Anwar Husam Dan Mustapa Perlu Kemaskan Kabinet Dr Mahathir


RENCANA KHAS

PARLIMEN ke 14 sudah masuk sidang yang kedua, di mana sidang kedua bermula Isnin lalu yang akan bersidang selama 20 hari. Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang pertama kali dibentuk sudah berusia 10 bulan. Walaupun kabinet pertama Dr Mahathir itu relatif baharu, di mana terlalu awal untuk dinilai, tetapi sudah ada aspek tertentu yang boleh dibuat penilaian.
Ketiga mereka ini sangat layak untuk sertai kabinet.Kita tahu, hampir 95% anggota kabinet Dr Mahathir seramai 28 orang terdiri daripada orang baharu yang pertama kali menjadi anggota kabinet. Tetapi apa yang tidak dapat ditolak mereka sudah lama berkecimpung dalam politik. Setengahnya sudah lebih 40 tahun. Sangat masak dengan dunia politik. Sudah ada yang menjadi ahli parlimen lebih daripada dua atau tiga penggal. Bagaimana pun kelebihan itu bukan menjadi satu syarat wajib untuk meletakkan mereka sudah layak menjadi menteri. 
Menjadi ahli parlimen apa lagi oposisi berbeza dengan menjadi menteri atau ahli parlimen kerajaan.

Setelah enam bulan kabinetnya dibentuk Dr Mahathir telah membuat penilaian awal kepada jemaah kabinetnya dengan memberi markah 40% hingga 60%. Angka itu dikira cemerlang memandangkan mereka sebagai orang baharu. 
Secara umumnya beliau berpuas hati dengan pencapaian para menterinya. Dan Dr Mahathir juga walaupun pernah menjadi PM selama 22 tahun tidak tergesa-gesa untuk menilai anggota kabinetnya walaupun ada sisi-sisi yang sangat tidak memuaskannya. Beliau arif mengenai perbezaan kabinet ketika beliau memimpin BN sebelum ini dengan kabinet PH sekarang. Beliau terbuka menerima anggota kebinetnya.

Penilaian terbaru.
Kini setelah 10 bulan di mana dua bulan lagi genap setahun ia tentu mempunyai penilaian terbaru. PM itu sudah tentu nampak mana yang lemah, longgar, kurang berprestasi atau menteri mana yang boleh bekerja mengikut rentaknya. Perkara paling simple yang dijadikan ukuran oleh Dr Mahathir ialah pemakaian “name tag” dan disiplin kehadiran mesyuarat.

Beberapa menteri juga sudah dibawa ke luar negeri untuk menyertai lawatan bersamanya. Kesempatan diberikan itu adalah pendedahan Dr Mahathir kepada anggota kabinetnya yang mana pemergian itu bukan sekadar untuk makan angin atau berkenalan dengan pemimpin dunia tetapi bagi mempelajari seluk beluk mentadbir negara.
Boleh dikatakan semua menteri kanannya sudah menyertai rombongan ke luar negeri; Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan lain-lain. Mereka juga dibawa ikut menyertai mesyuarat dua hala, (bilateral) di antara Malaysia, menanda tangani MoU dan lain-lain dengan negara luar. Mereka juga dibawa atau menjadi wakil dan pemerhati di mesyuarat Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Apabila sudah dibuat sedikit pendedahan, sudah pasti Dr Mahathir ada penilaian sendiri kepada pencapaian atau karakter menterinya. Sebagai tokoh lama, tempoh atau ruang itu sudah memandai baginya untuk membuat penilaian bagi mengenali kemajuan mereka. Setelah berkhidmat selama 10 bulan, jika diumpamakan kepada seorang pelajar, para menterinya sudah boleh diberikan ujian penggal pula setelah menjalani ujian bulan.

Apabila parlimen sudah masuk sessi kedua, dan menghadiri mesyuarat kabinet sekurang-kurangnya lebih 20 kali, ini bermakna Dr Mahathir dapat melihat kemampuan menterinya mengurus persoalan rakyat serta memberi idea dan pandangan terhadap masalahnya. Beliau dapat memerhati bagaimana menterinya meluahkan idea dan solusi menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan kementerian masing-masing

Tempoh 12 bulan itu nanti sudah dikira cukup untuk diberi ujian penggal pula. Dengan hanya dua bulan lagi genap setahun, maka wajarlah kalau menteri diberi penilaian pencapaian mereka. Dr Mahathir tidak perlu memberi masa lebih daripada itu untuk membuat penilaian secara keseluruhan dari segenap aspek kerana ia boleh merugikan rakyat. Karakter, idea, komitmen kepada kerja dan sebagainya sudah boleh diberi penilaian.

Justeru setelah setahun wajar kalau Dr Mahathir membuat semakan menyeluruh terhadap kabinetnya. Beliau tidak perlu membiarkan kelemahan yang ketara itu kepada menteri tertentu dengan alasan mereka baharu atau pertama kali dalam kabinet. Setahun kalau masih ada menteri tidak dapat membina rentak ertinya mereka sudah gagal

Apa yang perlu diutamakan ialah pencapaian mereka untuk kerajaan dan rakyat. Perkara yang perlu disedari dan diberi perhatian masih banyak hasrat yang diaspirasi oleh kerajaan PH belum terlaksana sepenuhnya. Begitu juga agenda reformasi yang diperjuangkan selama ini belum terpenuhi. Perkara ini lebih perlu diberi perhatian daripada untuk menjaga hati para menteri. Kritikan, rintihan rakyat berkaitan kelemahan menteri yang ada sangkut paut kegagalan memenuhi hasrat itu perlu dipedulikan.

Bukan aneh.
Dan sekiranya berlaku rombakan kabinet atau penyusunan semula, waima dinamakan pengemasan atau apa, menteri terlibat hendaklah redha. Kemungkinan dalam penyusunan baru itu nanti berlaku pertukaran portfolio atau mungkin yang digugur terus. Kepada menteri yang terlibat dengan pengguran harusnya redha dengan apa yang berlaku dan mereka juga perlu berjiwa besar. Pengguguran dan pertukaran portfolio bukan sesuatu yang aneh dalam sesebuah kabinet malahan ia lumrah
Sekiranya Dr Mahathir berhajat untuk memantapkan kabinetnya, beliau tidak perlu sangat mengambil kira soal kuota mengikut jumlah kerusi dipunyai parti komponen PH. Sebelum ini pembentukan kabinet diasaskan kepada nisbah kerusi dimiliki parti komponen, menyebabkan mereka yang layak terlepas. Apa yang penting mereka yang boleh bekerja dan memberi sumbangan perlu diutamakan tanpa mengambil kira sistem kuota. Hal ini tidak dapat dielakkan, ia menjadi pertikaian. Semua pihak perlu sedar dan jujur bahawa soal kuota ini bukan sesuatu yang baik kepada kerajaan. Semua pihak kena insaf bahawa matlamat utama inilah untuk membentuk kerajaan baru dan kepentingan rakyat hendak diutamakan dan sedia mengenepikan agenda parti. Sesiapa layak tanpa mengira dari parti mana harus diberi kesempatan.

Bawa masuk Anwar.
Menyentuh hal ini saya berpendapat, sekiranya berlaku penyusunan kabinet, PM hendaklah mengambil kira dan membawa masuk mereka yang berpengalaman ke dalam kabinetnya. Kemasukan mereka yang berpengalaman dan sudah ada track record sangat penting. Ada beberapa nama yang sangat sesuai untuk berada dalam kabinet bagi membantu Dr Mahathir.

Antaranya, Anwar Ibrahim. Saya awal-awal lagi selepas Anwar dinobatkan sebagai ahli parlimen Port Dickson seeloknya beliau menyertai kabinet Dr Mahathir. Sebaik-baik post untuk Anwar ialah di tempat yang kini disandang oleh isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, selaku Timbalan Perdana Menteri. Tetapi ada kedengaran mengatakan Anwar tidak bersedia untuk berada dalam kabinet Dr Mahathir kerana setia dan sabar menunggu peralihan seperti mana dijanjikan.

Langkah Anwar itu mungkin betul. Tetapi dari satu segi ia tidak baik dan merugikan masa. Keperluan Anwar berada dalam kabinet banyak memberi keuntungan dan membantu kerajaan. Pengalaman yang beliau timba selama ini sangat membantu Dr Mahathir sendiri. 
Seperti mana kita tahu, Anwar adalah timbalan kepada Dr Mahathir yang ideal, selama lima (5) tahun sebelum disingkirkan kerana konspirasi. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai anggota kabinet. Ketika gandingan mereka berdualah Malaysia muncul dengan jolokan Harimau Asia. Ketika itu Malaysia menjadi negara paling berjaya dan maju di antara negara Asean.

Anwar di samping menjadi TPM, beliau juga menjadi Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Pertanian. Pendeknya jawatan-jawatan disandang Anwar itu menjadikan beliau sudah berada di hampir semua fakulti melayakkan dia sebagai bukan sahaja TPM bahkan PM. Mengikut ghalibnya juga kalau tidak berlaku peristiwa tahun 1998 beliau sudah pun berada di jawatan nombor satu itu.

Keperluan Anwar berada dalam kabinet, bukan itu sahaja. Perkara paling penting ialah untuk menyakinkan rakyat khasnya di luar bandar. Anwar yang terkenal dengan pemimpin yang senantiasa mengambil perhatian kepada nasib rakyat luar bandar tanpa mengira kaum, obsesi kepada nasib Bumiputera akan menjadi markah tambahan untuknya.

Penyertaannya dalam kabinet berganding dengan Dr Mahathir juga boleh menghakis rasa skeptikal rakyat luar bandar dengan kerajaan PH kini yang semakin diserang oleh pembangkang, kononnya tidak mempedulikan mereka. Jadi keberadaanya dalam kabinet boleh berperanan mengukuhkan sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat kepada kerajaan, yang mana ada sisi-sisi tertentu masih belum cukup ditangani menteri yang ada kini.

Selain itu keperluan kepada Anwar memandangkan beliau mempunyai hubungan luas khasnya dengan negara-negara di Timur Tengah seperti Turki, Arab Saudi dan lain-lain. Jaringan ini jika dikombinasikan dengan hubungan dimiliki Dr Mahathir di sebelah Timur, tidak syak lagi Malaysia akan muncul menjadi Harimau Asia kali kedua

Selebihnya kesediaan Anwar untuk menyertai kabinet Dr Mahathir juga memberi peluang kepada Dr Wan Azizah untuk berihat dalam politik setelah 20 tahun berjuang untuk membebaskan bapak Reformis itu

Dan waktu ini juga terbaik dan munasabah untuk Anwar berada dalam kabinet kerana beliau kini adalah Presiden Keadilan

Husam dan Mustapa.
Selain daripada Anwar, Husam Musa juga adalah antara tokoh yang boleh dibawa masuk ke dalam kabinet. Husam tidak pernah berada dalam kabinet Malaysia tetapi rekodnya sebagai Exco Kanan kerajaan Kelantan dan pernah menjadi orang harapan arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri untuk Kelantan, dimana pencapaian dicatat Naib Presiden AMANAH itu yang tidak dapat dipadam oleh sesiapa pun.

Banyak pembangunan sosial ekonomi yang dicetuskan oleh Husam yang meletakkan kerajaan Kelantan walaupun kerajaan negeri yang dianaktirikan oleh kerajaan BN pada masa itu, tetapi ia boleh membangun dan Kelantan ke tahap kemajuan tersendiri. Pengalaman Husam sebagai Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan boleh membantu kabinet Dr Mahathir.

Dan seorang lagi yang boleh dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke dalam kabinet berdasarkan pengalaman dan pencapaiannya sebagai bekas menteri ialah Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed. Mustapa yang kini telah menyertai Bersatu, merupakan menteri kanan selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dalam kabinet Najib Razak yang banyak menjana FDI kepada Malaysia. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan, Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mungkin bila disebut nama Mustapa ini kurang disenangi disebabkan beliau adalah pendatangan baru dalam Bersatu. Namun itu bukan perlu menjadi isu, apa yang penting ialah sumbangannya nanti berdasarkan pengalaman itu boleh membantu Perdana Menteri dan negara. Sekiranya tiga tokoh ini dibawa masuk dalam kabinet Dr Mahathir, kita yakin ia memberi impak besar dan boleh mengendurkan persepsi buruk kepada beberapa menteri selama ini. Hendaknya jangan persia-siakan mereka.

Barangkali perlu juga disebut seorang lagi yang disebut dan diharap-harapkan untuk dibawa masuk ke dalam kabinet ialah Rafizi Ramli. Bagaimana pun sehingga kini Rafizi yang masih lagi terhalang dengan beberapa kes mahkamah menyebabkan beliau seakan ada masalah sedikit untuk melayakkan beliau dari segi peraturan undang-undang bagi dimasukkan ke dalam kabinet. Namun kita yakin dengan penyertaan Rafizi ke dalam kabinet suatu hari nanti beliau mampu menjadi pengkritik konstruktif yang baik berdasarkan sifat yang ada kepadanya. [wm. kl. 9: 21 pm 14/03/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/03/anwar-husam-dan-mustapa-perlu-kemaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Told To Rope Anwar Into Government

Mahathir Told To Rope Anwar Into Government

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 193 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has been urged to rope PKR president Anwar Ibrahim into the government ahead of the latter s scheduled takeover of the top post The call was made by the Minority Rights Action Party a strategic partner of ...
Hadi Mat Hassan Alatkan Dr Mahathir Untuk Singkir Anwar

Hadi Mat Hassan Alatkan Dr Mahathir Untuk Singkir Anwar

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 278 hits
ULASAN Usaha untuk gugatkan hubungan Dr M Anwar RAMAI yang seronok dan menadah tangan bersyukur apabila Pas dan Umno mengambil keputusan untuk bergabung dengan menjadikan Melayu dan agama sebagai landasan Kedua parti itu menjadikan keadaan ...
Mahathir Sudah Mempunyai Bukti Cukup Untuk Menguburkan Anwar Bersama Rameli

Mahathir Sudah Mempunyai Bukti Cukup Untuk Menguburkan Anwar Bersama Rameli

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 572 hits
Adalah mustahil Bank Negara langsung tidak menghubungi Hadi mahupun Pengurus Maybank Jalan Tun Razak bagi mengesahkan dakwaan dakwaan Clare Americk dan Rameli melainkan kesemua mereka terlibat bersama dalam satu konspirasi jahat untuk menya...
Rupanya Isu Cek Pas Clare Adalah Serangan Anwar Kepada Mahathir

Rupanya Isu Cek Pas Clare Adalah Serangan Anwar Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 355 hits
Abu Leman Pertempuran antara kem Anwar dengan kem Mahathir semakin menarik Walaupun yang dilihat menjadi sasaran adalah PAS dan UMNO hakikatnya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dalam tiga status berturut turut menerusi FB peribadinya menu...
Marabbuka Mahathir Anwar Terlebih Auta Itu Benar

Marabbuka Mahathir Anwar Terlebih Auta Itu Benar

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 389 hits
Sungguh menyedarkan talqin Ustaz Idris Ahmad PAS Bahawa sesungguhnya Dr Mahathir dan Anwar terlebih auta itu BENAR Gomen of the day nampak terdesak takut kalah di Semenyih Baik Anwar mahu pun Mahathir tak cukup nombor untuk jatuhkan sesama ...
Tun Mahathir Terdiam Bila Disoal Tentang Sijil Palsu Menteri Kabinet

Tun Mahathir Terdiam Bila Disoal Tentang Sijil Palsu Menteri Kabinet

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Ketika sedang asyik berbicara tentang bagaimana integriti negara tercemar kerana pelbagai skandal rasuah oleh kerajaan terdahulu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdiam seketika apabila beliau disoal pembangkang Ahli Pa...
Tun Dr Mahathir Perlu Rombak Kabinet

Tun Dr Mahathir Perlu Rombak Kabinet

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 230 hits
RAMAI membuat spekulasi Tun Dr Mahathir Mohamad akan merombak Kabinet beliau tidak lama lagi Kalau dalam sektor korporat prestasi seseorang CEO atau pegawai kanan akan bergantung kepada pencapaian KPI mereka Gagal mencapai KPI syarikat akan...
Anwar Plays Poker While Mahathir Plays Chess

Anwar Plays Poker While Mahathir Plays Chess

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 239 hits
A leopard never changes its spots and neither do Mahathir and Anwar What is going to happen today is the same thing as what happened 20 30 years ago Anwar will be so near yet so far from the job of Prime Minister And just when he thought he...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam

Habiskan Duit Bayar Kepada Pakar Yang Pandai Beri Penjelasan Cara Dia Hilangkan Masalah

Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024