Anwar Hadi Tahu Dakwaan Dap Komunis Tidak Benar


malaysiakini.comRaveena Nagotra
Diterbitkan: Oct 26, 2022 9:20 AM
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyedari bahawa DAP bukan pro-komunis.

Bercakap pada majlis jelajah mega PH di Alor Gajah, Melaka, malam semalam, katanya, atas sebab itu, perjanjian yang ditandatangani bersama oleh pemimpin Pakatan Rakyat menjunjung hak Melayu dan status Islam sebagai agama rasmi.
Perjanjian itu dimeterai oleh pemimpin gabungan tiga sekutu Pakatan Rakyat - Anwar, Hadi dan pemimpin DAP ketika itu, Lim Kit Siang - pada 2008, katanya.

“Mengapa saya pilih mempertahankan DAP? Kerana saya tahu pertuduhan itu tidak benar. Dia (Hadi) pun tahu dia kata ada unsur (pengaruh) dalam PH yang nak tukar perlembagaan - tolak Raja-raja Melayu, tolak Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

“Ustaz Hadi tahu (tuduhan itu tidak benar)... pada tahun 2008 dia, Kit Siang dan saya tandatangan surat dokumen (menegakkan) Islam sebagai agama persekutuan.

“Bahasa Melayu (sebagai) bahasa kebangsaan. Sign (tandatangan). Hak Islam, Melayu dan bumiputra. Sign. Kedudukan Raja-raja Melayu. Sign. Dia yang sign (tandatangan) dia tengok dan kita bincang isi tetapi masih lagi dia fitnah,” kata Anwar.
Pada 1980-an, DAP bekerjasama dengan PAS sebagai Gagasan Rakyat, dan sekali lagi sebagai Barisan Alternatif pada akhir 1990-an. Pada 2008, kedua-dua parti itu, bersama-sama PKR, membentuk Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, isu agama akhirnya menyaksikan perbezaan di antara pemimpin konservatif Islam PAS dan pemimpin sekular DAP semakin melebar jurangnya.

PAS memutuskan pada muktamar parti itu pada Jun 2015 untuk memutuskan hubungan dengan DAP, dan ini mengakibatkan kematian Pakatan Rakyat. Pakatan Harapan kemudian ditubuhkan pada tahun itu yang dianggotai oleh PKR, DAP dan parti serpihan PAS, Amanah.
Dalam beberapa siri ciapan dan hantaran di media sosial, baru-baru ini, Hadi meningkatkan serangannya terhadap DAP dan mengaitkan parti itu dengan komunis.

Hadi berkata, sebarang usaha untuk menyemai fahaman komunis di Malaysia yang didakwa dipelopori DAP sebelum ini harus ditolak.

Antaranya, Hadi mengaitkan DAP dengan kepulangan abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, yang tinggal dalam buangan di Thailand selepas PKM dibubarkan.
Ia turut mengaitkan DAP dengan perhimpunan memperingati perjuangan komunis yang sering diadakan di Hat Yai, Thailand serta penerbitan komik "Jalur & Jalan: Meraih manfaat bersama" oleh bekas ahli DAP Hew Kuan Yau.

“Justeru, sebarang usaha untuk mengangkat atau membenihkan semula ideologi komunisme di tanah air kita seperti mana yang pernah dilaksanakan oleh DAP sebelum ini hendaklah dicegah dan ditentang habis-habisan,” kata Hadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, politik hari ini telah menjadi gelanggang maki hamun.

“(Bila) kita tak suka DAP, maka DAP (adalah) komunis. Masa DAP kawan kita, kita peluk ok.

“Kita tukar berkawan dengan Bersatu, Umno, maka DAP menjadi komunis. Kalau DAP (itu) komunis, maka tangkaplah (mereka) simpan tu buat apa.

“Tapi demikianlah di mana politik itu menjadi gelanggang maki hamun,” kata Anwar.

Pemimpin PKR itu juga mengingatkan orang ramai bahawa Hadi juga pernah memfitnahkannya sebagai ahli Freemason kepada pemimpin Islam di seluruh dunia.

“Saya ini (dituduh sebagai) agen Yahudi Israel dan Freemason. Yang tuduhnya kawan saya Ustaz Hadi Awang,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar mengingatkan orang ramai supaya menilai keputusan mereka dengan betul dan tidak mudah terpedaya dengan tuduhan sedemikian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/anwar-hadi-tahu-dakwaan-dap-komunis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ph Putuskan Dap Bertanding Di Changkat Jong

Anwar Ph Putuskan Dap Bertanding Di Changkat Jong

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 293 hits
malaysiakini comIsu pertembungan di DUN di Perak di mana kedua dua DAP dan Amanah telah mengumumkan calon mereka boleh dikatakan telah selesai Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata kepimpinan tertinggi gabungan itu telah mencapai konsensus aga...
Anwar Muktamat Dap Akan Tanding Di Changkat Jong Bukannya Amanah

Anwar Muktamat Dap Akan Tanding Di Changkat Jong Bukannya Amanah

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 235 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jong akan ditandingi calon DAP bukannya Amanah pada pilihan raya umum ke 15 Dalam 10 hari lepas kedua dua parti telah memohon d...
Dap Tolak Ketuanan Melayu Benar Kata Muhyiddin Dap Ekstrem

Dap Tolak Ketuanan Melayu Benar Kata Muhyiddin Dap Ekstrem

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 167 hits
agendaily com1 11 2022DAP yang turut disokong AMANAH menerusi pemimpin veterannya Lim Kit Siang memberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melaksanakan dasar Ketuanan Malaysia menggantikan Ketuanan Melayu Veteran DAP Lim Kit Sian...
Zahid Dan Anwar Perlu Jelaskan Dakwaan Perbincangan Sulit Mereka

Zahid Dan Anwar Perlu Jelaskan Dakwaan Perbincangan Sulit Mereka

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 159 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia menuntut Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan mengenai wujudnya perbincangan sulit antar...
Bolehkah Azmin Anwar Tun Muhyiddin Hadi Duduk Semeja

Bolehkah Azmin Anwar Tun Muhyiddin Hadi Duduk Semeja

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 181 hits
Jika gabungan ini boleh duduk semeja walau apa syarat sekalipun BN boleh ditewaskan dengan majoriti lebih besar dengan mencalonkan Shafie Afdhal dan Rafizi sebagai calon PM TPM Nama ini boleh menjadi penawar kepada golongan muda dan atas pa...
Bila Dap Dikaitkan Komunis Sampai Bila Politik Begini Nak Berakhir

Bila Dap Dikaitkan Komunis Sampai Bila Politik Begini Nak Berakhir

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 226 hits
Bila DAP mesti akan dikaitkan dengan anti melayu dan komunisme ditambah lagi perisa anti islam Dan kesilapan terbesar DAP adalah ketika mereka bersama PH diberi kuasa untuk memerintah dan situasi percakaran antara kaum dan agama tidak dapat...
Dap Penang Langgar Anwar

Dap Penang Langgar Anwar

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 205 hits
KERAJAAN Pulau Pinang mahu mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum ke 15 kata Anthony Loke Setiausaha agung DAP itu berkata perkara berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan esok Ker...
Dap Memang Mengharap Bantuan Singapura Apabila Anwar Jadi Pm

Dap Memang Mengharap Bantuan Singapura Apabila Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 177 hits
BERITANga jelaskan tiada niat singgung rakyat SingapuraNaib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berkata dia tidak berniat menyinggung perasaan rakyat Singapura dengan mendakwa rakyat negara itu akan berpusu pusu datang ke Malaysia untuk bekerja jika...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Khusyuk Dalam Solat

100 Creative Easter Wreath Ideas That Are Trending For 2025

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Penang Cop Suffers Serious Head Injuries After Accidental Shooting

When Begging Turns Into Bullying What Should We Do

Pantai Lagenda