Anwar Senada Dengan Tun M Icerd Cetus Ketegangan Kaum Umat Islam



Kerajaan tidak perlu terburu-buru memeterai Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) kerana mengambil kira kebimbangan mengenai kedudukan Islam, Melayu dan bumiputera, kata pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim.

"Bagi saya kita tidak patut terlalu terburu-buru."Rakyat sekarang ini merasa cemas, apakah kedudukan Islam terjejas, Melayu, bumiputera dan juga bahasa"Padahal hal ini sudah termeterai sebagai suatu yang termaktub dalam perlembagaan yang tidak harus dirombak," katanya pada suatu hantaran video di Facebook.
Walaupun Anwar berkata Icerd suatu dokumen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mendukung keadilan tetapi menurut anggota parlimen Port Dickson itu pemeteriannya boleh menimbulkan keresahan dan "kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum."


Tujuan baik tapi timbulkan kegelisahan

"Jadi pada pendapat saya, sementara Icerd itu tidak ada cacatnya kerana ia adalah satu dokumen yang mendukung keadilan dan menolak diskriminasi.

"Tetapi pelaksanaannya atau untuk kita meterai harus kita ambil kira, kebimbangan, keresahan dan kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.

"Jadi tujuannya baik tetapi pelaksanaannya itu menimbulkan satu lagi kegelisahan," jelas beliau.

Anwar yang menang presiden PKR tanpa bertanding menegaskan Icerd wajar ditangguhkan sementara diadakan dialog di kalangan akar umbi.

"Di dalam peringkat ini, di bawah Tun Mahathir (Mohamad) yang baru hendak membetulkan kepincangan sistem yang lama...

"Pada hemat saya, pada peringkat ini wajar ditangguhkan supaya diteruskan dengan perbincangan dan dialog ke akar umbi," katanya lagi.


Umno, PAS bantah Icerd

Pada 8 November lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyuarakan keraguannya terhadap Icerd.

"Kita kena timbang sebab ada peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai dengan negara kita," katanya kepada media ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan mengenai konvensyen itu.

Sebelum ini, pada 30 Oktober lalu, Mahathir berkata kerajaan hanya akan meratifikasi Konvensyen Icerd selepas berbincang dengan semua kaum.

Pada September lalu, ketika hadir Persidangan Agung PBB yang ke-73, perdana menteri berkata Malaysia akan meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi manusia selepas mengkajinya secara mendalam.

"Bagaimanapun, hal ini tidak mudah kerana Malaysia sebuah negara majmuk dengan pelbagai etnik, agama, budaya dan bahasa," katanya ketika berucap di New York.

Pada 23 Oktober lalu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan kedudukan istimewa bumiputera, tidak akan terjejas walaupun kerajaan menandatangani Icerd.

Pemimpin pembangkang, Umno dan PAS telah membantah cadangan kerajaan untuk menandatangani Icerd.

Pada 4 November lalu, tunjuk perasaan membantah Icerd di Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi dan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/anwar-senada-dengan-tun-m-icerd-cetus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Semua Umat Islam Wajib Bantah Icerd

Hadi Semua Umat Islam Wajib Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 440 hits
Diterbitkan 20 Nov 2018 3 06 petang Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata semua umat Islam wajib menentang cadangan meratifikasi Penghapusan Segala Bentuk Diskrimasi Kaum Jelas Abdul Hadi ratifikasi Icerd akan meletakkan Islam pada keduduka...
Anwar Minta Tangguh Icerd Jika Banyak Ketegangan Beri Ruang Orang Melayu Dan Bukan Melayu Suarakan Pendapat

Anwar Minta Tangguh Icerd Jika Banyak Ketegangan Beri Ruang Orang Melayu Dan Bukan Melayu Suarakan Pendapat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 430 hits
Anwar Minta Tangguh ICERD Jika Banyak Ketegangan Beri Ruang Orang Melayu Dan Bukan Melayu Suarakan Pendapat Anwar Minta Tangguh ICERD Jika Banyak Ketegangan Beri Ruang Orang Melayu Dan Bukan Melayu Suarakan Pendapat
Tunku Azizah Umat Islam Di Seru Sama Sama Pertahan Agama

Tunku Azizah Umat Islam Di Seru Sama Sama Pertahan Agama

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 492 hits
KUANTAN Umat Islam diseru bersama sama menegakkan agama agar tidak dipersendakan dan dihormati semua rakyat Malaysia berbilang kaum Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah sebagai sebuah negara Islam umat Islam ...
Lagi Berita Islam Di Aibkan Di Serata Dunia Mereka Mencabar Umat Islam Supaya Bangkit 8653

Lagi Berita Islam Di Aibkan Di Serata Dunia Mereka Mencabar Umat Islam Supaya Bangkit 8653

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 665 hits
Berapa tahun lagi untuk Umat Islam sedar untuk bersatu dan bangkit memperjuangkan tuah diri dan mempertahankan saudara saudara Islam yang tertindas di serata dunia Palestin wilayah saudara kita dirampas dan dijajah Pencerobohan bermula deng...
Rohingya Semakin Membukti Umat Islam Ibarat Buih Di Lautan Astaghfirullahalazim 8631

Rohingya Semakin Membukti Umat Islam Ibarat Buih Di Lautan Astaghfirullahalazim 8631

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 435 hits
Bila pemimpin Islam yang dipilih tidak mampu bertindak wajar Jika Dipulangkan Rohingya Harus Mendapat Jaminan Hak Warga NegaraRabu 14 November 2018 19 11 Foto Kamp Pengungsi Rohingya KIBLAT NET Jakarta Ketua Tim Pencari Fakta PBB untuk kasu...
Sejarah Pecah Dan Perintah Pengajaran Untuk Umat Islam

Sejarah Pecah Dan Perintah Pengajaran Untuk Umat Islam

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 467 hits
Ketika umat Islam diserang tentera Tatar hampir seluruh wilayah Islam dijajah Antara yang terawal adalah wilayah Khurasan yang berjiran dengan Mongol Pada satu peringkat di Khurasan Tatar tidak berdaya menghadapi umat Islam di kota Bukhara ...
Habib Syech Bin Abdul Qadir Assegaf Ingatkan Umat Islam Cintai Indonesia

Habib Syech Bin Abdul Qadir Assegaf Ingatkan Umat Islam Cintai Indonesia

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 298 hits
Dalam rangka menyambut Hari Santri Nasional Asosiasi Pemerintah Kabupaten Seluruh Indonesia menggelar selawatan di sejumlah daerah di Indonesia Hadir sebagai penceramah dalam acara selawatan Tuan Guru Bajang Muhammad Zainul Majdi bersama Ha...
Bagi Umat Islam Kebahagiaan Ada Kuncinya 8686

Bagi Umat Islam Kebahagiaan Ada Kuncinya 8686

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1808 hits
https plus google com communities 103652814515960775895 Firman Allah yang bermaksud Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk Bismillaahirrahmaanirrahiim Assalamu alaikum warahmatullahi wab...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru