Anyam Ketupat Pasar Sehari Sebelum Raya



Anyam Ketupat Pasar Sehari Sebelum Raya
Masa awal perkahwinan dulu, kami sambut raya pertama sebagai suami isteri adalah di kampung aku. Paling lewat kami akan sampai ke kampung halaman adalah sehari sebelum raya. Jadi masih sempat tolong emak buat persiapan raya termasuk anyam ketupat. Biasa kami ramai-ramai akan anyam ketupat pada malam raya.

Ketupat yang menjadi makanan ruji kami sekeluarga masa hari Raya adalah ketupat Palas, yang isinya pulut tu. Pulut merupakan makan kegemaran arwah abah jadi kami anak-anak terikut-ikut suka makan pulut. Berlainan pula dengan suami, pertama kali beraya bersama dia pelik kami tak masak ketupat. Ala ketupat segi empat tu.

Oleh sebab ketupat segera segi empat tu boleh dibeli di pasaraya jadi memang itu lah yang menjadi pilihan untuk mudahkan kerja. Nak anyam ketupat guna daun kelapa tu agak renyah dan bukan mudah nak kuasi kemahiran buat sarung ketupat. Sabar kena tinggi dan rasanya adik beradik aku tiada kemahiran anyam ketupat.



Tradisi Anyam Ketupat di Malam Raya
Kalau di sebelah keluarga suami, memang menjadi tradisi sebelum hari raya akan anyam ketupat Pasar atau ketupat bawang untuk dijadikan menu di pagi Raya. Memang mak mertua dah ajar adik beradik suami cara anyam ketupat segi empat baik lelaki mahupun perempuan. Jadi aku beruntung suami tahu anyam ketupat.  

Lepas kahwin dengan suami baru aku tahu ketupat segi empat ni banyak jenis rupanya. Suami pandai anyam ketupat Pasar dan Ketupat Bawang, manakala jenis ketupat yang lain adalah seperti ketupat bantal, ketupat burung, ketupat lembu dan banyak lagi. Kalau korang tanya aku, ada satu jenis je ketupat; ketupat segi empat. Lol


Bersyukur sangat tahun ni, oleh sebab raya di rumah sendiri suami rajin nak anyam ketupat. Yeay. Pagi-pagi lagi dia dah keluar mencari daun kelapa. Rezeki dia terjumpa daun kelapa cantik dan panjang. Sesuai la nak anyam ketupat Pasar idaman hati


Tugas aku ialah beri sokongan moral dan tolong rebus. Kalau nak suruh aku belajar di usia emas ni memang aku surrender lah. Kalau suruh anyam ketupat palas aku boleh. Laju je aku buat. Daun Palas memang dah sold out awal lagi. Jadi memang tahun ni aku puasa ketupat Palas la agaknya.

Belajar Cara Anyam Ketupat
Aku rasa rugi sangat sebab tak belajar dari muda cara anyam ketupat, kalau lah kesedaran tu tinggi alangkah indahnya. Aku ada upload di Facebook gambar suami anyam ketupat dan dapat pelbagai reaksi dari kawan-kawan dan adik beradik. Ada yang nak beli sarung ketupat tak kurang juga ramai yang mengaku tak ada kemahiran anyam ketupat.  


Ada yang dah siap tempah sarung untuk raya tahun hadapan. Kemain awal book eh. Ramadan tahun depan belum pasti masih hidup atau tak. Umur panjang boleh la terima tempahan sarung ketupat. Sementara nak tunggu raya tahun depan, korang sebenarnya boleh belajar sendiri. Banyak je tutorial cara anyam ketupat di internet terutama Youtube. Paling penting kena rajin je.

Apa pun dah sebulan kita berpuasa, Alhamdulillah syukur dipanjangkan umur untuk menyambut raya. Semoga Raya aku, korang dan kita semua pada tahun ini membawa seribu kenikmatan yang akan kita ingat sampai bila-bila.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/05/anyam-ketupat-pasar-sehari-sebelum-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aneka Resipi Ketupat Hidangan Wajib Di Pagi Raya

Aneka Resipi Ketupat Hidangan Wajib Di Pagi Raya

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 662 hits
hi there ketupat dan hari raya sangatlah sinonim dan menjadi juadah wajib untuk dihidangkan kepada tetamu dan kali ini mrs pip kongsikan aneka resipi ketupat yang mudah dan menarik yang boleh anda cuba Selama ini mrs pip tidak pernah tahu b...
Cara Paling Ringkas Anyam Ketupat

Cara Paling Ringkas Anyam Ketupat

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 681 hits
AssalamualaikumBismillahSejujurnya aku sendiri tidak pandai anyam ketupat Tetapi tahun ini aku nak belajar anyam ketupat sendiri Jadi aku dah simpan awal awal tutorial kat blog supaya setiap tahun boleh rujuk kat sini Cara Paling Ringkas An...
Resipi Rendang Kerang Sedap Makan Time Raya Cicah Dengan Ketupat Memang Padu

Resipi Rendang Kerang Sedap Makan Time Raya Cicah Dengan Ketupat Memang Padu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 647 hits
Rendang merupakan salah satu menu wajib untuk dibuat ketika hari raya tak kisahlah nak buat rendang apa rendang daging rendang ayam malah rendang kerang sekalipun makan dengan ketupat atau nasi impit bersama kuah kacang memang terangkat ras...
Bila Poslaju Cuti Raya 2020 Tarikh Akhir Pos Sebelum Raya 2020

Bila Poslaju Cuti Raya 2020 Tarikh Akhir Pos Sebelum Raya 2020

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 9058 hits
Tarikh last penghantaran pos sebelum raya 2020 bila poslaju cuti raya 2020 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Ada yang sedang menunggu postage tiba di rumah ke Atau sedang menanti barang yang dipos sampai kepada tuan empunya badan ...
Sambutan Hari Raya Dan Gawai Hanya Sehari Sahaja Di Sarawak

Sambutan Hari Raya Dan Gawai Hanya Sehari Sahaja Di Sarawak

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 413 hits
KUCHING 13 Mei Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini memutuskan supaya Hari Raya dan Hari Gawai di negeri ini disambut untuk sehari sahaja Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dalam garis panduan prosedur ...
Tindakan Tegas Terhadap Pasar Raya Jual Mahal Penutup Mulut Hidung Nanta

Tindakan Tegas Terhadap Pasar Raya Jual Mahal Penutup Mulut Hidung Nanta

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 346 hits
MELAKA 13 Mei Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pasar raya yang didapati cuba mengambil kesempatan terhadap orang ramai dengan memaksa mereka membeli penutup mulut dan hidung pada harga yang tinggi sebelum memasuki premis mereka Menter...
Ustaz Ebit Lew Pohon Doa Mahu Buka 10 Cawangan Pasar Raya

Ustaz Ebit Lew Pohon Doa Mahu Buka 10 Cawangan Pasar Raya

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 468 hits
Meskipun sumbangannya sebelum ini dipertikaikan segelintir pihak namun ia tidak mematahkan semangat Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan Malah Ustaz Ebit sendiri ...
Tak Patuh Sop Pasar Raya Terkemuka Di Jb Diarah Tutup

Tak Patuh Sop Pasar Raya Terkemuka Di Jb Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 387 hits
Sebuah pasar raya terkemuka di Tebrau JB diarah tutup apabila tiada amalan jarak sosial tidak memastikan cecair pembasmi kuman digunakan dan tiada kawalan pengunjung JOHOR BAHRU Sebuah pasar raya terkemuka di Taman Desa Tebrau diarahkan tut...
Pasar Raya Akan Diarah Tutup Jika Benar Orang Tua Kanak Kanak Masuk Polis Kedah

Pasar Raya Akan Diarah Tutup Jika Benar Orang Tua Kanak Kanak Masuk Polis Kedah

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 352 hits
ALOR SETAR Pemilik pasar raya atau pusat beli belah di negeri Kedah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dengan membenarkan kanak kanak dan orang tua dibawa masuk akan diarah menutup ope...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu