Anwar Garis Beberapa Kelemahan Kerajaan Tangani Covid19




Pada hari Jumaat yang lalu Malaysia melaporkan sebanyak 2,551 jumlah kes jangkitan COVID-19 yang baru. Angka terkini ini adalah sesudah 395 hari tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hampir 100 hari sejak Pengisytiharan Darurat diumumkan.
Sejujurnya pelaksanaan PKP adalah kegagalan yang nyata. Darurat hanya helah pemerintah untuk terus berpaut pada kuasa. Rencana vaksinasi juga tidak jelas dan lembab.
Sikap kerajaan ini dalam mengemudi negara saat wabak dapat dikelaskan kepada dua kategori. Bila ia berjalan lancar, percayalah kami sedang menanganinya. Jika tidak, pemerintah akan bingkas menyalahkan rakyat.
Namun, tidak akan ada sebarang kebertanggungjawaban kepada para pemimpin yang bertanggungjawab dalam merencana dan melaksana kebijakan, mendapatkan vaksin, dan juga memastikan agar rencana vaksinasi berjalan pantas dan dengan berkesan.
Inilah hasilnya bila sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat yang menyalahguna wabak dan Perlembagaan untuk berpaut pada kuasa.
Dalam hari-hari mendatang ini saya mengjangkakan rakyat akan terus dibuli kerana melanggar SOP dengan beberapa pengumuman yang mengelirukan, yang sekiranya dilanggar akan dikenakan denda yang melampau tinggi.
Beberapa pengumuman yang mengelirukan ini juga termasuk larangan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, meski para menteri akan dibenarkan merentas negeri dan menganjurkan majlis.
Saya menggesa kerajaan untuk memberi respon pada persoalan-persoalan ini:
1. Menteri bertanggungjawab menjaga hal vaksin mengatakan bekalan vaksin Malaysia rendah kerana negara-negara kaya mengawal pasaran. Hal ini mustahil untuk disahkan, kecuali terdapat ketelusan dalam proses pemerolehan.
Sangat mengecewakan apabila alasan semacam ini digunakan bagi menutup kelemahan tatakelola tatkala Malaysia kini sedang berusaha mahu menjadi negara yang maju dan yang berpendapatan tinggi.
Memandangkan negara berpendapatan sederhana yang lain menunjukkan kadar vaksinasi yang lebih tinggi dan cemerlang, alasan menteri tersebut kekal lemah sehingga fakta diketahui.
Alasan alternatif tentang mengapa Malaysia mempunyai bekalan vaksin yang rendah adalah kerajaan lambat bertindak untuk mendapatkan kontrak atau rundingan dengan pembekal menemui kegagalan, dan sudahnya kita di barisan akhir untuk mendapatkan vaksin.
2. Menteri tersebut juga mendakwa Malaysia mampu mencapai 80% kadar vaksinasi sebelum penghujung tahun ini. Tetapi kadar vaksinasi di Malaysia lembab, dan tidak meningkat sejak ia diumumkan pada bulan Februari yang lalu dengan anggaran sebanyak 24,000 dos sahaja sehari ketimbang 13 negara berpendapatan sederhana di rantau Asia.
Kita juga meminta pengesahan terkait keupayaan logistik di seluruh Malaysia bagi mencapai 210,000 dos sehari. Ini juga termasuk penyelarasan dengan hospital, fasiliti kesihatan, klinik-klinik awam dan farmasi.
Rencana ini mesti dikongsikan, jika tidak kepada rakyat sekalipun ia mesti dikongsikan kepada jawatankuasa bipartisan.
3. Mengapa dengan penutupan sempadan dan tahap kuarantin yang ketat kita masih dikesankan dengan mutasi wabak yang berbahaya di Malaysia?
Penutupan sempadan telah memberi kesan yang sangat besar pada ekonomi dengan alasan untuk menyelamatkan nyawa.
Sekiranya penutupan sempadan ini tidak diuruskan dengan baik, maka kita sedang mengorbankan ekonomi kita tanpa manfaat yang munasabah.
4. Apa kemaskini terbaru terkait dalam hal memastikan sektor swasta bertanggungjawab atas penularan wabak COVID-19 di kalangan pekerja asing?
5. Pendaftaran untuk vaksinasi juga rendah, dan ini menambah kebimbangan apakah imuniti kelompok mampu dicapai pada hujung tahun ini. Apa yang telah dilakukan kerajaan setakat ini bagi meyakinkan rakyat untuk mendapatkan vaksin?
6. Apa metrik yang digunakan oleh jawatankuasa bipartisan dalam kesungguhannya untuk mengesyorkan penamatan darurat?
Saya menggesa rakyat untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin. Saya menggesa rakyat Malaysia, termasuk yang telah mendapatkan vaksin, untuk terus patuh SOP demi kebaikan semua.
Berdepan dengan keadaan wabak dan ketidaktentuan hari ini, kita mesti terus berjaga-jaga dan jangan berputus asa.
ANWAR IBRAHIM
Presiden PKR/Ketua Pembangkang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/anwar-garis-beberapa-kelemahan-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beberapa Isu Tanpa Penjelasan Jadikan Sistem Kewangan Negara Diragui Anwar

Beberapa Isu Tanpa Penjelasan Jadikan Sistem Kewangan Negara Diragui Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 185 hits
Saya bimbang dengan tidak adanya langkah proaktif dari pihak pemerintah dalam memastikan wujudnya keyakinan terhadap sistem kewangan negara Malangnya reputasi serta keupayaan Malaysia akan terus diragui oleh para pelabur serta institusi kew...
Kenyataan Media Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim Apa Yang Telah Dilakukan Kerajaan Bagi Meyakinkan Rakyat

Kenyataan Media Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim Apa Yang Telah Dilakukan Kerajaan Bagi Meyakinkan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 325 hits
KENYATAAN MEDIA 17 April 2021 Pada hari Jumaat yang lalu Malaysia melaporkan sebanyak 2 551 jumlah kes jangkitan COVID 19 yang baru Angka terkini ini adalah sesudah 395 hari tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan hampir 100 hari...
Beban Bukti Audio Zahid Anwar Terletak Pada Kerajaan Muhyiddin

Beban Bukti Audio Zahid Anwar Terletak Pada Kerajaan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 176 hits
Beban Bukti Audio Zahid Anwar Terletak Pada Kerajaan Muhyiddin Amat menarik isu klip audio yang didakwa merakamkan percakapan telefon beberapa minit di antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim Isu yang kecil...
Kelemahan Kerajaan Bukan Covid Punca Gaji Graduan Rendah

Kelemahan Kerajaan Bukan Covid Punca Gaji Graduan Rendah

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 321 hits
Masalah gaji permulaan graduan yang rendah tidak boleh dipersalahkan kepada pandemik Covid 19 dan kurangnya peluang pekerjaan sebagaimana dijadikan dalih oleh sesetengah pihak hari ini Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad d...
Pemulihan Ekonomi Akan Perlahan Jika Gagal Tangani Hutang Negara Anwar

Pemulihan Ekonomi Akan Perlahan Jika Gagal Tangani Hutang Negara Anwar

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 205 hits
KUALA LUMPUR Fasa pemulihan ekonomi negara dijangka bertambah lambat pada tahun ini sekiranya kerajaan gagal menangani masalah hutang kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Justeru beliau menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...
Kerajaan Tak Tolak Kemungkinan Keperluan Dos Ke 3 Vaksin Covid 19

Kerajaan Tak Tolak Kemungkinan Keperluan Dos Ke 3 Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 208 hits
Menteri Khairy Jamaluddin berkata setakat ini tiada data berkenaan keperluan dos ketiga vaksin Covid 19 PUTRAJAYA Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid 19 selepas setahun suntikan kedua diambil Menter...
Sekolah Ditutup Berdasarkan Penilaian Bersama Pkd Kpm Dan Kerajaan Negeri

Sekolah Ditutup Berdasarkan Penilaian Bersama Pkd Kpm Dan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 247 hits
Penilaian itu mengambil kira bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau pengawasan dan pemerhatian di rumah Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Gambar Bernama Keputusan berkenaan penutupan sekolah berikutan kes...
Kerajaan Didesak Selamatkan Sekolah Berusia 120 Tahun Di Kuala Lumpur

Kerajaan Didesak Selamatkan Sekolah Berusia 120 Tahun Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 214 hits
MALAYSIAN NOWMahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan akan mendengar permohonan semakan kehakiman sekolah berkenaan hari ini Ibu bapa sedang menghantar anak ke Sekolah Convent Bukit Nanas di Kuala Lumpur Pakar perancangan bandar mendesak Pu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan