Kestabilan Bn Untuk Ambil Tanah Saham Bukan Bela Rakyat Anwar




 Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagaimana dikatakan pemimpin BN, terpaksa dibuat untuk menjamin kestabilan politik.

Namun Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya, untuk apa kestabilan tersebut bagi BN atau PN. Adakah untuk membantu atau membela rakyat.

"Apa yang nak dibanggakan oleh BN dan PN. Yang riuh rendah kestabilan ini apa? Stabil untuk apa? Senang ambil tanah? Atau dapat saham? Stabil ini (sebenarnya) untuk memastikan nasib rakyat terbela. 60 tahun stabil tetapi tidak pun menjamin keselesaan hidup rakyat. Stabil ini jangan mengelirukan.

"Bicara soal perpaduan, kesatuan umat, perpaduan rakyat, mesti bersatu tetapi untuk apa? Bersatu untuk keselesaan rakyat. Bukan turun temurun punggah kekayaan.

"Pandoara Papers senarainya macam mana? Waktu itu (politik) stabil tetapi digunakan untuk punggah kekayaan, bukan sedikit berbilion," katanya dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya KEADILAN, malam tadi.

Justeru Anwar berkata, BN dan PN sangat takut sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang. Kebusukan mereka akan terdedah tanpa memilih bulu dan akan dihadapkan ke mahkamah.

"Mereka takut kepada kita kerana (jika menang) Pandora Papers akan dibuka. Kerosakan sistem (didedahkan).

"Sebut perbankan, kalau bank diurus dengan baik dan Bank Negara ada integriti tak mungkin (skandal) 1MDB boleh berlaku.

"Kalau siasatan polis atau SPRM telus dan bebas tak mungkin skandal 1MDB terjadi. Badan kehakiman sampai hari ini pun ada masalah," katanya mengambil contoh percubaan Presiden Umno yang mahu menyelesaikan kes pecah amanahnya sebagaimana diceritakan oleh bekas PM Mahiaddin Yassin baru baru ini.

Mengenai isu kempen KEADILAN pula, Anwar menegaskan hal hal pembelaan rakyat harus diutamakan.

Katanya, tiada perbandingan yang menunjukkan era pemerintahan BN dan PN lebih baik berbanding PH.

"Apakah sejak kamu perintah boleh kawal harga barang, apakah kawal rasuah tidak merebak? Apakah kamu perintah peluang pekerjaan bertambah, mutu pendidikan, kesihatan lebih baik? Tak ada.

"Isu dalam kempen saya nak tegaskan tidak boleh lari dari isu rakyat. Sebut stabil dan bersatu, kita mahu kestabilan dan bersatu untuk bela rakyat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PH itu turut menegaskan hubungan antara sesama parti komponen adalah baik, malah hubungan dengan rakan baharu, Muda juga akan menjadi baik sekiranya mengikut disiplin PH.


"KEADILAN perlu balik kepada asas perjuangan, kembali ke landasan untuk merobah masyarakat. Dengan logo KEADILAN tidak sedikit pun menjejas hubungan baik kita dengan DAP dan Amanah.

"Memang ada rundingan awal pembahagian kerusi, dan inilah kali pertama, kenyataan saya, belum pernah kita capai persetujuan dengan tiga parti (begitu mudah) seperti mana berlaku di Johor.

"Hubungan baik kita dengan DAP dan Amanah perlu dikekalkan dan kita bantu rakan rakan kita untuk mencatat kemenangan.

"Sekiranya Muda ikut semangat yang sama, dan selesaikan masalah perundingan seperti sebelum ini, saya tidak ada masalah untuk bersama sama dalam pilihan raya," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/kestabilan-bn-untuk-ambil-tanah-saham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerugian Ghk Bukan Sekadar 2 6 Billion Tetapi Melibatkan Dana Rakyat Kwsp Dan Pemegang Saham Cimb Rhb Dan Maybank

Kerugian Ghk Bukan Sekadar 2 6 Billion Tetapi Melibatkan Dana Rakyat Kwsp Dan Pemegang Saham Cimb Rhb Dan Maybank

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 239 hits
Genting Hong Kong Rugi bukan hanya rm2 6 billion kepada pemberi pinjaman apabila diselidiki lebih mendalam lebih besar kerugian yang dialami oleh pemegang saham didalam Genting Hong Kong yang muflis iaitu Dana Rakyat KWSP pemegang saham did...
Cabaran Anwar Pada Prn Johor Anwar Tetap Dihati Penyokong Pkr Dan Rakyat Malaysia Yang Benci Rasuah

Cabaran Anwar Pada Prn Johor Anwar Tetap Dihati Penyokong Pkr Dan Rakyat Malaysia Yang Benci Rasuah

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 199 hits
2021 merupakan tahun mendukacitakan buat parti yang diasaskan daripada semangat reformasi apabila gagal dua kali dalam Pilihan Raya Negeri iaitu di Melaka dan Sarawak Parti Keadilan Rakyat yang dahulunya tampak garang serta bertenaga dengan...
Angkat Martabat Negeri Johor Untuk Keselesaan Rakyat Anwar

Angkat Martabat Negeri Johor Untuk Keselesaan Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 142 hits
Nasib bangsa Johor telah terbenam sejak sekilan lama sewaktu pemerintahan 60 tahun Umno BN Biar pun negeri itu ketiga termaju di Malaysia namun masih banyak kawasan yang mana rakyatnya miskin dan hidup tidak terbela serta menyeberang ke Sin...
Bagi Gaji Minimum Rm1 500 Pun Susah Rakyat Perlu Ubah Kerajaan Anwar

Bagi Gaji Minimum Rm1 500 Pun Susah Rakyat Perlu Ubah Kerajaan Anwar

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 146 hits
Pengundi Johor perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Negeri 12 Mac ini memandangkan kerajaan BN tidak peduli dengan kesusahan rakyat bawahan Menurut Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kerajaan BN sangat sukar untuk menaikkan ...
Bela Rakyat Tolak Rasuah Perjuangan Utama Keadilan

Bela Rakyat Tolak Rasuah Perjuangan Utama Keadilan

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 164 hits
Pembelaan terhadap rakyat perlu diterangkan sebagai perjuangan penting KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri Johor Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya lebih banyak pembelaan terhadap orang miskin dan rakyat marhaen p...
Anwar Kritik Naratif Palsu Kestabilan Politik Perpaduan

Anwar Kritik Naratif Palsu Kestabilan Politik Perpaduan

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 183 hits
malaysiakini comPresiden PKR Anwar Ibrahim membidas naratif palsu berhubung kestabilan politik dan perpaduan yang digunakan oleh Umno dalam mempertahankan gesaan mengadakan pilihan raya negeri Johor Bercakap pada majlis pelancaran jentera p...
Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri Tahun 2022

Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri Tahun 2022

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 282 hits
Syarikat Perumahan Negara Berhada merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Ker...
Kecuaian Bank Negara Dalam Isu 1mdb Imej Buruk Pada Negara Anwar

Kecuaian Bank Negara Dalam Isu 1mdb Imej Buruk Pada Negara Anwar

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 183 hits
Anwar Ibrahim memaklumkan akan mendesak Speaker supaya memberi ruang kepada ahli ahli parlimen membahaskan perkembangan terbaru mengenai skandal 1MDB apabila sidang dewan bermula minggu depan Ketua Pembangkang itu terdahulu memberikan ulasa...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord