Anwar Dukacita Tidak Dapat Bertemu Dengan Raja Arab Saudi Dan Putera Mahkota



(Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamatkan lawatan rasmi tiga harinya ke Arab Saudi hari ini menganggap negara itu sebagai negara utama bagi Malaysia di Timur Tengah.
Ia merupakan negara luar ASEAN pertama dilawat secara rasmi oleh Anwar sejak menyandang jawatan Perdana Menteri ke-10.
Bercakap pada sidang media di akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Arab Saudi pada Jumaat, Anwar berkata undangan daripada kerajaan Arab Saudi dalam tempoh yang singkat (selepas pelantikannya sebagai perdana menteri) amatlah beliau hargai.
Sehingga kini, Anwar berkata hubungan Malaysia dengan Arab Saudi termasuk dalam urusan perniagaan, perbankan dan kegiatan Islam masih terjalin begitu baik.
Beliau berkata hubungan diplomatik kedua-dua negara yang akrab sejak dahulu itulah yang beliau mahu terus dapat dipertingkatkan.
Beliau juga berharap melalui hubungan baik ini, Malaysia dapat memperoleh manfaat daripada beberapa gagasan baharu Arab Saudi yang akan menjadikannya bukan sahaja sebagai markas Haji dan Umrah, tetapi juga tahap pemacuan keilmuan dengan Wawasan 2030 yang digagaskan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.
Sepanjang lawatan rasminya, beliau yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, antara lain sempat mengadakan pertemuan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam, di Jeddah.
Beliau turut menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (Muslim World League – MWL) Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa.
Selain itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani tiga Perjanjian Persefahaman melibatkan syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi
Beliau dan delegasi juga sempat melengkapkan ibadah umrah di Mekah dan ziarah di Madinah serta beramah mesra dalam program iftar bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jeddah, Mekah dan Madinah.
Anwar berkata pimpinan Arab Saudi juga sebenarnya telah memohon supaya beliau memanjangkan kunjungannya sekurang-kurangnya dua hari lagi untuk meneruskan pertemuan dengan pimpinan negara yang baharu menukar jadual mereka menjelang Ramadan.
“Saya sambut baik pandangan ini tetapi agak dukacita kerana tidak dapat memenuhi, termasuk pertemuan yang dijdualkan dengan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota, kerana dijadualkan esok untuk majlis iftar bersama Yang di-Pertuan Agong dan sejurus selepas itu lawatan rasmi ke Kemboja,” katanya.
Anwar dan delegasi berlepas ke Kuala Lumpur daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz, 12.30 pagi Sabtu, waktu tempatan.
Beliau dijadual mengadakan lawatan rasmi sehari ke Kemboja, 27 Mac ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/03/25/anwar-dukacita-tidak-dapat-bertemu-dengan-raja-arab-saudi-dan-putera-mahkota/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjelasan Wisma Putra Arab Saudi Sahkan Pertemuan Anwar Dengan Putera Mahkota

Penjelasan Wisma Putra Arab Saudi Sahkan Pertemuan Anwar Dengan Putera Mahkota

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 212 hits
Wisma Putra hari ini tampil menjelaskan mengenai lawatan rasmi perdana menteri ke Arab Saudi sambil berkata ia sudah menerima nota diplomatik yang mengesahkan lawatan Anwar Ibrahim serta pertemuan dengan Raja Salman Abdulaziz dan pemerintah...
Zambry Perlu Jawab Dan Bertanggungjawab Isu Lawatan Anwar Ke Arab Saudi

Zambry Perlu Jawab Dan Bertanggungjawab Isu Lawatan Anwar Ke Arab Saudi

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 319 hits
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang mencetuskan masalah malah dianggap banyak pihak telah memalukan beliau selaku ketua kerajaan Semalam di sebalik Anwar telah menjela...
Anwar Hanya Jumpa Pegawai Pangkat Rendah Di Arab Saudi Kata Mahathir

Anwar Hanya Jumpa Pegawai Pangkat Rendah Di Arab Saudi Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 261 hits
Bekas perdana menteri itu berkata apa yang dialami oleh Anwar sangat berbeza dengan sambutan luar biasa oleh pemimpin pemimpin ketika lawatan rasmi ke luar negara Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar ...
Anwar Di Arab Saudi Ada Ahlan Wa Sahlan Ke

Anwar Di Arab Saudi Ada Ahlan Wa Sahlan Ke

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 224 hits
Mohsin AbdullahTak payah jadi pakar politik atau pun ahli nujum untuk tahu hal Anwar Ibrahim tidak bertemu Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohammed Salman semasa lawatan ke Arab Saudi baru baru ini akan dijadikan bahan kempen pemba...
Jangan Anggap Tiada Kejayaan Anwar Lawat Arab Saudi

Jangan Anggap Tiada Kejayaan Anwar Lawat Arab Saudi

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 283 hits
Lawatan Anwar ke Arab Saudi adalah rasmi sambil menyelam minum air buat Umrah Tidak dapat berjumpa Sultan dan PM Arab Saudi dan hanya disambut pegawai rendah adalah kenyataan Jangan ANGGAP tidak berjaya anggap ITU sahajalah kejayaannya yang...
Alasan Anwar Gagal Mengadap Raja Arab Tak Meyakinkan Pmo Atau Wisma Putra Perlu Tampil Jawapan Jujur

Alasan Anwar Gagal Mengadap Raja Arab Tak Meyakinkan Pmo Atau Wisma Putra Perlu Tampil Jawapan Jujur

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 479 hits
Meskipun Anwar Ibrahim menjelaskan ketiadaan pertemuan antara beliau dengan Raja Salman Abdulaziz Al Saud atau dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dalam lawatannya ke Arab Saudi yang berakhir semalam adalah disebabkan pimpinan kerajaa...
Benarkah Hadi Tidak Dibenarkan Masuk Arab Saudi

Benarkah Hadi Tidak Dibenarkan Masuk Arab Saudi

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 1359 hits
Bagi yg bertanya apakah benar Hadi Awang di larang masuk ke Arab Saudi Ya benar Kerajaan Arab Saudi dan sekutunya telah meletakkan nama sdra Abdul Hadi Awang pemimpin pas dalam senarai pengganas tahun 2017 Lebih malang lg negara negara arab...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan Th Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci

Tak Sanggup Lihat Mak Penat Kerja Seorang Diri Apa Anak Ini Buat Lepas Itu Memang Betul Menjadi

Oval House Jorgelina Tortorici Asociados Nicol S Lanza Argentina

Trump Threatens To Send Military To San Francisco

Will Madani Caning Students End School Violence

57 Evacuated As Flash Floods Hit Pontian