Apa Janji Anwar Kepada Zahid Dan Kluster Mahkamah Agaknya



Seorang bekas ahli politik PKR mencabar presiden parti itu, Anwar Ibrahim untuk menyatakan apa yang dijanjikan kepada Ahmad Zahid Hamidi sehingga presiden Umno dan sekutunya yang menghadapi pertuduhan jenayah itu bersetuju menyokong beliau sebagai perdana menteri dua tahun lalu.
Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin, yang kini bersama Bersatu, membuat gesaan tersebut berikutan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman semalam bahawa Zahid dan bekas presiden Umno Najib Razak menggesa ahli Parlimen Umno lain untuk memberikan sokongan mereka kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.
“Saya mendesak ahli Parlimen Port Dickson untuk wajib tampil memberi justifikasi mengenai kesediaan beliau bagi mendapatkan sokongan kluster mahkamah untuk membolehkan beliau menjadi perdana menteri.
“Apakah yang beliau janjikan kepada Zahid dan kluster mahkamah bagi memenuhi obsesi patologikalnya untuk bergelar seorang perdana menteri?” kata Afif, merujuk kepada gelaran terhadap sekumpulan pemimpin Umno yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan jenayah membabitkan berbilion ringgit.
Tajuddin yang baru-baru ini dipecat sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata pada sidang media semalam bahawa ahli Parlimen parti Melayu itu menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri walaupun dasar parti itu menetapkan “No DAP, No Anwar”.
Beliau sendiri pada mulanya tidak mahu menandatanganinya namun akhirnya bersetuju untuk memberikan tandatangan atas dasar hormat kepada Zahid sebagai presiden parti.
Pada Oktober 2020, Media mendedahkan Zahid dan Najib menulis surat kepada istana menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri.
Dalam surat bertarikh 11 Oktober ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong itu, mereka berdua dan “sejumlah ahli Parlimen Umno” mengatakan menyokong Anwar.
Selain itu, ahli Parlimen veteran, Shahidan Kassim yang dipecat sebagai pengerusi Umno Perlis pada April 2021 turut mengesahkan sememangnya Zahid dan sekutunya menjalankan usaha “mendapatkan tandatangan” dalam kalangan ahli Parlimen Umno untuk menyokong Anwar.
Seorang pemimpin kanan sayap wanita Umno, Shamsiah M Yassin turut berkata Zahid juga mendekati sayap parti itu untuk memujuk mereka supaya menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
Dalam kenyataannya itu, Afif turut mempersoalkan PKR dan sekutunya, DAP kerana berdiam diri walaupun Anwar disahkan menerima sokongan daripada pemimpin Umno yang terpalit skandal.
Beliau berkata ia menunjukkan hipokrasi yang “cukup memualkan” selepas melemparkan pelbagai gelaran terhadap ahli politik Perikatan Nasional lapor MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/apa-janji-anwar-kepada-zahid-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri Tiada Masa Layan Serangan Kluster Mahkamah Umno

Perdana Menteri Tiada Masa Layan Serangan Kluster Mahkamah Umno

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 125 hits
satuberita myBy June 25 2022PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka berdepan ancaman terbesar terhadap kerajaan pimpinannya selepas hampir 10 bulan memegang jawatan dengan sokongan tidak ikhlas dalam kalangan sekumpulan pemi...
Rakyat Perlu Mempertahan Pm Dari Desakan Kluster Mahkamah Pilih Mudarat Yang Kurang

Rakyat Perlu Mempertahan Pm Dari Desakan Kluster Mahkamah Pilih Mudarat Yang Kurang

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 159 hits
PRU15 bukan satu penyelesaian kepada apa juga isu semasa Walaupun beberapa tindakan kerajaan sedang diperhati dan ada yang dipertikai adalah lebih baik meneruskan kerajaan yang sedia ada dengan berharap ada penambah baikan Itu mudarat kecil...
More Troubling Questions For Anwar After His Claim Of Rejecting Najib Zahid Support

More Troubling Questions For Anwar After His Claim Of Rejecting Najib Zahid Support

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 151 hits
Anwar Ibrahim appears to have gotten himself into deeper trouble with opposition supporters following his latest claim that he had rejected support from former prime minister Najib Razak and Umno chief Ahmad Zahid Hamidi in his quest to tak...
Kluster Mahkamah Cakna Cadang Kerajaan Fikirkan Inisiatif Baru Untuk Bantu Rakyat Kluster Ahli Sorga

Kluster Mahkamah Cakna Cadang Kerajaan Fikirkan Inisiatif Baru Untuk Bantu Rakyat Kluster Ahli Sorga

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 204 hits
KERAJAAN WAJAR PERTIMBANGKAN PAKEJ BANTUAN KHUSUS UNTUK KENAIKAN KOS SARA HIDUP1 Mutakhir ini wujud ura ura untuk kenaikan tarif elektrik Bagaimana pun kita tunggu keputusan Kerajaan dalam masa terdekat 2 Jika tarif elektrik dinaikkan ia ak...
Banyak Parti Hilang Kelayakan Bercakap Tentang Kleptokrat Dan Kluster Mahkamah

Banyak Parti Hilang Kelayakan Bercakap Tentang Kleptokrat Dan Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 132 hits
Oleh Sirajuddin AhmadApa yang cuba dijadikan isu oleh Pakatan Harapan parti MUDA parti PEJUANG dan PPBM pada PRU15 UMNO ada lah parti kleptokrat dan kluster mahkamah Dengan bermain naratif ini maka parti2 yang tersebut diatas berharap rakya...
Sd Sokong Anwar Zahid Tak Pernah Minta Saya Tandatangan Annuar

Sd Sokong Anwar Zahid Tak Pernah Minta Saya Tandatangan Annuar

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 130 hits
agendaily com01 07 2022Tan Sri Annuar Musa mendedahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak ada menyuruhnya menandatangani SD menyokong cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pern...
Samsul Iskandar Ni Tak Tahu Ke Zahid Tu Ada Kes Mahkamah

Samsul Iskandar Ni Tak Tahu Ke Zahid Tu Ada Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan hangat yang dikeluarkan oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin membuktikan bahawa apa yang pernah disuarakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini ...
Rentasan 1158 Gempar Kini Sah Wujudnya Pakatan Sulit Zahid Anwar

Rentasan 1158 Gempar Kini Sah Wujudnya Pakatan Sulit Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 114 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11581 65 TAHUN MERDEKA TIADA PEGUAM BELA LAYAK UNTUK NAJIB 2 TAK PATUT MENTERI KATA TENGAH JALAN PUN MATI 3 SIAPA YANG SEBENARNYA BERGANTUNG KEPADA KLEPTOKRAT
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Di Mana Letaknya Negeri Syam Sekarang

Influencer Marketing For Businesses

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu

Aepul Roza I L U Chord