Anwar Jejak Kaki Semula Ke Bangunan Umno Pasti Ramai Yang Pedih Hati


 
Anwar Ibrahim akan menjejakkan kaki di ibu pejabat UMNO di WTCKL malam ini, 25 tahun selepas dipecat daripada parti itu pada 1998.
Perdana Menteri dijadual akan tiba pada jam 8.30 malam bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan, yang melibatkan wakil-wakil parti kerajaan.
Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang juga ketua sekretariat itu mengesahkan kepada portal Malaysiakini bahawa Anwar akan hadir malam ini.
Ini adalah kali pertama Anwar hadir ke Bangunan UMNO selepas dipecat oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1998 lalu.
Ketika itu, Anwar memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.
Apa yang menarik, kembalinya Anwar ke Bangunan UMNO malam ini ialah dengan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Dapat kembali sebagai Perdana Menteri ke Bangunan UMNO, sedangkan 24 tahun lalu dipecat ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, bukan saja sesuatu yang menyentuh hati buat Anwar sendiri, malah juga UMNO dan PKR, sebuah parti yang lahir hasil pemecatan itu.
Tetapi, tentu saja ramai yang pedih hati menyaksikan Anwar kembali ke Bangunan UMNO malam ini, terutama Tun Mahathir yang telah memecatnya pada 1998 dahulu.
Selama 25 tahun, Tun Mahathir cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri dan sebelum ini menjadikan beliau sebagai musuh utama UMNO dengan pelbagai rekayasa tuduhan, Anwar selain berjaya akhirnya memburu cita-citanya itu, bahkan memperolehi jawatan tersebut melalui kerjasama dengan UMNO.
Kemudian, malam ini hadir pula ke Bangunan UMNO, tempat di mana beliau dipecat suku abad yang lalu.
Mahu tak pedih hati Tun Mahathir melihatnya…silap-silap berdarah hidung sekali!
Selain Anwar, kehadiran DAP juga menjadi tumpuan memandangkan konflik lama parti itu dan UMNO sebelum ini.
Pejabat UMNO menjadi pejabat urusan sekretariat itu.
Sekretariat itu ditubuh bagi membincangkan perjalanan kerajaan dan langkah ke hadapan, termasuk kerjasama politik serta janji-janji manifesto parti-parti kerajaan.
Dalam perhimpunan agung UMNO sebelum ini, hanya wakil BN diundang atas alasan “ingin menyelesaikan perkara-perkara yang berkait dengan keputusan dalaman Umno dan BN”.
Bagaimanapun, ramai melihat tindakan itu dibuat supaya penyokong UMNO tidak terkejut dengan perubahan drastik hala tujunya yang membentuk kerajaan dengan musuh tradisi kali ini.
Sementara itu, pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat terlebih dahulu petang ini, sebelum bertemu parti-parti kerajaan lain malam nanti. – ShahbudinHusin 07/02/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/anwar-jejak-kaki-semula-ke-bangunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas 25 Tahun Anwar Jejak Kaki Ke Pejabat Umno Malam Ini

Lepas 25 Tahun Anwar Jejak Kaki Ke Pejabat Umno Malam Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 188 hits
MalaysiakiniAnwar Ibrahim dilaporkan akan menjejakkan kaki di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur malam ini setelah kira kira 25 tahun selepas dipecat daripada parti itu pada 1998 Perdana menteri dilapor akan hadir kira kira jam 8 30 malam bag...
Anwar Aljuburi Bakal Presiden Umno

Anwar Aljuburi Bakal Presiden Umno

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 437 hits
Di beritakan oleh tuan ampunya cerita di khabarkan kawan kepada kawannya yang gambarnya terpapar sebagai orang penting yang mengiringi Aljub masuk ke Ibu pejabat UMNO setelah 25 tahun malam tadi merupakan kejayaan ke 2 terbesar yang mereka ...
Lirik Lagu Biar Pedih Hati Terhiris Lestari

Lirik Lagu Biar Pedih Hati Terhiris Lestari

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 190 hits
Tergamaknya engkau menghirisHatiku yang menyayangiPedihnya bicara terakhirMenikam ke sanubari Kau menghilang entah ke manaTinggalkan ku meranaTak terdaya aku menolaknyaRasa pahit aku telah jua Tidakkah kau punyai rasaKasih sayang di jiwaSeb...
Kj To Anwar Does Umno Under Zahid Add Value To Unity Government

Kj To Anwar Does Umno Under Zahid Add Value To Unity Government

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 230 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim should ponder if Umno under Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi s leadership will add value to the unity government That was the question posted by sacked Umno leader Khairy Jamaluddin to the prime minis...
Umno Reaffirms Backing For Anwar To Complete Term As Pm

Umno Reaffirms Backing For Anwar To Complete Term As Pm

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 202 hits
Umno secretary general Ahmad Maslan said his party remains committed to supporting the leadership of Prime Minister Anwar Ibrahim until the completion of his term for the sake of the country s political stability He said this was in line wi...
Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Need And Want

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Upuonline Lanjut Tarikh Tutup Pelajar Ada Masa Pilih Kursus Betul Betul Menteri Kpt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Zahid Seeking To Project A United Sabah Bn Ahead Of State Polls Say Analysts

How Is Home Made Mango Juice Prepared

Peraturan Baharu Pengisian Nama Mas Air Asia

Isteri Blur Di Mahkamah Bila Hakim Tanya Apa Puan Nak

Tmj Seru Pengadilan Bebas Demi Meningkatkan Kualiti Liga Malaysia