Anwar Digesa Mohon Maaf



(Harakah Daily) – Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim digesa agar memohon maaf kepada kerajaan dan mengemukakan bukti bagi membuat penjelasan lebih lanjut berhubung dakwaan yang dibuat beliau bahawa kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk projek buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Anwar perlu mengemukakan bukti yang kukuh serta membuat permohonan maaf kepada kerajaan kerana perkara ini telah dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed pada Selasa lepas.
Advertisement
Menurutnya, Anwar sebagai Ketua Pembangkang seharusnya perlu mempunyai bukti yang kuat dan tidak sewajarnya dengan mudah membuat tuduhan sebegitu kerana ia merupakan tuduhan serius membabitkan sejumlah wang dengan jumlah besar yang didakwa telah dibazirkan kerajaan.
Tambah Kamarul Zaman, hal ini tidak selari dengan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang ditandatangani oleh beliau dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bekerjasama bagi menangani masalah negara yang lebih besar yang memerlukan kerajaan dan pembangkang mengetepikan perbezaan untuk menguruskan negara.
“Anwar sudahpun mempunyai laluan dalam Jawatankuasa Perunding, justeru sepatutnya sekiranya beliau mempunyai apa-apa kekeliruan dan keraguan hendaklah dibangkitkan melalui saluran yang betul kerana ia boleh mempengaruhi masyarakat.
“Beliau tidak seharusnya berselindung di sebalik imuniti yang dimiliki oleh seorang Ahli Parlimen. Sekiranya beliau berani (kerana benar), maka kemukalah bukti dan ulang kembali dakwaan tersebut di luar Parlimen, barulah boleh dikatakan bertanggungjawab,” ujarnya kepada HarakahDaily.
Sementara itu Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, kenyataan Anwar bahawa kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk projek buku RMK12 adalah tidak tepat dan Anwar harus menjelaskan dari sumber mana beliau mendapat angka tersebut.
“Beliau sendiri berada dalam Dewan Rakyat dan bukannya di kedai kopi ataupun di kampung. Justeru, Anwar perlu menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut tentang dakwaan itu dan menjelaskannya kerana angka RM2 billion yang didakwa beliau itu boleh menimbulkan masalah kepada rakyat sekiranya tidak dijelaskan betul-betul kerana angka itu terlalu besar,” ujarnya.
Di samping itu, Anwar perlu menarik semula kenyataan itu kalau ia tidak betul dan beliau perlu menyatakan angka yang betul setelah membuat semakan dan sebagainya kerana ia wajar dilakukan, kerana setiap perkara yang diucapkan di Dewan Rakyat mempunyai signifikasi dan implikasi yang besar kepada tanggapan rakyat.
“Sehubungan itu, bagi mengelakkan kekeliruan, saya menyarankan agar kedua-dua pihak iaitu Anwar dan kerajaan agar segera membuat penjelasan yang munasabah berdasarkan angka dan fakta yang sebenarnya bagi menyatakan perkara yang benar kerana dakwaan Anwar itu boleh menjejaskan imej kerajaan,” ujar beliau.
Katanya lagi, dari segi logiknya, kenyataan yang ditimbulkan oleh Anwar di Parlimen itu menimbulkan persoalan dari awal lagi, justeru selepas Mustapa tampil membuat penjelasan, maka ternyata keraguan itu adalah tidak tepat dan bukan RM2 billion yang dibelanjakan untuk projek buku RMK12 berkenaan.
Terdahulu, Mustapa pada Selasa lepas berkata, perancangan pembangunan negara untuk lima tahun bagi projek buku RMK12 berkenaan disediakan oleh pegawai UPE, JPM di bawah seliaannya, hanya melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media, dan tidak pernah membelanjakan sehingga mencecah RM2 bilion, sekali gus menafkan dakwaan Anwar tersebut.
Mustapa sehubungan itu juga memohon agar Anwar dapat memperbetulkan kenyataan tersebut bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE, JPM dan kerajaan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/02/anwar-digesa-mohon-maaf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Pemimpin Bersatu Digesa Minta Maaf Dengan Kisona Depan Depan Jangan Pakai Surat Je

Panas Pemimpin Bersatu Digesa Minta Maaf Dengan Kisona Depan Depan Jangan Pakai Surat Je

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 195 hits
October 6 2021 Lebih baik minta maaf dengan Kisona dan keluarganya depan depan Setakat pakai surat semua orang boleh buat Itu penegasan bekas pemain badminton No 1 dunia Roslin Hashim yang menyirap dengan status berbaur perkauman yang ditul...
Rm9 5m Not For Shafee S Role As Dpp In Anwar S Sodomy Case Witnesses

Rm9 5m Not For Shafee S Role As Dpp In Anwar S Sodomy Case Witnesses

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 269 hits
Muhammad Shafee Abdullah claimed that the RM9 5 million the lawyer received was not for acting for the prosecution in Anwar Ibrahim s sodomy appeal testified two MACC officers today Fourth and fifth prosecution witnesses Mohd Nasharudin Ami...
Don T Blame God Over Kedah Floods Anwar Tells Minister

Don T Blame God Over Kedah Floods Anwar Tells Minister

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 196 hits
Anwar Ibrahim reminds Takiyuddin Hassan that the floods could also have been caused by humans destroying the environment KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim slammed energy and natural resources minister Takiyuddin Hassan for describing the recent fl...
Anwar Bidas Kenyataan Takiyuddin Anggap Bencana Gunung Jerai Sebagai Takdir Allah

Anwar Bidas Kenyataan Takiyuddin Anggap Bencana Gunung Jerai Sebagai Takdir Allah

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 137 hits
Hasimi MuhamadKenyataan Takiyuddin bahawa bencana kepala air Gunung Jerai di Yan Kedah pada Ogos lalu sebagai takdir Allah SWT dibidas Anwar Ibrahim Gambar fail KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membi...
Pandora Papers Ph Digesa Keluar Dari Mou Kecuali Ismail Penuhi 3 Tuntutan

Pandora Papers Ph Digesa Keluar Dari Mou Kecuali Ismail Penuhi 3 Tuntutan

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 247 hits
MALAYSIA DATELINEAhli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menggesa Pakatan Harapan bertindak keluar dari Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan jika Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memenuhi tuntutan 3 tuntutan Iaitu memb...
Graduan Menganggur Digesa Perkukuh Kemahiran Sedia Ada

Graduan Menganggur Digesa Perkukuh Kemahiran Sedia Ada

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 80 hits
September 24 2021 Universiti awam menawarkan sejumlah kursus peningkatan kemahiran dan seorang ahli akademik menggesa pencari kerja memanfaatkannya PETALING JAYA Seorang ahli akademik menyarankan agar graduan menganggur memperkukuh kemahira...
Peguam Negara Ketua Polis Negara Digesa Nyatakan Perincian Kes Adib

Peguam Negara Ketua Polis Negara Digesa Nyatakan Perincian Kes Adib

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 148 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Siasatan kes pembunuhan Allahyarham tidak boleh ditutup walaupun sementara BANGI Pihak yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bu...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Buah Yang Berubah Ubah Rasa

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus