Saranan Kepada Pemimpin Muda Celupar Daripada Desak Anwar Diganti Lebih Baik Gesa Dap Keluar Ph




Walaupun pemimpin senior dan utama dalam DAP tetap setia dan cenderung untuk terus mempertahankan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH, malangnya kedapatan pemimpin muda dalam parti itu yang bersikap sebaliknya.


Hanya kerana PH gagal dalam PRN Melaka, beberapa pemimpin muda DAP lantas bersikap celupar serta angkuh mendesak agar Anwar diganti segera, baik atas kedudukannya selaku Pengerusi PH atau sebagai Ketua Pembangkang.


Gaya mereka bersuara mahu Anwar diganti itu muncul dalam pelbagai nada, ada yang berterus-terang dan ada juga yang berselindung di sebalik pelbagai istilah seperti “reset” dan seumpamanya.


Dalam keadaan PRU15 mungkin hanya tidak sampai setahun lagi daripada sekarang, memperkukuh PH dan sama-sama menyumbang ke arah kekukuhannya adalah jauh lebih penting dan mustahak daripada meminta Anwar berhenti.


Lagi pula, dalam tempoh yang dikira cukup singkat sebelum PRU15 tiba di depan mata, siapakah pemimpin, baik dalam PKR, DAP dan Amanah yang mampu menggalas tugas menggantikan Anwar?


Lebih daripada itu, pemimpin DAP yang celupar itu sendiri, apakah sumbangannya selama ini ke arah memperkukuh PH, khususnya dalam konteks mempamerkan DAP sebagai parti yang sederhana dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat di negara ini?


Menggantikan Anwar bukanlah jawapannya buat masa ini kerana tanpa Anwar, PH mungkin ditimpa kekalahan yang lebih teruk dalam PRU akan datang.


Anwar setidak-tidaknya jauh lebih ke depan dari segi kemampuan dan kewibawaan berbanding Ismail Sabri Yaakob, Zahid Hamidi, Najib Razak, Mahiaddiin Md Yasin, Mohamad Hasan atau sesiapa juga yang dikira adalah pesaingnya dalam PRU15 akan datang.


Belum berjaya atau tidak berjaya menjadi Perdana Menteri, jauh sekali setakat gagal mengemudi kejayaan dalam PRN Melaka, ia bukanlah ukurannya untuk meletakkan Anwar sebagai telah gagal.


Kalaulah untuk menjadi Perdana Menteri perlu ujian kelayakan seperti dari segi kemampuan, kewibawaan, kehehatan berpidato, pintar mematahkan hujah lawan, skil komunikasi, track rekod sebagai menteri sebelumnya, jalinan hubungan antarabangsa dengan pemimpin dunia luar dan sebagainya, sebenarnya sudah lama jawatan Perdana Menteri itu menjadi milik Anwar.


Begitu pun, jika pemimpin muda DAP yang ingin menolak Anwar atau tidak yakin dengan kemampuannya itu ingin terus bersikap demikian, apa kata mereka terlebih dahulu mendesak Lim Guan Eng agar membawa DAP keluar daripada PH.


Langkah ini sebenarnya lebih munasabah seumpama jika kita tidak setuju untuk terus tinggal berkongsi dalam sebuah rumah, kitalah yang sepatutnya keluar daripada rumah tersebut.


Adalah pelik bila mana kita tidak setuju dengan seseorang yang tinggal serumah dengan kita dan sementara yang lain-lain hanya berdiam diri, kita pula meminta orang itu keluar daripada rumah tersebut.


Satu-satunya jawapan kepada keinginan tidak mahu lagi berketuakan Anwar memimpin PH ialah membawa DAP keluar daripada gabungan itu.


Kemudian, kita lihat, kalau mereka berani menyuarakan desakan itu, apakah ia akan mendapat layanan atau pertimbangan daripada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau kepimpinan DAP seluruhnya.


Dan jika akhirnya gesaan itu tidak mendapat layanan atau perhatian daripada DAP, langkah yang lagi terpuji dan disanjung tinggi ialah pemimpin berkenaan yang harus keluar daripada DAP.


Pilihlah wadah perjuangan lain yang tiada kaitan sama sekali dengan DAP yang masih ingin kekal bersama PH atau dengan PH yang masih ada Anwar sebagai ketuanya.


Beranikah kamu wahai orang muda DAP? – ShahbudinHusin 23/11/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/saranan-kepada-pemimpin-muda-celupar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Di Prn Melaka Adun Dap Pahang Gesa Anwar Berundur Sebagai Ketua Pembangkang

Kalah Di Prn Melaka Adun Dap Pahang Gesa Anwar Berundur Sebagai Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Seorang Adun DAP menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur sebagai ketua pembangkang berikutan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Melaka baru baru ini Menulis di Facebook ADUN Bil...
Adun Dap Desak Anwar Letak Jawatan Ini Jawapan Anwar Prn Melaka

Adun Dap Desak Anwar Letak Jawatan Ini Jawapan Anwar Prn Melaka

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 267 hits
dun DAP menggesa Anwar Ibrahim berundur sebagai ketua pembangkang berikutan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Melaka baru baru ini Menulis di Facebook Adun Bilut Lee Chin Chen berkata pakatan pembangkang perlu meneroka hala...
Anwar Perlu Letak Jawatan Atau Kami Keluar Ph Kata Seorang Adun Dap

Anwar Perlu Letak Jawatan Atau Kami Keluar Ph Kata Seorang Adun Dap

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 241 hits
agendaily com22 11 2021DAP dan Amanah mungkin akan menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang atau DAP perlu menimbang keluar daripada Pakatan Ha...
Dua Lebih Baik Iklan Raya Usim

Dua Lebih Baik Iklan Raya Usim

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 153 hits
USIM telah mengeluarkan khas bersempena syawal 2014 Agak menarik iklan ini Latarnya adalah untuk memberi perhatian kepada golongan yang kurang berkemampuan Apa apa pun jom tengok sini by
Rasai Perubahan Kehidupan Yang Lebih Baik Dengan Amalkan 3 Solat Sunat Ini Selama 7 Hingga 40 Hari

Rasai Perubahan Kehidupan Yang Lebih Baik Dengan Amalkan 3 Solat Sunat Ini Selama 7 Hingga 40 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 274 hits
KEAJAIBAN SOLAT SUNAT TAUBAT TAHAJJUD HAJAT Mengejar CINTA ILLAHI Melalui pengalaman sendiri beberapa tahun lepas dalam mencari dan mengejar hidayah Allah Dari dulu memang Klik link untuk bacaan selanjutnya
Berdiam Diri Sambil Senyum Adalah Lebih Baik

Berdiam Diri Sambil Senyum Adalah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 236 hits
salam satu macbeth dan salam sejahterasudah lame aku tak dapat nak buat entry dua hari berturut turut aku pon tak tawu apekene entah aku arini nak update entry aku kah kah kah kali nie entry cinta la pulak kerana mengikut pemerhatian aku en...
Anak Muda Perlu Diperlu Untuk Cetus Gelora Kebangkitan Anwar

Anak Muda Perlu Diperlu Untuk Cetus Gelora Kebangkitan Anwar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 247 hits
Anak muda harus ada kesedaran politik sedari awal tidak hanya untuk rebut kuasa yang berselirat dengan intrik tapi mesti tegakkan amanah dan perteguh nurani membela rakyat Meski ramai yang pandang enteng tentang pencalonan calon calon muda ...
Diam Lebih Baik Dari Bercakap

Diam Lebih Baik Dari Bercakap

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat semua Naim doakan semua baik baik belaka Pada mutahir pelbagai cerita dan berita muncul di media massa Sama ada kebenaran dan dusta hanya Allah Maha Mengetaui Kita sebagai manusi...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl