Zambry Perlu Jawab Dan Bertanggungjawab Isu Lawatan Anwar Ke Arab Saudi


 
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu lawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang mencetuskan masalah, malah dianggap banyak pihak telah memalukan beliau selaku ketua kerajaan?
Semalam, di sebalik Anwar telah menjelaskan kegagalannya bertemu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud atau anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi adalah disebabkan pimpinan kerajaan negara itu menukar jadual mereka menjelang Ramadan, saya turut menggesa agar Pejabat Perdana Menteri atau Wisma Putra segera tampil dengan jawapan yang jujur dan sebenar mengenai perkara itu.
Ini kerana penjelasan Anwar itu dilihat tidak begitu meyakinkan, malah terlihat amat kabur.
Begitu pun, disebabkan ia berupa lawatan rasmi seorang Perdana Menteri ke luar negara dan diuruskan oleh Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra dikira lebih wajar tampil ke depan berbanding PMO.
Malangnya, sehingga ini Wisma Putra masih senyap sunyi seribu bahasa dan Menteri Luar Negeri, Zambry Abdul Kadir langsung tidak berkata apa-apa.
Selaku Menteri Luar Negeri yang mengetuai Wisma Putra, Zambry tidak boleh berdiam diri dalam hal sepenting ini yang turut memberi kesan kepada imej seorang Perdana Menteri.
Tetapi, kenapa Zambry dan Wisma Putra masih berdiam diri?
Bukankah mereka sepatutnya tampil paling ke depan menjelaskan perkara sebenar serta mempertahankan Anwar yang dilanyak teruk dalam isu lawatan tersebut?
Perkara paling penting untuk dijelaskan ialah sama ada pertemuan Anwar dengan Raja Salman atau anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman memang dianjak di saat-saat akhir atau ia sudah dimaklumkan kepada Wisma Putra sebelum rombongan berlepas ke Arab Saudi?
Sejak negara merdeka, kita belum pernah mendengar berlaku perkara seperti ini dalam hubungan diplomatik Malaysia dengan mana-mana negara.
Lebih-lebih lagi dalam hubungan antara Malaysia dengan Arab Saudi yang merupakan negara Islam terpenting serta sahabat kepada kita.
Lebih daripada itu, dengan dua kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah berada dalam kawalannya, hubungan Malaysia dengan Arab Saudi jauh lebih penting lagi.
Dalam setiap lawatan ketua kerajaan ke negara, ia biasanya akan dimuktamadkan terlebih dahulu oleh Wisma Putra agar semua aturcara berjalan lancar dan tiada masalah timbul di saat-saat akhir, terutama melibatkan pertemuan sesama rakan sejawat.
Sebab itu, penjelasan dan tampilnya Zambry dalam isu ini adalah amat mustahak sekali.
Yang nyata, apa yang berlaku dalam lawatan Anwar ke Arab Saudi baru-baru ini adalah satu perkara yang tidak harus dipandang ringan dan Zambry selaku Menteri Luar Negeri harus menjawab serta bertanggungjawab terhadapnya.
Di mata umum, aturan hubungan diplomatik oleh Wisma Putra di bawah kendalian Zambry selaku Menteri Luar Negeri adalah tidak kemas dan ada kelemahan atau kesilapan yang ketara. – ShahbudinHusin 27/03/2023








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/zambry-perlu-jawab-dan-bertanggungjawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Bincang Dakwaan Kegagalan Lawatan Pm Ke Arab Saudi Ditolak

Usul Bincang Dakwaan Kegagalan Lawatan Pm Ke Arab Saudi Ditolak

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 148 hits
Dewan Rakyat hari ini menolak usul dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi
Lawatan Pm Ke Arab Saudi Apa Isunya Yang Dikecohkan

Lawatan Pm Ke Arab Saudi Apa Isunya Yang Dikecohkan

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 200 hits
1 Selama tiga hari setelah hanya empat bulan menjadi PM DSAI melakukan lawatannya ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 2023 2 Pulang sahaja kelmarin pembangkang membangkitkan tiga isu untuk menunjukkan lawatan PM dan delegasinya ke Arab Saud...
Jangan Anggap Tiada Kejayaan Anwar Lawat Arab Saudi

Jangan Anggap Tiada Kejayaan Anwar Lawat Arab Saudi

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 262 hits
Lawatan Anwar ke Arab Saudi adalah rasmi sambil menyelam minum air buat Umrah Tidak dapat berjumpa Sultan dan PM Arab Saudi dan hanya disambut pegawai rendah adalah kenyataan Jangan ANGGAP tidak berjaya anggap ITU sahajalah kejayaannya yang...
Anwar Dukacita Tidak Dapat Bertemu Dengan Raja Arab Saudi Dan Putera Mahkota

Anwar Dukacita Tidak Dapat Bertemu Dengan Raja Arab Saudi Dan Putera Mahkota

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 205 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamatkan lawatan rasmi tiga harinya ke Arab Saudi hari ini menganggap negara itu sebagai negara utama bagi Malaysia di Timur Tengah Ia merupakan negara luar ASEAN pertama dilawat secara rasmi ...
Anwar Di Arab Saudi Ada Ahlan Wa Sahlan Ke

Anwar Di Arab Saudi Ada Ahlan Wa Sahlan Ke

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 205 hits
Mohsin AbdullahTak payah jadi pakar politik atau pun ahli nujum untuk tahu hal Anwar Ibrahim tidak bertemu Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohammed Salman semasa lawatan ke Arab Saudi baru baru ini akan dijadikan bahan kempen pemba...
Anwar Hanya Jumpa Pegawai Pangkat Rendah Di Arab Saudi Kata Mahathir

Anwar Hanya Jumpa Pegawai Pangkat Rendah Di Arab Saudi Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 234 hits
Bekas perdana menteri itu berkata apa yang dialami oleh Anwar sangat berbeza dengan sambutan luar biasa oleh pemimpin pemimpin ketika lawatan rasmi ke luar negara Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar ...
Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran

Pasaran Telah Memilih Strategi Menang Menang

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akan Turun Lebih Besar

Opportunity For Improvement Loke Offers Maxim And Indrive Chance To Address Compliance Concerns

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Quiet Like Stone

5 Minit Je Perkongsian Lelaki Claim Bagasi Baru Di Klia Jadi Tumpuan

Frentastix Cari Jalan Pulang Chord