Anwar Ibrahim Selepas 24 Tahun



PUTRAJAYA: Pengumuman pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 bukan sekadar menamatkan kemelut pembentukan kerajaan Persekutuan, malah menoktahkan penantian 24 tahun Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk bergelar Perdana Menteri.
Bukan sekali dua anak kelahiran Kampung Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu terlepas peluang untuk menduduki jawatan nombor satu negara itu baik ketika masih bersama UMNO ataupun selepas menerajui PKR dan Pakatan Harapan (PH).
Yang pasti, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kenyataan media selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini, berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.
Anwar yang dilahirkan pada 10 Ogos 1947 bukanlah nama asing dalam sejarah politik negara, malah rekod beliau turut diketahui ramai sehingga ke luar negara.

Berkongsi hidup dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka dikurniakan enam anak termasuk Nurul Izzah yang turut terjun ke kancah politik tatkala bapanya berdepan tuduhan salah guna kuasa dan liwat pada 1998.
Bagi yang lahir sebelum 1980-an, Anwar yang kini berusia 75 tahun pastinya pernah dikenali sebagai bintang atau 'rising star' dalam UMNO sehinggalah dipalit kontroversi ketika namanya disebut-sebut bakal menjadi pengganti kepada Mahathir yang juga mentor politiknya ketika menjadi Perdana Menteri keempat.
KERJAYA POLITIK BERMULA SEJAK ZAMAN UNIVERSITI
Berpendidikan awal di Bukit Mertajam Boys School, Anwar pernah belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) selaku antara sekolah menengah terkemuka negara antara 1960 hingga 1966. Beliau kemudian diterima masuk ke Universiti Malaya, untuk mengikuti Pengajian Melayu dengan pengkhususan Sastera pada 1967.
Kerjaya politik Anwar boleh dikatakan bermula sejak zaman universitinya apabila menjadi Presiden Kesatuan Pelajar Islam Malaysia antara 1968 hingga 1971. Malah, Anwar dipilih Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 1971 sebelum menjadi Presiden kedua pertubuhan itu pada 1974.
Pada tahun sama ketika memprotes kemiskinan dalam kalangan masyarakat di Baling, Kedah, Anwar pertama kali ditahan tanpa bicara selama 20 bulan di Pusat Tahanan Kamunting kerana melanggar peruntukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sebagai pemimpin pelajar, Anwar juga pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).
Dari segi politik, Anwar pada 1981 menyertai UMNO dan kerjaya politiknya terus memecut apabila menyertai Kabinet Mahathir sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1983.
Setahun kemudian, Anwar bertukar portfolio menjadi Menteri Pertanian sebelum diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan pada 1986.
Kira-kira sedekad Anwar dalam Kabinet Mahathir, nama beliau disebut-sebut bakal menjadi pengganti Perdana Menteri. Tidak salah andainya ada membuat andaian bahawa Anwar sudah pun dilatih untuk mentadbir negara apabila Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Ia diperkukuhkan lagi apabila Anwar dipilih memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO mengalahkan Tun Abdul Ghafar Baba melalui pemilihan UMNO pada 1993. Kekalahan Abdul Ghafar itu juga menyaksikan rombakan Kabinet dengan Anwar diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pada masa itu, Anwar sudah menjadi Menteri Kewangan dan beliau memegang jawatan kedua tertinggi negara sehingga pemecatannya pada 1998 susulan dakwaan rasuah dan menghalang siasatan terhadap tuduhan meliwat.
PEMECATAN CETUS GERAKAN REFORMASI
Pemecatan Anwar tatkala beliau dilihat hampir menjadi Perdana Menteri mencetus gerakan reformasi apabila ramai melihat beliau dianiaya Mahathir.

Apabila Anwar dihukum penjara selama enam tahun pada 1999 selain hukuman penjara selama sembilan tahun bagi kesalahan seks luar tabii (liwat), lahirlah Parti Keadilan Nasional (kemudian bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas penggabungannya dengan Parti Rakyat Malaysia pada 2003
Bagaimanapun, setahun kemudian Mahkamah Persekutuan Malaysia menggugurkan sabitan kesalahan liwat terhadap Anwar, membebaskan beliau daripada hukuman penjara yang dijalaninya ketika itu.
Selepas pembebasannya, Anwar berusaha membersihkan nama baiknya termasuk mencabar keputusan Mahathir memecatnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, namun Mahkamah Persekutuan pada 2010 mendapati ia adalah sah dan berlandaskan Perlembagaan.
Berikutan itu Anwar perlu menunggu selama lima tahun selepas menjalani hukuman penjara disebabkan sabitan terhadap kesalahan rasuah, sebelum boleh bertanding dalam mana-mana pilihan raya sama ada untuk kerusi Parlimen, mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau tidak dapat terus kembali ke arena politik negara sebagai sebahagian daripada wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya.
Sepanjang menunggu tempoh larangan bertanding itu tamat pada 14 April 2008, Anwar mengajar dan dipanggil sebagai pensyarah jemputan di beberapa institusi pengajian tinggi terkemuka dunia termasuk di Oxford, United Kingdom (UK) dan di John Hopkins University di Washington, Amerika Syarikat (AS).
ANTARA 100 INDIVIDU TERPENTING DUNIA
Beliau juga pernah dinamakan antara 100 individu terpenting di dunia oleh Majalah Times pada 2008.
Pada 2006, Anwar mengumumkan beliau berhasrat bertanding pada PRU12 pada 2008 iaitu selepas larangan terhadapnya berakhir, namun hasratnya itu tidak kesampaian apabila Parlimen dibubarkan lebih awal dan PRU12 diadakan pada 8 Mac.
Namun, buat pertama kalinya parti pimpinan Anwar itu yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat, berjaya menawan tiga negeri termasuk Selangor dengan DAP menang besar dan membentuk kerajaan di Pulau Pinang.
Berikutan Anwar tidak dapat bertanding, apabila tampuk pentadbiran Selangor diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau dilantik menjadi penasihat ekonomi.
Seperti dijanjikan Wan Azizah apabila PRU12 diadakan lebih awal daripada tarikh larangan bertanding terhadap suaminya berakhir, beliau yang ketika itu Ahli Parlimen Permatang Pauh, mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding sekali gus kembali ke Parlimen.
Pada 26 Ogos 2008, Anwar kembali ke Parlimen selepas memenangi kerusi Permatang Pauh dan dipilih menjadi Ketua Pembangkang.
Namun, beliau sekali lagi terpalit dakwaan liwat, kali ini membabitkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari. Namun tuduhan itu dibatalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2012 kerana hakim memutuskan bukti asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes itu diragui kesahihannya.
ANWAR PEROLEH PENGAMPUNAN DIRAJA
Keputusan itu bagaimanapun dirayu pihak pendakwaan dan pada 7 Mac 2014, dengan Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana bersalah meliwat Mohd Saiful.
Beliau bagaimanapun mendapat penangguhan kes sementara menunggu proses rayuan selesai.
Sabitan dan hukuman itu mengakibatkan Anwar tidak dapat mengemukakan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Kajang pada 10 Mac tahun sama.
Beliau kemudian dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh pada 2015.
Apabila PRU14 diadakan pada Mei 2018, PH memperoleh kemenangan besar yang menyaksikan pertukaran pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) kepada PH dengan Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Seperti dipersetujui, kedudukan Mahathir itu bersifat sementara sehingga pengampunan terhadap Anwar selesai dan beliau dibebaskan dari penjara.
Pada 16 Mei 2018 , Anwar memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.
Bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, melepaskan kerusi berkenaan, memberi laluan kepada Anwar bertanding pada 13 Oktober 2018 sebelum menang dengan majoriti 23,560 undi.
Pun begitu, beliau tidak segera menjadi Perdana Menteri.
Pada Februari 2020, hasrat melihat Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan terkubur selepas BERSATU bersama-sama sekumpulan ahli Parlimen PKR bertindak keluar parti menyebabkan Mahathir melepaskan jawatan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menerajui negara.
Anwar kembali bertanding dalam PRU15 di Tambun melawan penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sebelum disahkan menang dengan majoriti undi 3,736 ~ BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/anwar-ibrahim-selepas-24-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Profil Anwar Ibrahim Mantan Napi 15 Tahun Hingga Jadi Pm Malaysia

Video Profil Anwar Ibrahim Mantan Napi 15 Tahun Hingga Jadi Pm Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 113 hits
Pemimpin oposisi Malaysia Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi perdana menteri baru negeri jiran Anwar telah menantikan jabatan ini selama tiga dasawarsa Anwar Ibrahim memulai karier politiknya sejak tiga dekade lalu sebagai anak didik pemi...
Setelah 24 Tahun Akhirnya Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10

Setelah 24 Tahun Akhirnya Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 Pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun seb...
Kedutaan Asing Ucap Tahniah Kepada Anwar Ibrahim

Kedutaan Asing Ucap Tahniah Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 138 hits
Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada perwakilan asing sejurus mengangkat sumpah sebagai perdana menteri KUALA LUMPUR Perwakilan asing di negara ini menghantar ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana mente...
Tahniah Ds Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Pm Malaysia Ke 10

Tahniah Ds Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Pm Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 179 hits
Tahniah DS Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai PM Malaysia Ke 10Alhamdulillah akhirnya Malaysia dah berPM setelah beberapa hari PM dan AM saling bertukar ganti dan dan bertukar shif Tahniah dan takziah diucapkan kepada DS Anwar Ibrahim yang akhi...
Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 125 hits
PM 10 Malaysia Dia dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 Tahniah nbsp Dia dianugerah Allah kerajaan dan kuasa memerintah manusia di bumi Malaysia Segala itu hakikatnya kurnian daripada Allah jua Firman Allah maksudnya Katakanlah ...
Ulangi Pendirian Anwar Ibrahim Tegaskan Tidak Akan Ambil Gaji Perdana Menteri

Ulangi Pendirian Anwar Ibrahim Tegaskan Tidak Akan Ambil Gaji Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 142 hits
Dalam sidang media sebentar tadi Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya sekali lagi untuk tidak mengambil gaji Perdana Menteri seperti dijanjikan sebelum ini Menurutnya keputusan tersebut merupakan langka...
Ringgit Naik Pasaran Saham Kukuh Selepas Anwar Pm

Ringgit Naik Pasaran Saham Kukuh Selepas Anwar Pm

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 145 hits
Ringgit naik pasaran saham kukuh selepas Anwar PMPosted By on November 25 2022Hanya beberapa jam selepas pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke 10 nilai mawatang ringgit yang berleg...
Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 276 hits
TAHNIAH DATO SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 10 Assalammualaikum semua Setelah mengikuti perkembangan Pilihan Raya Umum Ke 15 sejak Penamaan Calon pada 5 November 2022 Sebagai Rakyat Malaysia ini adalah detik paling Ruby teru...
3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer

Only Challenge Is Ensuring Voters Return For Polls Says Pang

Sultan Mizan Suggests Implementation Of Vertical Farming In Terengganu

Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini