Anwar Najib Batal Sd Lepas Gagal Pastikan Kes Mahkamah Dihentikan


malaysiakini.com

Diterbitkan: Jun 30, 2022 3:18 PM
Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim mendedahkan, dia pernah mendapat sokongan 120 ahli parlimen untuk menjadi perdana menteri pada 2020, termasuk 15 daripada Umno

Bagaimanapun kata Anwar jumlah tersebut berkurangan selepas dia - jika menjadi perdana menteri - enggan untuk campur tangan dalam perbicaraan mahkamah membabitkan Najib Razak.

Bercakap kepada media di Port Dickson Anwar memberitahu selain Najib, ahli parlimen yang menarik balik sokongan kepadanya ketika itu ialah Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk).

Tambah ketua pembangkang itu, sokongan ahli parlimen Umno yang dibuat melalui perakuan bersumpah (SD) itu tidak dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong melaluinya.

Sebaliknya kata Anwar ia dihantar terus ke Istana Negara.

"Ada (SD) yang dikirim terus ke istana, termasuk yang disebut 15 dari Umno, tetapi PH (Pakatan Harapan) pada masa itu menyatakan bahawa jumlah sokongan menjangkau sehingga 120.

"Prinsip (PH), kami tidak menerima SD daripada Najib dan Zahid tetapi menjadi hak dia untuk tandatangan menyokong sesiapa ikut proses (yang ada)," katanya.

Tak sedia berkompromi

Anwar menjelasan ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana walaupun SD Najib dan Ahmad Zahid tidak diambil kira, PH masih memiliki jumlah majoriti - iaitu 118 - untuk membentuk kerajaan.

Apa yang berlaku sesudah itu, menurut Anwar, dia diminta untuk memberi kepastian bahawa urusan mahkamah membabitkan pemimpin Umno - khususnya Najib - tidak diteruskan.

Kata Anwar mereka mahu dia menggunakan kuasa sebagai perdana menteri untuk memastikan perbicaraan tersebut tidak berterusan.

"Saya tidak bersedia melakukan hal itu.

"Jadi, walaupun jumlah sokongan mencukupi dan laluan sebagai perdana menteri sudah cukup kuat, saya tidak bersedia untuk berkompromi dalam soal kebebasan badan kehakiman," katanya.

Ekoran keengganan itu kata Anwar Najib kemudian mengusulkan nama lain sebagai calon perdana menteri pada saat-saat akhir.

Terdahulu Anwar ditanya media mengenai dakwaan dibuat bekas pengarah pilihan raya Umno Malaysia Tajuddin Abdul Rahman pada 27 Jun lalu mengenai SD ditandatangani Ahmad Zahid.
Menurut Tajuddin dia ditekan oleh Ahmad Zahid untuk menurunkan tandatangan pada SD bagi menyokong Anwar bagi menggantikkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjadi perdana menteri.

Mengulas lanjut Anwar menegaskan pendedahan Tajuddin itu membuktikan dia memang sudah mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri kira-kira dua tahun lalu.

Hal itu berlaku, katanya, di sebalik pelbagai tuduhan dan diperolo-olokkan pelbagai pihak yang meragui kenyataan dibuatnya.

Katanya dia juga mengambil sikap enggan menjawab tuduhan tersebut kerana berpendapat hubungan dengan pihak istana perlu dikekalkan dalam keadaan beradab.
Malah kata Anwar dia bersyukur kerana keadaan sebenar apa yang berlaku ketika itu terbongkar dengan sendirinya melalui pendedahan Tajuddin.

"(Ia adalah) dalam cara kita memuliakan institusi raja dan juga menghormati prinsip perlembagaan.

"Kalau ditakdirkan jadi (perdana menteri), alhamdulillah jadilah begitu, kalau tidak pun, kita bersabar dan teruskan perjuangan.

"Tapi yang nyata sekarang, orang yang buat tohmahan itu telah melakukan kesalahan besar dan fitnah, malah mempermainkan, memperolokkan di media sosial begitu dan begini.

"Ada yang beranggap kita sedia buat apa saja termasuk bersekongkol dengan kleptokrat (untuk jadi kerajaan), itu tak benar," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/anwar-najib-batal-sd-lepas-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Sokong Saya Jadi Pm Jika Kes Mahkamah Tidak Diteruskan Kata Anwar

Najib Sokong Saya Jadi Pm Jika Kes Mahkamah Tidak Diteruskan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 267 hits
Anwar Ibrahim berkata Najib Razak ada memberi surat akuan bersumpah untuk menyokong beliau menjadi perdana menteri namun dengan syarat kes mahkamah mensabitkan bekas perdana menteri itu tidak diteruskan
Sebab Apa Nak Bubar Parlimen Nak Selesai Kes Mahkamah Anwar

Sebab Apa Nak Bubar Parlimen Nak Selesai Kes Mahkamah Anwar

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 265 hits
malaysiakini comPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata desakan untuk membubarkan parlimen supaya pilihan raya awal dapat diadakan adalah tindakan terdesak beberapa pemimpin Umno untuk melepaskan diri masing masing daripada kes mahkamah yang sed...
Anwar Najib Retracted Support Because I Declined To Meddle In Court Cases

Anwar Najib Retracted Support Because I Declined To Meddle In Court Cases

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 235 hits
Opposition chief Anwar Ibrahim today revealed that he had the support of 120 MPs including 15 from Umno to become prime minister in 2020 but the number was reduced after he declined to meddle in Najib Abdul Razak s court cases Speaking to r...
Samsul Iskandar Ni Tak Tahu Ke Zahid Tu Ada Kes Mahkamah

Samsul Iskandar Ni Tak Tahu Ke Zahid Tu Ada Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 218 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan hangat yang dikeluarkan oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin membuktikan bahawa apa yang pernah disuarakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini ...
Rosmah Cabar Lagi Pelantikan Sri Ram Mohon Perbicaraan Kes Rasuah Batal

Rosmah Cabar Lagi Pelantikan Sri Ram Mohon Perbicaraan Kes Rasuah Batal

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 198 hits
Rosmah Mansor dituduh meminta RM187 5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6 5 juta sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings Sdn Bhd memperoleh projek bernilai RM1 25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekola...
Gagal Berkali Kali Jadi Pm Ph Tetap Masih Calonkan Anwar

Gagal Berkali Kali Jadi Pm Ph Tetap Masih Calonkan Anwar

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 183 hits
agendaily com20 06 2022Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Walaupun berkali kali percubaan untuk menjadi Perdana Menteri gagal nampaknya Pakatan Harapan masih mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon utama mereka jika memenangi ...
Apa Janji Anwar Kepada Zahid Dan Kluster Mahkamah Agaknya

Apa Janji Anwar Kepada Zahid Dan Kluster Mahkamah Agaknya

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 252 hits
Seorang bekas ahli politik PKR mencabar presiden parti itu Anwar Ibrahim untuk menyatakan apa yang dijanjikan kepada Ahmad Zahid Hamidi sehingga presiden Umno dan sekutunya yang menghadapi pertuduhan jenayah itu bersetuju menyokong beliau s...
Zahid Dakwa Pertemuan Dengan Tun M Hal Politik Bukan Kes Mahkamah

Zahid Dakwa Pertemuan Dengan Tun M Hal Politik Bukan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 221 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa lima pertemuan membabitkan mereka antara Jun 2018 dan Februari 2020 adalah untuk membincangkan kes mahkamah dihadapi Presiden Umno itu Pengerusi Barisan Nasio...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Cara Praktikal Kawal Bajet Keluarga Zaman Kos Sara Hidup Tinggi

Resepi Roti Manis

Apa Akan Berlaku Jika Import Dan Eksport Makanan Antara Negara Terhenti Secara Tiba Tiba

Mala Agatha Koyo Mendung Chord

Malaysian Bar Confirms Walk For Judicial Independence On July 14

Bara Sengketa Masih Menyala