Anwar Keluar Penjara Kisah Jubor Bercambah
Dikala rakyat menunggu keputusan Mahkamah terhadap Najib Razak (mantan PM) kisah jubor pula semakin panas.
Selepas kisah jubor Azmin Ali, kini kisah jubor Anwar pula sedang berada pada suhu kepanasan 100%.
Kisah Presiden PKR Anwar Ibrahim melakukan salah laku seks terhadap Muhammad Yusoff Rawther sedang meletup di segenap penjuru alam.
Yusoff mendakwa insiden itu berlaku pada hari keempat PRK Port Dickson yang ditandingi Anwar.
Pada 5 Disember, Anwar dalam kenyataan menafikan dakwaan itu, dengan berkata dia sibuk berkempen pada hari kejadian itu didakwa berlaku.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tanpa asas tersebut.
"Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen," katanya.
Dipercayai penyokong Anwar begitu giat menafikan dan mempersoalkan masa yang diambil Yusoff untuk membuat laporan Polis begitu lama sedangkan kejadian itu didakwa berlaku pada 2018.
Tidak kurang juga bertanggapan dakwaan itu adalah satu konspirasi politik yang didalangi pihak yang tidak diketahui dengan tujuan untuk membunuh masa depan politik Anwar.
Ada juga yang mempersoalkan, mengapa dakwaan melakukan salah laku seks terhadap Muhammad Yusoff oleh Anwar timbul pada musim KONGRES NASIONAL PKR.
Sebahagian lain pula, dakwaan itu dibuat bagi tujuan menghalang Anwar jadi PM ke-8.
Penulis pula tak lupa pada kata-kata bidalan, tak ada angin pokok tak goyang, anjing kalau dah biasa makan tahi tak makan pun di hidunya.
Anwar keluar penjara sahaja kisah jubor pun bercambah, baik dok di penjara je lah.
Mana-mana pihak termasuk penyokong Anwar rasanya tak usah spin cerita, biar polis buat kerja dia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kakipalu.blogspot.com/2019/12/anwar-keluar-penjara-kisah-jubor.html