Anwar Tokoh Retorik Tidak Mampu Selesai Masalah Ekonomi Negara Khairuddin



(Astro Awani) – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tokoh politik yang retorik dan tidak mampu untuk menanggung serta menyelesaikan pelbagai masalah ekonomi mikro dan makro negara.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, sejarah juga telah membuktikan bagaimana bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu sendiri merosakkan ekonomi negara pada tahun 1997.
“Pada waktu itu perdana menteri kata kita tidak boleh menerima dasar Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi Anwar telah menerima jawatan selaku pengerusinya.
“Akhirnya, kerosakan ekonomi negara yang disebabkan oleh percaturan silap Anwar terpaksa diperbetulkan semula oleh Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tun Daim Zainuddin pada waktu itu.
“Pada saat itu, negara sudah berada di ambang bankrap kerana dasar-dasar Anwar yang salah dari pelbagai segi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Khairuddin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim di dalam sebuah portal yang mencadangkan Dr Mahathir supaya meletak jawatan selepas apa yang didakwanya perdana menteri seperti hilang punca dan hilang daya dalam menyelesaikan beberapa isu kritikal negara.
Jelas Hassan, sudah sampai masanya proses peralihan jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir kepada Anwar dapat dilaksanakan dengan segera sekarang ini sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hendak diselamatkan.
Dalam pada itu, Khairuddin mempertikaikan kredibiliti Hassan yang disifatkan hanya ahli politik kerdil dan hanya mampu melihat dari perspektif yang sempit sahaja.
“Apa Hassan ingat Anwar mampu untuk menyelesaikan permasalahan ekonomi dan hutang negara masa kini yang mencecah lebih dari RM1.2 trilion?
“Di mana Hassan pada saat negara menghadapi masalah gawat ekonomi dunia pada tahun 1997? Hassan sudah lupa dengan peristiwa Anwar tunduk kepada pemimpin-pemimpin barat serta IMF?
“Hassan perlu tanya Anwar sama ada dia mampu untuk mentadbir tanah air ke arah menyelesaikan semua permasalahan negara di saat ini?” soalnya.
Khairuddin menambah, Anwar hari ini dilihat tidak berani untuk memikul tanggungjawab selaku ketua negara bagi menangani pelbagai polemik dan musibah yang ditinggalkan oleh rejim kleptokrasi.
“Kalangan inilah yang kemungkinannya boleh menggagalkan buat kali kedua untuk Anwar menjadi perdana menteri kerana mereka ini terlalu tidak sabar.
“Sekiranya boleh, saya ingin memohon Hassan menunjukkan sama ada apa-apa perjanjian bertulis yang memerlukan Dr Mahathir yang harus menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas dua tahun PH memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Sepatutnya kalangan ini harus bersyukur dan menghargai pengorbanan serta kerja keras perdana menteri yang berumur 94 tahun dan masih bertungkus lumus mahu memulihkan semula negara kita yang tercinta ini tanpa sebarang agenda kepentingan diri,” ujarnya.
Tegasnya lagi, Dr Mahathir pada usia ini sudah tidak memerlukan apa-apa lagi kecuali meletakkan semula asas negara di tahap yang paling mampan demi kesejahteraan masa depan keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum atau agama.
“Rejim kleptokrasi yang dipimpin oleh kerajaan terdahulu telah merosakkan negara pada skala yang amat teruk.
“Apakah Hassan ingat Dr Mahathir atau mana-mana pemimpin lain boleh memperbaiki masalah ekonomi negara dengan sekelip mata?
“Namun, faktor yang penting untuk menjadi pemimpin juga mestilah berteraskan kepada moral baik dan pekerti mulia seseorang itu,” jelasnya.
Khairuddin dalam pada itu mahu keseluruhan rakyat berdoa agar tokoh pemimpin yang bakal menggantikan Dr Mahathir kelak mestilah di kalangan yang mempunyai pekerti mulia dan nilai-nilai moral yang baik.
“Seseorang yang terbukti ‘kaki liwat’ dan sekiranya masih tidak berubah mesti ditolak secara tegas daripada menjadi pemimpin kerana haram hukumnya melantik seseorang khalifah yang Nabi sendiri tidak mengaku menjadi umatnya.
“Apabila sampai saat ketika yang sesuai; bab ini akan saya huraikan secara mendalam untuk pengetahuan Hassan.
“Saya ingin ingatkan Hassan agar berpegang pada prinsip ‘biar perlahan asalkan selamat’. Jangan terlalu gopoh sehingga boleh membawa ‘bos’ rebah buat selama-lamanya,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/08/14/anwar-tokoh-retorik-tidak-mampu-selesai-masalah-ekonomi-negara-khairuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanja Apbn Yang Tinggi Dinilai Belum Mampu Dongkrak Ekonomi Ri

Belanja Apbn Yang Tinggi Dinilai Belum Mampu Dongkrak Ekonomi Ri

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 186 hits
Deputi Bidang Ekonomi Kementerian Perencanaan Pembangunan Nasional Bambang Prijambodo menilai bahwa kenaikan Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara setiap tahunnya merupakan suatu hal wajar Namun peningkatan itu tidak cukup dalam mendongkra...
Undi Ahli Parlimen Tentukan Tempoh Tun M Serah Jawatan Kepada Anwar Khairuddin

Undi Ahli Parlimen Tentukan Tempoh Tun M Serah Jawatan Kepada Anwar Khairuddin

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 294 hits
Astro Awani Ogos 02 2019 21 23 MYTKaedah yang terbaik untuk menentukan tempoh khidmat Perdana Menteri masa kini sama ada harus berkhidmat separuh atau sepenuh penggal sepatutnya diserahkan kepada proses pengundian di Parlimen Gambar Sinar H...
Gaji Tak Sepadan Antara Masalah Ambil Pekerja Lulusan Luar Negara Menurut Kajian

Gaji Tak Sepadan Antara Masalah Ambil Pekerja Lulusan Luar Negara Menurut Kajian

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 236 hits
Gaji tak sepadan antara masalah ambil pekerja lulusan luar negara menurut kajian nbsp Dikemas kini 12 minit yang lalu Diter
Alwi Shihab Dorong Tokoh Islam Negara Arab Aktif Menyiarkan Islam Moderat

Alwi Shihab Dorong Tokoh Islam Negara Arab Aktif Menyiarkan Islam Moderat

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 300 hits
Selain itu para kelompok radikal juga selalu berdalih tindakan mereka mengacu para tokoh tokoh Islam di negeri Arab Sementara para tokoh Islam di Indonesia hanya sekadar tiruan akrab disebut KW Tindakan ini memanfaatkan masyarakat Indonesia...
Takkan Semua Masaalah Selesai Bila Anwar Jadi Pm 8

Takkan Semua Masaalah Selesai Bila Anwar Jadi Pm 8

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 299 hits
Entah sudah kali yang ke berapa kini timbul lagi desakan agar Tun Mahathir Mohamad berundur dan memberi laluan kepada pengganti yang sudah dipersetujui Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri Kali ini desakan dibuat oleh ...
Video Anwar Usaha Mengurangkan Masalah Pengangguran Diperlukan

Video Anwar Usaha Mengurangkan Masalah Pengangguran Diperlukan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 254 hits
https www facebook com anwaribrahim keadilan videos 2420073648315675 Usaha dan upaya tambahan diperlukan dalam menangani masalah pengangguran dan peluang pekerjaan bukan sahaja kepada Bumiputra Melayu tetapi juga kepada yang lain Jika ini t...
Ekonomi Negara Di Bawah Ph Tiada Hala Tuju Makin Merudum Najib

Ekonomi Negara Di Bawah Ph Tiada Hala Tuju Makin Merudum Najib

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 359 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ekonomi negara semakin merudum apabila Pakatan Harapan memerintah negara ini Katanya sepanjang berkhidmat menjadi Perdana Menteri ebelum ini prestasi ekonomi negara lebih tinggi dan ia digeruni oleh negara...
Ketepikan Retorik Politik Bina Semula Negara

Ketepikan Retorik Politik Bina Semula Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 217 hits
Ketepikan retorik politik bina semula negara Oleh August 17 2019Situasi politik Malaysia yang harmoni kian bergolak akibat kebencian berasaskan perkauman yang ditimbulkan oleh parti pembangkang dan kumpulan kumpulan tertentu yang mahu menan...
Indef Momentum Lebaran Tak Mampu Dongkrak Pertumbuhan Ekonomi

Indef Momentum Lebaran Tak Mampu Dongkrak Pertumbuhan Ekonomi

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 204 hits
Wakil Direktur Ekonom Institute for Development of Economics and Finance Eko Listiyanto mengatakan momentum lebaran 2019 tak signifikan berkontribusi terhadap pertumbuhan ekonomi Selama 7 tahun terakhir Lebaran tak selalu dapat dioptimalkan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip