Pemilihan Pkr Bertanding Atau Tidak Anwar Biar Parti Tentukan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 15, 2025
Presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata terserah kepada parti itu untuk menentukan sama ada jawatan tertinggi parti itu serta timbalannya wajar dipertandingkan atau sebaliknya

Ditemui media di Bestari Jaya, Kuala Selangor hari ini Anwar berkata dia tidak mencampuri urusan tersebut dan terpulang kepada PKR untuk membuat ketetapan.

“Mereka (parti) yang putuskan… saya tak campur.

“Ia (melibatkan) demokrasi… yang (akan) bertanding (atau) tak bertanding, parti tentukan,” katanya kepada media hari ini.

PKR bakal mengadakan pemilihan untuk peringkat pusat pada minggu ketiga Mei ini.

Pada 1 Mei lalu Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, dipetik sebagai berkata parti itu mungkin tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan.

Dia yang juga Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri berpendapat, cadangan tersebut dibangkitkan agar suasana dalaman parti berada dalam keadaan lebih tenang.

“Apa pun tidak ada keputusan dalam parti yang menghalang, tetapi kita di peringkat pimpinan ini tentulah ada perbincangan kerana kita ada agenda yang lebih penting,” katanya.

Bagaimanapun ia mendapat reaksi yang berbeza.

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata Anwar memerlukan barisan pemimpin yang lebih dinamik untuk mereka mengukuhkan agenda rakyat.

Katanya, membuka ruang pertandingan juga membolehkan PKR terus relevan dalam politik negara.

“Justeru setiap pemimpin tidak perlu gentar untuk melalui proses pemilihan sama ada untuk memilih mahupun dipilih.

“Demokrasi itu bising, sementara jika senyap itu bererti tidak berani melakukan perubahan,” katanya.

Pakar sains politik Universiti Sunway, Wong Chin Huat, pula berpendapat menghalang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi PKR akan menghalang parti itu membuat persiapan menghadapi era selepas Anwar melepaskan jawatan presiden.

Hal itu kerana, kata Wong, perlembagaan PKR menetapkan had seseorang presiden hanya boleh memegang jawatan berkenaan selama tiga penggal, justeru Anwar perlu berundur apabila sampai waktunya.

“Memandangkan tempoh jawatan Anwar sebagai presiden parti akan tamat dalam tiga hingga empat tahun lagi, adakah beliau akan mengutamakan kepentingan peribadinya berbanding kepentingan parti, seperti yang dilakukan oleh Joko Widodo di Indonesia tahun lalu?

“Lebih baik bagi Anwar, kestabilan PKR dan Malaysia jika beliau menetapkan had penggal 10 tahun bagi jawatan perdana menteri supaya peralihan kuasa yang tidak dapat dielakkan menjelang 2032 dapat diperjelaskan lebih awal,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/pemilihan-pkr-bertanding-atau-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Pkr Anwar Rafizi Mungkin Tak Dicabar

Pemilihan Pkr Anwar Rafizi Mungkin Tak Dicabar

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 137 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Status quo jawatan presiden dan timbalan presiden PKR antara pilihan dipertimbangkan menjelang pemilihan parti pada Mei Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Shamsul Iskandar Md Akin berkata ketika ini sedang b...
Kedudukan Presiden Pkr Biar Parti Putuskan Saya Tak Masuk Campur

Kedudukan Presiden Pkr Biar Parti Putuskan Saya Tak Masuk Campur

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 105 hits
SITI NUR ZAWANIFebruary 15 2025Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pucuk pimpinan partinya sama ada mahu mempertandingkan atau tidak jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan Mei depan Perdana Menteri berkat...
Pm Anwar Mahu Semua Projek Dilaksana Segera Jangan Biar Rakyat Tunggu Lama

Pm Anwar Mahu Semua Projek Dilaksana Segera Jangan Biar Rakyat Tunggu Lama

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 147 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bulan Februari 2025 di Putrajaya pada Isnin Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 10 Feb Datuk Seri Anwar I...
Biar Orang Islam Tentukan Lain Lain Bangsa Tak Perlu Campurtangan

Biar Orang Islam Tentukan Lain Lain Bangsa Tak Perlu Campurtangan

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 170 hits
Adrian Lim Sama ada umat Islam memerlukan garis panduan menghadiri perayaan saya berasa itu perbincangan yg seharusnya diadakan di antara umat Islam Ada orang Islam berasa perlu Ada orang Islam berasa tidak perlu Apa pun pandangan umat Isla...
Pemilihan Pkr Di Sabah Tangguh Jika Bertembung Prn Kata Fuziah

Pemilihan Pkr Di Sabah Tangguh Jika Bertembung Prn Kata Fuziah

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 114 hits
Fuziah Salleh berkata MPN telah menetapkan tarikh pemilihan bahagian dan pusat yang tidak berubah setakat ini PETALING JAYA Pemilihan peringkat bahagian di Sabah hanya akan ditangguhkan jika bertembung dengan tarikh PRN yang mungkin diadaka...
Malaysia Joins Islamic Nations In Rejecting Trump S Gaza Takeover Plan Says Pm Anwar

Malaysia Joins Islamic Nations In Rejecting Trump S Gaza Takeover Plan Says Pm Anwar

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 153 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim speaks to the media after launching the establishment of the new International Institute of Futures Studies at the International Islamic University of Malaysia in Kuala Lumpur February 5 2025 Picture ...
Setiausaha Politik Pm Anwar Santuni Lima Keluarga Sempena Program Ziarah Kasih Madani

Setiausaha Politik Pm Anwar Santuni Lima Keluarga Sempena Program Ziarah Kasih Madani

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 134 hits
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni keluarga penerima bantuan sempena Ziarah Kasih MADANI Parlimen Bakri pada Selasa Foto Facebook Azman AbidinMUAR 5 Feb Program Ziarah Kasih MA...
Sewa Helikopter Menteri Pertahanan Akan Jelaskan Pm Anwar

Sewa Helikopter Menteri Pertahanan Akan Jelaskan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 146 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan dua jilid buku yang berjudul A Malik Bennabi Reader serta penubuhan Institut Antarabangsa Kajian Masa Depan di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Gombak Kuala Lumpur Foto R...
Buasir Otak Tv Bila Orang Minta Sedekah Tapi Kau Kedekut Be Like

Future Of Penang Turf Club Land Depends On Owners Says Chow

Peras Ugut Pengunjung Hospital Pengawal Keselamatan Direman

Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Lima 25 Kicks Off With Spectacular Aerial Display By Rmaf

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Wear Your Supercar When Automotive Passion Becomes A Lifestyle

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar Dbkl Ppim 19 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuaca Panas Kering Luar Biasa

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Malang Tidak Berbau