Anwar Ibrahim Sosok Yang Difitnah Dianiaya






*_Sila baca dengan Fikiran Rasional_*


Kes Anwar, pemfitnah dan harga diri
Oleh: Zunar
*(16 Ogos 2020)*


Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.


Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.


Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (timbalan perdana menteri ketika itu). Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang USD200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.


Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.


Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham)
mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.


Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.


Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:
Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"
Azizan: "Ya"
Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"
Azizan: "Saya tak tahu".
Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"
Azizan: "Ya".
Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"
Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).
Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.


Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.


Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.


Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi PM.


Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondo. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.


Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman
berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik dalam anusnya.
Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.


Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan, tetapi dia enggan berbuat demikian. Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.


Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan timbalan perdana menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-dua enggan.  


Apa persamaan antara keempat-empat nama yang diatas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.


Jamal Amro di tawarkan sekitar RM838k hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihanraya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.


Saya catatatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.


Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.


Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.


Secara moral, kita dalam terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur.


Oleh:
*ZUNAR*






*_Nota BayuMalam:_*
Ini zaman edan. Dunia tlh trlalu bangka. Dunia sdg berlari menuju pengakhirannya. Fitnah bertebaran mengisi pengakhirannya. Anwar adalah sosok yg terpilih utk diuji di lembah fitnah ini. Bagi kita yg mengikuti perjalanan takdir yg mengaibkn ini, jelas bukti2 menunjukkn bhw Anwar dianiaya & tidak bersalah sama sekali. Berlainan pula dgn insan2 malang yg sengaja menempah bala melanjutkn bahana fitnah ini berdekad lamanya. 


Aku tidak ingin mmbicarakan soal "manusia2 bertuah" pencipta, sutradara & pelakon2 sandiwara fitnah ini. Mrk ini barang tentu tlh tersedia "istananya" nnt dn di dunia ini pun tlh ramai antara mrk yg tlh menerima karmanya! Namun di sini aku ingin berpesan & mmbangkitkn dosa2 yg diciptakan oleh mrk2 yg sengaja mncipta "dosa percuma" dgn terus meviral dn melanjutkn fitnah ini. Tnpa mrk sedar, mrk sdg mmbina satu dosa besar yg xkn terampunkn melainkan Anwar sendiri sj yg memaafkn mrk. Perkataan "peliwat" yg terpacul drp lidah mrk itu tlh membina satu takdir yg ckup buruk di sana nnt. 
Sedar & bertaubatlah.


Apapun takkan hancur sebutir berlian dek besi yang tajam. Begitulah juga takkan goyah hati nurani yg benar & jiwa yg kental dgn keimanan dek kemarakan api fitnah. Insyaallah.


Sesungguhnya sejak puluhan tahun dahulu aku mengikuti perjalanan dan perbicaraan fitnah ini  dgn renungan & akalbudi.


*_#TabahlahWahaiANWAR_*
*_#DOAbuatANWAR_*
*_#FitnahAdalahDosaBesar_*
*_#DedikasiBuatANWAR_*






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/anwar-ibrahim-sosok-yang-difitnah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarahan Umum Pm Anwar Ibrahim Di Universiti Hamad Bin Khalifa Qatar

Syarahan Umum Pm Anwar Ibrahim Di Universiti Hamad Bin Khalifa Qatar

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 174 hits
Syarahan Umum Perdana Menteri di Universiti Hamad bin Khalifa Qatar berjudul Masa Depan Dunia Islam di Perpustakaan Negara Qatar
Dah Nak Masuk Dua Tahun Anwar Ibrahim Jadi Pm Mana Potret Rasmi

Dah Nak Masuk Dua Tahun Anwar Ibrahim Jadi Pm Mana Potret Rasmi

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 214 hits
HarapandailySudah hampir dua tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri tetapi gambar beliau rupanya tiada terpampang di bangunan kerajaan negeri Terengganu Orang ramai mulai menyedari potret rasmi Perd...
Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 293 hits
Anwar Ibrahim terima mandat rakyat ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 4tzj0yBMaLU src in org https www youtube com embed 4tzj0yBMaLU wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed 4tzj...
Faizal Azumu Tidak Perlu Meroyan Anwar Ibrahim Buktikan Pm Yang Prihatin

Faizal Azumu Tidak Perlu Meroyan Anwar Ibrahim Buktikan Pm Yang Prihatin

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 186 hits
1 Timbalan Presiden BERSATU Faizal Azumu tidak perlu meroyan dengan membuat komen bahawa kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai taktik memancing undi menjelang PRK Kuala Kubu Bharu Ingin saya tegask...
Ucapan Terakhir Ds Anwar Ibrahim Di Hadapan Lima Hakim

Ucapan Terakhir Ds Anwar Ibrahim Di Hadapan Lima Hakim

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 134 hits
1 Arifin Zakaria 2 Abdul Hamid Embong3 Md Raus Sharif4 Suriyadi Halim Omar 5 Ramly Ali Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini insiden ini tidak pernah berlaku Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhas...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat