam memugar seterusnya mengembalikan hak serta kepentingan Sabah namun pada masa sama, menguatkan Persekutuan Malaysia.
“Kita mesti mempunyai jalan keluar untuk isu ini. Ia telah berlarutan sekian lama dan rakyat Sabah mahukan jalan ke hadapan yang konkrit. Pada tahap rundingan dan persefahaman yang berlangsung sekarang, saya rasa ia tidak menjurus kepada sebuah persefahaman dan persetujuan diharapkan.
“Mungkin kita memerlukan perjanjian baharu… MA63 pada pandangan saya, semangat dan aspirasinya adalah dalam konteks yang sangat berbeza. Zaman telah berubah. Malaysia juga telah banyak berbeza.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“Masa depan pula penuh dengan rahsia dan potensi luar biasa. Pastinya kita mesti melihat semuanya dalam konteks masa depan, bukan lagi terus pegun dengan sejarah silam,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen BN Sabah.
Mohamad berkata, aspirasi Perjanjian Malaysia Baharu mestilah mengiktiraf hak-hak yang menjadi asas kepada Sabah termasuk Sarawak dan usaha mengembalikannya juga harus sesuai dengan semangat pembentukan Malaysia serta kepentingan masa depan bersama.
“Kita wajar mengusulkan perjanjian baharu ini kerana kita mesti memberikan dimensi baharu kepada sistem federalisme kita. Devolusi pemusatan kuasa di Pusat kepada semua wilayah dan negeri dalam Malaysia adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Persekutuan Malaysia,” katanya.
Timbalan presiden Umno itu berkata BN Sabah juga perlu mengemukakan rancangannya dalam usaha meneroka segala potensi ekonomi negeri seiring hasrat parti untuk membangunkan Sabah menjadi kuasa besar baharu ekonomi untuk Malaysia.
Beliau berkata kedudukan Sabah yang sangat strategik serta dekat dengan Asia Timur manakala perkongsian sempadan dengan negara Filipina, Brunei dan Indonesia wajar dijadikan pemangkin untuk memperkasakan lagi pembangunan ekonomi negeri itu.
“Potensi dan sumber baharu mesti diteroka. Peralihan kepada ekonomi masa hadapan dalam pelbagai sektor asas seperti pertanian, perikanan, pelancongan dan perindustrian mesti diarusperdanakan,” katanya.
Mengulas persiapan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Mohamad berkata semua pemimpin dan ahli BN khususnya di Sabah perlu memberi citra baharu dengan sentuhan serta imej berbeza yang berupaya menghasilkan gelombang biru lebih padu di negeri itu.
Beliau berkata Sabah adalah wilayah yang sangat penting dalam usaha membentuk kerajaan BN Persekutuan yang stabil kerana tanpa Negeri Di Bawah Bayu, gabungan politik itu akan berdepan kesukaran untuk mendapat majoriti diperlukan.
“Tanpa kerusi dari Sabah, ketidakstabilan akan terus menjadi landskap politik Malaysia,” katanya sambil menambah perjalanan BN di Sabah sangat unik dan sepanjang ia memerintah, kedudukan politik di negeri itu amat stabil sehingga digelar ‘simpanan tetap’ BN.
Mohamad juga mahu kepimpinan dan ahli BN mengambil pengajaran daripada episod PRU14 pada 2018 yang menyaksikan gabungan politik itu gagal mempertahan kelangsungan membentuk kerajaan.
Justeru, katanya Konvensyen BN Sabah adalah amat penting dalam menggembleng kesepaduan antara pemimpin dan ahli parti untuk mencetuskan semula gelombang BN di negeri itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/tok-mat-saran-bn-sabah-usul-perjanjian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Without Sabah Sarawak And Rural West Malaysia Umno Is Dead

Without Sabah Sarawak And Rural West Malaysia Umno Is Dead

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 249 hits
The war between Umno members who continue to hunger for power and those within the Malaysian government reached new heights following the sacking of Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman from the party s Supreme Council Questions are now being a...
Asia Times Interview Tok Mat Says Full Context Is On Right To Fair Trial For All

Asia Times Interview Tok Mat Says Full Context Is On Right To Fair Trial For All

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 300 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan has insisted that his statements made in a recent interview with Hong Kong based Asia Times must be read in totality and in its full context of the right of all individuals to a fair trial otherwise reade...
Mohamad Suggests Sabah Bn To Propose New Malaysia Agreement

Mohamad Suggests Sabah Bn To Propose New Malaysia Agreement

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 231 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan said the New Malaysia Agreement needed to be underpinned by a new spirit context and aspirations in restoring the rights and interests of Sabah and at the same time strengthening the Federation of Malaysia 8211 Bern...
Negara Jiran Kita Membina Ibukota Baharu Tetapi Malaysia Sedang Merunthkan Bangsa Sendiri Dengan Najis Rasuah

Negara Jiran Kita Membina Ibukota Baharu Tetapi Malaysia Sedang Merunthkan Bangsa Sendiri Dengan Najis Rasuah

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 193 hits
Ibu kota baharu Indonesia Nusantara mula dibina Ogos iniAstro AwaniJun 24 2022 Jokowi ketika mengadakan lawatan ke Bendungan Sepaku Semoi di Penajam Paser Utara yang pembinaannya sudah mencapai 56 peratus dengan jangkaan selesai awal 2023 T...
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Gaji Rm1 353 Rm9 585 Minima Spm Layak Memohon

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Gaji Rm1 353 Rm9 585 Minima Spm Layak Memohon

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 231 hits
Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah Mingguan Kerja hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonanSegala pe...
Permohonan Online Bantuan Baiki Rumah Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

Permohonan Online Bantuan Baiki Rumah Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 813 hits
Bantuan Baiki Rumah ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa bagi mereka yang memerlukan Syarat KelayakanSyarat kelayakan baiki rumah di setiap negeri K...
Tok Mat Dan Najib Cuba Cerita Hal Sebenar Tentang Gerakan Undurkan Zahid Hamidi

Tok Mat Dan Najib Cuba Cerita Hal Sebenar Tentang Gerakan Undurkan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 220 hits
Antara perkara yang didedahkan oleh bekas ahli MT yang dipecat Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang medianya semalam ialah tentang gerakan pemimpin kanan UMNO yang pernah dilakukan pada tahun 2020 untuk memaksa Zahid Hamidi berundur daripada ...
Pm Perlu Bertindak Komen Tun M Malaysia Ada Hak Di Riau

Pm Perlu Bertindak Komen Tun M Malaysia Ada Hak Di Riau

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 272 hits
PM perlu bertindak komen Tun M Malaysia ada hak di RiauPosted By on June 27 2022Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang menyentuh mengenai hak Malaysia ke atas Kepulauan Riau baru baru ini telah mencetuskan ketidak tentera...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights