Anwar Kritik Naratif Palsu Kestabilan Politik Perpaduan


malaysiakini.com
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Feb 21, 2022 10:08 AM

Presiden PKR Anwar Ibrahim membidas "naratif palsu" berhubung kestabilan politik dan perpaduan yang digunakan oleh Umno dalam mempertahankan gesaan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) Johor

Bercakap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya PKR Johor, Anwar berkata tumpuan utama diperlukan dalam menyelesaikan isu yang melibatkan rakyat, termasuk peluang pekerjaan, kualiti pendidikan dan kos sara hidup.

“Jadi apa yang nak dibanggakan oleh BN dan PN ini? Yang riuh-rendah gegak-gempita soal kestabilan, kestabilan untuk apa?

“Stabil untuk senang ambil tanah? Stabil untuk senang rompak? Stabil ini untuk memastikan nasib rakyat terbela,” kata Anwar ketika berucap di majlis yang diadakan di Pulai Springs Resort, Johor Bharu malam tadi.

Sebelum ini, penyandang menteri besar dari Umno Hasni Mohammad pernah mengeluarkan kenyataan mempertahankan permintaan partinya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri dan menggesa PRN, dengan mengatakan kerajaan pimpinan BN tidak boleh terus berfungsi dengan hanya majoriti satu kerusi daripada 56 kerusi DUN.

Hasni berkata kerajaan negeri tidak stabil dan memerlukan mandat baru untuk meneruskan rancangannya di Johor.

Menyentuh dari aspek menyeluruh, Anwar berkata naratif palsu itu juga terbukti selama 60 tahun pentadbiran BN sebelum Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 2018.

“Stabil untuk apa? Stabil ini untuk memastikan nasib rakyat terbela..60 tahun memang stabil! Tapi tidak menjamin keselesaan hidup rakyat. Jadi naratif stabil ini jangan mengelirukan.

“Begitu juga naratif perpaduan. Semua bicara soal perpaduan. Perpaduan Melayu, kesatuan ummah, perpaduan rakyat,“ kata ahli parlimen Port Dickson itu.

“Ya, negara yang merdeka harus bersatu-padu tapi untuk apa? Bersatu untuk keselesaan rakyat.

“Bukan bersatu turun-temurun punggah kekayaan,” katanya.

Anwar, yang tiba di Johor dari Baling, Kedah, di mana dia menghadiri majlis memperingati rusuhan di Baling pada 1974, yang mengisahkan mengenai penentangan terhadap kemiskinan tegar dan ketidakadilan sosial pada masa itu, yang terus menjadi isu relevan dalam perjuangan politik PKR sedia ada.

Dalam ucapannya, Anwar memuji jentera dan ahli parti PKR Johor dari Selangor dan Negeri Sembilan, yang juga hadir bersama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Pada Jumaat, Anwar telah mengumumkan kumpulan terakhir 20 calon PKR, dan dia semalam menyatakan bahawa terdapat beberapa perubahan saat akhir dibuat untuk melaksanakan janji terhadap sekurang-kurangnya tiga calon wanita dan tiga dari sayap pemuda.

Amirudin dalam ucapannya mengingatkan bahawa ketika Bersatu dan PN menentang Umno-BN dalam PRN Johor, mereka kekal menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan yang sama di Putrajaya.

“Mereka kata melawan kleptokrat, tetapi esok lepas mereka pulang ke KL, mereka bersama kleptokrat dalam kerajaan,” kata Amirudin.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata dia telah bertemu dengan jentera parti di kesemua 20 kerusi, untuk mengenal pasti dan menyelesaikan pelbagai isu menjelang tempoh berkempen bermula selepas penamaan calon pada 26 Feb.

Hari mengundi PRN Johor diadakan pada 12 Mac.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/anwar-kritik-naratif-palsu-kestabilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kestabilan Bn Untuk Ambil Tanah Saham Bukan Bela Rakyat Anwar

Kestabilan Bn Untuk Ambil Tanah Saham Bukan Bela Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 172 hits
Pilihan Raya Negeri Johor sebagaimana dikatakan pemimpin BN terpaksa dibuat untuk menjamin kestabilan politik Namun Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya untuk apa kestabilan tersebut bagi BN atau PN Adakah untuk membantu atau...
Selebritis Terkenal Indonesia Kata Modal Politik Anwar Integriti

Selebritis Terkenal Indonesia Kata Modal Politik Anwar Integriti

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 246 hits
Artis terkenal Indonesia Ahmad Dhani yang pernah dipenjarakan kerana tuduhan menyebar mesej kebencian berkata beliau berminat untuk berkecimpung di dalam politik namun tidak punya modal Justeru katanya beliau harus ke penjara dahulu untuk m...
Eur Usd Elakkan Permulaan Palsu Euro Dan Dolar As Untuk Menjangkakan Mac Yang Hebat

Eur Usd Elakkan Permulaan Palsu Euro Dan Dolar As Untuk Menjangkakan Mac Yang Hebat

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 250 hits
Inflasi yang melanda kedua dua belah Atlantik bukan sahaja mencecah poket pengguna tetapi juga memastikan bank pusat terjaga yang mula meninggalkan langkah kecemasan yang telah mereka perkenalkan sebagai tindak balas kepada wabak itu Di seb...
Kalau Nak Kestabilan Contohi Kerajaan Selangor Fakharuddin Moslim

Kalau Nak Kestabilan Contohi Kerajaan Selangor Fakharuddin Moslim

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 199 hits
Alasan BN Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac ini kononnya Kerajaan Negeri tidak stabil apabila BN terpaksa berkongsi kuasa dengan PN Bagi calon KEADILAN DUN Pasir Raja Fakharuddin Mo...
Minta Suapan Rm20 000 Tutup Kes Dokumen Palsu 2 Penjawat Awam Ditahan

Minta Suapan Rm20 000 Tutup Kes Dokumen Palsu 2 Penjawat Awam Ditahan

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 235 hits
Sumber berkata suspek pertama ditahan di sebuah restoran kira kira 4 petang tadi dan suspek kedua ditahan kira kira 6 petang di sekitar Gombak PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor menahan dua lelaki dalam lingkungan...
Penembusan Palsu Ethereum

Penembusan Palsu Ethereum

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 166 hits
Ethereum didagangkan dalam zon merah pada tahap 3 052 46 pada masa penulisan Selepas peningkatan yang menakjubkan penurunan sementara adalah semula jadi Namun pengunduran itu mungkin hanya sementara Ia hanya boleh menguji dan menguji semula...
Akibat Perkahwinan Tak Direstui Mentua Lelaki Buat Laporan Palsu Sabah Diceroboh

Akibat Perkahwinan Tak Direstui Mentua Lelaki Buat Laporan Palsu Sabah Diceroboh

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 197 hits
Akibat perkahwinan tak direstui mentua lelaki buat laporan palsu Sabah diceroboh KOTA KINABALU Polis Sabah berkata seorang lelaki membuat laporan palsu mengenai sekumpulan lelaki asing bersenjata menceroboh negeri itu dengan harapan masalah...
Hilang Kestabilan Pekerja Penyelenggaraan Cemas Gondola Dipukul Ribut

Hilang Kestabilan Pekerja Penyelenggaraan Cemas Gondola Dipukul Ribut

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Beberapa pekerja penyelenggaraan yang berada dalam dua kren gondola di sebuah bangunan di Jalan Kemuning di sini berdepan detik cemas apabila gondola itu terhayun beberapa kali ketika ribut petang tadi Angin kuat menyebabkan go...
Membanteras Katak Politik Bagaimana

Membanteras Katak Politik Bagaimana

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 140 hits
February 25 2022 Artikel ini dimulakan dengan imbasan sejarah politik tanahair Pada Ogos 1988 Shahrir Samad meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru Beliau mengosongkan kerusi Johor Bahru sekaligus memaksa pilihan raya kecil diadak...
Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Meneroka Peluang Di Malaysia Mencari Kerjaya Sebagai Jurutera Oil Gas

Oppo Ai Features Revolutionizing The Mobile Experience In Mexico

Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah

Perak Needs Further Study On Use Of Vapes E Cigarettes

Cadangan Syarikat Penerbangan Dari Malaysia Ke Korea Lengkap Dengan Senarai Harganya

Evolusi Terapi Radionuklid Dalam Perubatan Nuklear Untuk Rawatan Pigmented Villonodular Synovitis

Hari Arafah Kelebihan Dalil Amalan Yang Boleh Dilakukan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Govt Considering Homes Above Train Stations To Ease Congestion

Dr M To Launch Big Umbrella To Save Malays With Pn At His Side

High Court Judge Roz Mawar Praised For Sound Solid Judgment In Denying Pmx S Immunity Bid

Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Mb Gangjeong Chicken Kini Di Marrybrown Dengan Rasa Korea Yang Pedas Menggoda