Anwar Rasmi Fasiliti Kenderaan Perisai Mildef Bernilai Rm2 Bilion


Anwar Rasmi Fasiliti Kenderaan Perisai Mildef Bernilai RM2 Bilion
SEREMBAN, 23 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan fasiliti baharu kilang pembuatan kenderaan perisai nasional pertama milik Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) di Sendayan, Negeri Sembilan.
Fasiliti dengan anggaran pelaburan RM2 bilion itu bertujuan memperkukuh infrastruktur pertahanan negara serta meningkatkan kapasiti pengeluaran secara signifikan, dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada suku pertama 2026.
Anwar berkata syarikat tempatan seperti Mildef berupaya mengurangkan perbelanjaan perolehan ketenteraan dari luar negara, sejajar dengan hala tuju yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP).
“Kerajaan perlu berbelanja besar dalam perolehan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan pertahanan lebih mantap dan kukuh, namun kita tidak boleh hanya bergantung kepada pembelian dari luar negara.
“Mesti ada usaha lebih giat membina kekuatan dalaman melalui penyelidikan dan pengeluaran oleh sektor swasta, dengan dukungan penuh Kementerian Pertahanan serta universiti, supaya kita dapat membangunkan industri pertahanan tempatan,” katanya dalam ucapan perasmian majlis itu.
Perdana Menteri berkata walaupun syarikat tempatan tidak mampu menerokai bidang yang terlalu luas, masih terdapat beberapa segmen khusus yang boleh dibangunkan melalui kepakaran dan kemahiran tempatan, seperti yang dilakukan Mildef dalam pengeluaran kenderaan perisai.
Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengarah Urusan Mildef Datuk Seri Mohd Nizam Kasa. Sementara itu, Mohd Nizam berkata Mildef berkembang daripada sebuah syarikat kecil yang ditubuhkan 20 tahun lalu di Kajang, sehingga muncul sebagai peneraju nasional dalam penyelenggaraan dan pengeluaran kenderaan perisai seperti High Mobility Armoured Vehicle (HMAV 4×4) Tarantula serta High Mobility Light Tactical Vehicle (HMLTV) pertama negara, Ribat.
Beliau berkata syarikat itu kini menggaji 150 tenaga kerja tempatan yang majoritinya berkemahiran teknikal, dengan kemampuan menghasilkan sekurang-kurangnya 80 kenderaan perisai dan produk lain setahun.
“Penubuhan kilang Mildef ini adalah strategi jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada produk dan teknologi luar negara atau pihak ketiga, sejajar dengan dasar kementerian (Kertas Putih Pertahanan).
“Kami yakin dengan kemampuan kilang ini, kerajaan boleh beralih daripada konsep membeli produk dan teknologi pertahanan luar kepada membangunkan, mengeluarkan serta menggunakan teknologi pertahanan tempatan dengan kerjasama industri dalam negara,” katanya.
Beliau percaya keadaan geopolitik dunia masa kini turut membuka peluang eksport produk Mildef ke pasaran ASEAN, Eropah dan Timur Tengah, sekali gus menjana ekonomi negara.
Sumber: BERNAMA
The post Anwar Rasmi Fasiliti Kenderaan Perisai Mildef Bernilai RM2 Bilion appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/23/anwar-rasmi-fasiliti-kenderaan-perisai-mildef-bernilai-rm2-bilion/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rampasan Kira Kira Rm5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani Pm Anwar

Rampasan Kira Kira Rm5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani Pm Anwar

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 1222 hits
Rampasan Kira kira RM5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani PM Anwar IPOH Kejayaan rampasan kira kira RM5 bilion hasil kegiatan rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun kebelakangan ini membuktikan kecekapan serta kesungguha...
Kenderaan Perisai Polis Langgar Rider Hingga Mati

Kenderaan Perisai Polis Langgar Rider Hingga Mati

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1539 hits
KOSMO SEBUAH kenderaan berperisai langgar rider hingga mati Foto TangkapJAKARTA Tujuh anggota polis ditangkap selepas nbsp kenderaan berperisai yang dikendalikan mereka melanggar mati penunggang pengangkutan bermotosikal dalam talian di Pej...
Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia

Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2658 hits
Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia Demonstrasi pekerja dan kesatuan pekerja di hadapan bangunan Dewan Rakyat di Indonesia bertukar tragedi apabila seorang dilaporkan maut lapor Tempo Penunjuk perasaa...
Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai Rm75 Bilion Wujudkan 25 000 Peluang Pekerjaan

Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai Rm75 Bilion Wujudkan 25 000 Peluang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 2067 hits
KUALA LUMPUR Negeri Pahang bakal menerima pelaburan berimpak tinggi bernilai RM75 bilion menerusi pembangunan Kompleks Hybrid Shipyard di Tanjung Agas yang dijangka bermula lapan bulan dari sekarang Projek yang melibatkan keluasan lebih 1 0...
Pm Anwar Panggil Pemaju Bincang Pembinaan Sekolah Menegak

Pm Anwar Panggil Pemaju Bincang Pembinaan Sekolah Menegak

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 187 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan pemaju serta agensi berkaitan bagi pembinaan sekolah menegak di kawasan Residensi Aman MADANI di Putrajaya pada 11 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 11 Ogo...
Anwar Bukan Baru Mendekati Ulamak

Anwar Bukan Baru Mendekati Ulamak

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 233 hits
FAWWAZ FadilInilah manifestasi kebodohan dan kejahilan pada tahap tertinggi sangkaan buruk dan prasangka jahat terhadap insan yang mencintai ilmu dan para ulama Apabila seorang Perdana Menteri mendekati alim ulama khususnya tok guru pondok ...
Key Benefits Of A Dedicated Ai Button On Your Phone

Janji Tere Liye

Lirik Lagu Luka Awie Riez

Perkembangan Ai Dan Modal Mind Mostaque

Panduan Lengkap Bina Jenama Sendiri Dalam Bisnes Makanan Delivery

Simple Beef Lasagna Recipe Pinoy

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Peluang Usaha Pontianak 2026 10 Usaha Modal Minim Yang Paling Menguntungkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Tahukah Anda Air Liur

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Kedudukan Terkini Kumpulan F Dalam Kelayakan Piala Asia 2027

Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Sprm Pahang Dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Perkukuh Integriti Pengurusan Dana Awam