Anwar Confirm Tidak Ada Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan



Anwar mula bercakap tentang ‘kerajaan perpaduan’ dan ‘persefahaman baru’ supaya Zahid diterima oleh Pakatan Harapan (Malaysia Now) – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim sedang menggiatkan usaha menubuhkan apa yang disebut sebagai “kerajaan perpaduan” dan “persefahaman baru” dengan harapan dapat menenangkan kemarahan yang meluap dalam kalangan gabungannya berhubung kerjasama dengan sekumpulan ahli Parlimen yang bersekutu dengan bekas pemimpin Umno Najib Razak, kata seorang pemimpin utama PKR kepada MalaysiaNow.
Difahamkan, pasukan komunikasi dalam PKR digesa mempertingkatkan kempen media untuk menonjolkan keperluan untuk melihat keadaan ketika ini menjangkaui “skandal dan salahguna kuasa” dalam usaha menjalin kerjasama dengan ahli politik yang dianggap musuh oleh gabungan PH.
Setelah sesi mengadap di Istana Negara bersama pemimpin-pemimpin parti politik yang lain, Anwar tampil hari ini mengatakan Yang di-Pertuan Agong menasihatkan untuk mengadakan “persefahaman baru” supaya semua parti politik bekerjasama dalam usaha melawan pandemik Covid-19.
Namun sumber tersebut berkata penekanan presiden PKR itu terhadap sebahagian daripada apa yang dikatakan Agong adalah tidak mengejutkan.
“Matlamat utama adalah untuk pujuk mereka yang menentang kumpulan kleptokrat bahawa ini cara untuk maju ke depan, menggunakan istilah-istilah seperti ‘kerajaan perpaduan’ dan ‘persefahaman baru’,” kata sumber yang turut memegang jawatan dalam PKR itu kepada MalaysiaNow.
Istilah “kleptokrat” merujuk sekumpulan pemimpin Umno yang kini berdepan pelbagai pertuduhan rasuah diketuai Najib, bersama-sama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam menjalankan usaha menekan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sehingga meletakkan jawatan minggu ini.
Najib dan Zahid, yang kini berdepan ratusan pertuduhan rasuah termasuk mereka yang dikaitkan dengan skandal 1MDB mengumpul lebih dari sepuluh orang ahli-ahli Parlimen dari Umno untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Selain mereka berdua, kumpulan itu turut terdiri daripada ahli-ahli Parlimen yang kini menghadapi beberapa pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah, pengubahan wang dan mengelak cukai.
Terdahulu, Muhyiddin berkata beliau terpaksa meletakkan jawatan ekoran tindakan sekumpulan “kleptokrat” yang cuba mengganggu-gugat kestabilan pentadbirannya dan mahu kembali berkuasa.
“Ia nampaknya jadi satu ciuman kematian bagi PH, ketika ramai ahli Parlimen DAP sudah memberikan amaran berhubung kerjasama dengan Najib, orang utama dalam skandal 1MDB, bukan satu pilihan (dalam langkah politik mereka),” kata sumber PKR tersebut.
“Mereka sudah beritahu kami mereka akan kekal sebagai pembangkang sehingga pilihan raya akan datang berbanding ambil risiko hilang sokongan dari bank undi mereka,” tambahnya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Damansara dari DAP Tony Pua secara terbuka memberi peringatan untuk menentang sebarang kerjasama dengan ahli-ahli Parlimen Umno sehingga dikecam rakan-rakannya dari PH.
Pua turut memberikan respons positif berhubung persefahaman baru rentas parti politik yang ditawarkan Muhyiddin di mana kerajaan PN berikrar untuk mengadakan beberapa pembaharuan sebagai tukaran sokongan daripada ahli Parlimen pembangkang dalam pembentangan usul undi percaya yang dijadualkan September depan.
Sumber PKR itu juga turut berkata usaha Anwar yang gagal mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen di luar gabungan perlu memujuk ahli-ahli Parlimen yang tetap “berdegil”.
“Majoriti yang sangat diperlukan beliau hanya boleh dicapai dengan pertolongan Zahid dan kumpulannya.
“Namun pakej tersebut mestilah dipersembahkan dengan baik kepada ahli Parlimen PH yang degil, untuk tunjukkan semua ini adalah sebahagian daripada ‘kerajaan perpaduan’ dan ‘persefahaman baru’ dalam mengharungi pandemik,” tambah sumber itu lagi.
Anwar mula bercakap tentang ‘kerajaan perpaduan’, ‘persefahaman baru’ supaya Zahid diterima PH



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/17/anwar-confirm-tidak-ada-majoriti-untuk-bentuk-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shahidan Cabar Umno Tunjuk Bukti Ada Majoriti Bentuk Kerajaan

Shahidan Cabar Umno Tunjuk Bukti Ada Majoriti Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 225 hits
tuncarlos comKUALA LUMPUR UMNO dicabar supaya menunjukkan bukti yang parti itu mempunyai jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional Datuk Seri Shahidan Kassim b...
Pemimpin Pkr Rapat Dengan Anwar Kata Kerajaan Pn Ada Majoriti Tipis Lapor Utusan

Pemimpin Pkr Rapat Dengan Anwar Kata Kerajaan Pn Ada Majoriti Tipis Lapor Utusan

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 244 hits
agendadaily com14 8 2021Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kia Ming Ketika kem Zahid Hamidi dan Pakatan Harapan mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional hilang sokong...
Anwar Juga Tiada Majoriti Pua Cadang Pertimbang Cadangan Pm

Anwar Juga Tiada Majoriti Pua Cadang Pertimbang Cadangan Pm

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 258 hits
AGENDA DAILY Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Cadangan kerjasama bipartisan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipertimbangkan ia memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tiada majoriti kata seorang Ahli ...
Penentang Mahiaddin Ke Meja Rundingan Sekarang Bentuk Kerajaan Baru

Penentang Mahiaddin Ke Meja Rundingan Sekarang Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 217 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONMajlis Presiden Pakatan Harapan menyeru semua Ahli Parlimen yang menentang dan menolak Tan Sri Mahiaddin Md Yasin untuk bersama di meja rundingan sekarang untuk membentuk sebuah kerajaan yang inklusif adil dan progresi...
Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan

Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 271 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disarankan kembali menyokong Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus memberi ruang pakatan itu mewujudkan kerajaan perpaduan bagi menjamin kestabilan politik Pengarah Kom...
Mandat Kerajaan Perikatan Nasional Sudah Berakhir Susulan Hilang Sokongan Majoriti

Mandat Kerajaan Perikatan Nasional Sudah Berakhir Susulan Hilang Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 243 hits
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke 14 pada tahun 2018 Malaysia telah berdepan dengan kegawatan politik semasa yang boleh dikatakan belum pernah dibayangkan rakyat selepas dikurniakan nikmat kemerdekaan lebih enam dekad lalu Tempoh matang untuk me...
Kerajaan Perpaduan Apa Lagi Kalau Majoriti Dah Ada

Kerajaan Perpaduan Apa Lagi Kalau Majoriti Dah Ada

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 256 hits
Tiba tiba sahaja isu kerajaan perpaduan bergema lagi Naratif keperluan sebuah kerajaan sedemikian dengan Kabinet perang kononnya bagi melawan pandemik ditimbulkan oleh blok pembangkang yang kemudian turut disambut segelintir pemimpin Umno M...
Cadangan Kerajaan Perpaduan Berasal Dari Anwar Dan Zahid

Cadangan Kerajaan Perpaduan Berasal Dari Anwar Dan Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 240 hits
Cadangan Kerajaan Perpaduan atau pun Unity Government berasal dari Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi pada Disember 2013 Kali kedua cadangan ini dibangkitkan ialah pada Mei 2018 Jadi cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membentuk sat...
Anwar Dakwa Ada Majoriti Zahid Pula Dakwa Ada Tambahan Surat Akuan

Anwar Dakwa Ada Majoriti Zahid Pula Dakwa Ada Tambahan Surat Akuan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 236 hits
agendadaily com4 8 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki majoriti di Parlimen anak muridnya pula mendak...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Startups Vs Established Industries

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Tip Ajar Anak Berpuasa Tanpa Rasa Terpaksa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iftar Satu Ramadhan

Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai