Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 26, 2025 8:43 PM
Perdana menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, perlu memberi penjelasan mengenai keputusan 1MDB untuk menggugurkan saman sivil terhadap anak tiri Najib Razak, Riza Aziz dan syarikat Red Granite, kata peguam Charles Hector

Memandangkan 1MDB dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), Hector menuntut Anwar menjelaskan keputusan itu dan melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan.

"Tanggungjawab terletak pada menteri kewangan, perdana menteri dan kabinet kerana ini syarikat milik kerajaan, bukan sekadar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan kerajaan hanya memiliki sebahagian saham.

"Anwar Ibrahim mungkin seorang perdana menteri yang ‘paling pemaaf’, dan dia boleh memaafkan tindakan orang lain yang hanya menjejaskan dirinya secara peribadi – seperti dia memaafkan bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor, kerana memberinya ‘mata lebam’.
"Tetapi jenayah Najib, isterinya Rosmah Mansor, anak tirinya Riza dan timbalan perdana menteri sekarang, Ahmad Zahid Hamidi, adalah jenayah terhadap rakyat Malaysia. Jadi, Anwar, walaupun seorang ‘sahabat baik’, harus bertindak untuk Malaysia – dan rakyat Malaysia masih belum memaafkan," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dia turut mencadangkan supaya jawatankuasa pilihan khas parlimen menyiasat keputusan 1MDB untuk menggugurkan saman terhadap Riza.
Untuk rekod, Riza dan Zahid sebelum ini telah dibebas tanpa dilepaskan (DNAA) dalam kes jenayah terhadap mereka.

Dalam kes Riza, DNAA itu merupakan sebahagian daripada perjanjian pada tahun 2020 yang memerlukan dia memulangkan berjuta-juta ringgit.

Bagaimanapun, Najib dan Rosmah masih berdepan beberapa kes mahkamah yang sedang dibicarakan.

Sementara itu, Hector berpendapat penjenayah tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja hanya kerana mereka memulangkan hasil jenayah mereka. Ini, katanya, hanya boleh dianggap sebagai faktor mitigasi bagi mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman yang lebih ringan.

Dia juga menyoal jika wang yang didakwa diseleweng oleh Riza benar-benar telah dikembalikan.

Kes Riza Aziz dan Red Granite

Pada tahun 2019, Riza didakwa dengan lima pertuduhan pengubahan wang haram kerana didakwa menerima dana yang diselewengkan daripada 1MDB melalui akaun bank Red Granite.

Red Granite syarikat penerbitan Hollywood yang diasaskannya, yang menerbitkan filem "The Wolf of Wall Street" dan "Dumb and Dumber Too".

Bagaimanapun, kesnya digugurkan pada tahun berikutnya dengan syarat dia mengembalikan dana tersebut. Jika gagal, pihak pendakwaan berhak untuk mendakwanya semula.

Namun, pada tahun 2021, 1MDB dan anak syarikatnya sekali lagi memfailkan saman sivil terhadap Riza, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.

Mereka mendakwa Riza dan dua syarikatnya menerima dana sebanyak AS$248 juta (sekitar RM1.09 bilion) yang disalahgunakan untuk keuntungan peribadi, termasuk membiayai penerbitan filem serta membeli pelbagai hartanah mewah.

Bagaimanapun, saman tersebut ditarik balik pada Isnin tanpa sebarang alasan diberikan di mahkamah terbuka.

Penarikan saman itu dibuat seminggu selepas Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zamri Zainul Abidin, memberi keterangan bahawa Riza dan peguamnya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mencapai penyelesaian global untuk mendapatkan semula dana AS$248 juta.[Baca berita asal]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/anwar-kena-jawab-1mdb-gugur-saman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Must Answer For Dropping 1mdb Lawsuit Against Riza Says Activist

Anwar Must Answer For Dropping 1mdb Lawsuit Against Riza Says Activist

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 149 hits
Prime Minister cum Finance Minister Anwar Ibrahim must answer for 1MDB s move to drop its civil suit against Najib Abdul Razak s stepson Riza Aziz and Red Granite said activist Charles Hector Noting that the Minister of Finance Incorporated...
Why Did Anwar Withdraw Us 248m Suit Against Riza

Why Did Anwar Withdraw Us 248m Suit Against Riza

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 137 hits
Yes I know it was 1MDB which withdrew the civil suit of US 248 million against Najib Abdul Razak s stepson Riza Aziz but such an instruction could have only come from Finance Minister Anwar Ibrahim This is because the memorandum and article...
Dividen Kwsp 6 3 Peratus Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Dasar Kerajaan Madani Pm Anwar

Dividen Kwsp 6 3 Peratus Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Dasar Kerajaan Madani Pm Anwar

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 163 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI adalah faktor dividen KWSP lebih tinggi pada 202...
Bagaimana Malaysia Boleh Dapatkan Kembali As 248 Juta Apabila 1mdb Batalkan Tuntutan Sivil Ke Atas Riza Aziz

Bagaimana Malaysia Boleh Dapatkan Kembali As 248 Juta Apabila 1mdb Batalkan Tuntutan Sivil Ke Atas Riza Aziz

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 122 hits
K PRAGALATHFebruary 25 2025Lim Guan Eng menyoal bagaimana Malaysia boleh memperoleh kembali AS 248 juta susulan tindakan 1MDB membatalkan tuntutan sivil bernilai AS 248 juta terhadap anak tiri mantan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak iai...
Kerajaan Akan Pinda Akta Perhimpunan Aman Kata Anwar

Kerajaan Akan Pinda Akta Perhimpunan Aman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 95 hits
freemalaysiatoday com 13 Feb 2025 10 30 AMPerdana menteri berkata keperluan mendapat persetujuan penghuni bagi penganjuran perhimpunan seperti di bawah Seksyen 11 akta itu akan dikeluarkan Antara pindaan adalah mengeluarkan Seksyen 11 dalam...
Pemilihan Pkr Bertanding Atau Tidak Anwar Biar Parti Tentukan

Pemilihan Pkr Bertanding Atau Tidak Anwar Biar Parti Tentukan

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 159 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 15 2025Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata terserah kepada parti itu untuk menentukan sama ada jawatan tertinggi parti itu serta timbalannya wajar dipertandingkan atau sebaliknya Ditemui media di Bestari Jaya ...
Ramalan Lembah Pantai Jadi Pilihan Anwar

Ramalan Lembah Pantai Jadi Pilihan Anwar

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 87 hits
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto AFP KUALA LUMPUR Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim diramalkan bakal bertanding di kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya kecil untuk membolehkannya kembali ke Parlimen Pen...
Tariff Hike Two Ex Pms Refute Anwar S No Impact On Households Remark

Tariff Hike Two Ex Pms Refute Anwar S No Impact On Households Remark

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 109 hits
PARLIAMENT Two former prime ministers debating the royal address today shared similar concerns in rejecting Prime Minister Anwar Ibrahim s statement that an electricity tariff increase for industrial users and the high income group will not...
50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Dbkl Puts 3 Officers On Leave Over Balloon Vendor Incident


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut