Anwar Bimbang Ph Kalah Tanpa Zahid Yang Akan Ke Jerman


agendaily.com26/10/2021
Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang Pakatan Harapan kalah jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak ada ketika kempen Pilihan Raya Negeri Melaka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang Pakatan Harapan (PH) akan kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa kehadiran anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama turun berkempen nanti.

Ketua Pembangkang yang dianggap cikgu kepada Presiden UMNO itu memerlukan sokongan Zahid sekiranya mahu menang PRN kerana gandingan mereka berdua terbukti berjaya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Tan Sri Muhyiddin Yassin dipaksa meletak jawatannya, ia langkah sama yang ingin diulangi Anwar di Melaka.

Zahid akan Jerman bagi menjalani rawatan sakit belakangnya dan terlepas untuk turut sama berkempen di Melaka nanti.

Menyedari tanpa bantuan anak muridnya itu, Anwar tidak berkeyakinan mampu menang bergaya dan amat memerlukan sokongan Zahid bagi menghadapi PRN Melaka.

Zahid nampaknya berkeras dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PAS mahupun Bersatu pada PRN kali ini, langkah yang dilihat akan menguntungkan PH kerana ia akan menyebabkan undi Melayu terpecah sekiranya berlaku pertembungan banyak penjuru.

Bagaimanapun, beberapa kenyataan pemimpin UMNO nampaknya sudah wujud penentangan terhadap keputusan yang diumumkan Zahid, malah difahamkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan juga sudah bertukar kem tidak lagi bersama Presiden partinya itu yang dilihat membuat keputusan merugikan mereka.

Jika dahulu Ahmad antara yang sentiasa menuruti arahan Zahid, namun beliau dilihat bertukar nada apabila sudah berani menyanggah pendirian bosnya itu baru-baru ini, apabila mengatakan keputusan untuk bekerjasama dengan parti lain dalam PRN belum dimuktamadkan.

Kenyataan Ahli Parlimen Pontian (MP) tersebut secara tidak langsung menunjukkan berlaku perbezaan pendirian di kalangan pemimpin UMNO yang sudah tidak sehaluan dengan Zahid, malah sumber memberitahu Presiden itu kini sedang berdepan tekanan dalam partinya sendiri.

Walaupun menyedari peluang UMNO amat tipis untuk menang di Melaka, namun Zahid tidak menghiraukannnya dan masih yakin mampu menang besar tanpa sebarang kerjasama dengan parti lain.

Keputusan Zahid memberi mandat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat sedikit melegakan Anwar kerana ia sekurang-kurangnya dapat menghidupkan peluang PH untuk menang di Melaka.

Untuk rekod, Najib dan Anwar sebenarnya masih mempunyai hubungan rapat, ia walaupun Anwar dikhianati selepas tidak menunaikan janji mengikut kandungan surat yang tular dihantar ke Istana Negara tahun lalu.

Tahun lalu, tular sepucuk surat bertarikh 11 Oktober 2020 yang mempunyai tandatangan Zahid dan Najib memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah-bahagi dan setia kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

Kedua-dua mereka masih tidak menafikan berhubung kewujudan surat sokongan tersebut walaupun dicabar untuk membuat laporan polis sebelum bagi menafikan kebenarannnya.

Sementara itu, PH Melaka juga bertindak memfailkan cabaran undang-undang terhadap pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) awal bulan ini, menamakan empat responden: Ketua Menteri sementara Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Speaker DUN Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Langkah tersebut diambil susulan hasrat Anwar untuk melihat peralihan kuasa di Melaka dibuat tanpa sebarang PRN diadakan kerana menyedari sentimen rakyat yang masih marah terhadap PH yang gila kuasa.

Sebelum ini Anwar juga mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan PN bersama Zahid dan beberapa MP UMNO lain yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin. Namun, senario berbeza berlaku di peringkat pusat apabila Muhyiddin melepaskan jawatannya dan PM baharu digantikan tanpa sebarang pilihan raya diadakan walaupun boleh mengambil langkah sama seperti di Melaka.

Anwar dan Zahid tidak memikirkan krisis kesihatan Covid-19 yang sedang melanda negara dengan meneruskan komplot politik mereka demi menumbangkan kerajaan pimpinan Muhyiddin, keadaan sama juga berlaku di Melaka apabila UMNO dan PH masih berebut kuasa.

PRN Melaka akan berlangsung pada 20 November, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/anwar-bimbang-ph-kalah-tanpa-zahid-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandora Papers Zahid Harap Anwar Tak Buruk Sangka

Pandora Papers Zahid Harap Anwar Tak Buruk Sangka

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan wang pelaburan di China yang dikaitkan dengan akaun pesisir di British Virgin Island seperti didedahkan dalam Pandora Papers telah dibawa pulang ke tanah air Malah Ahli Parlimen Bagan D...
Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid PERIKATAN Nasional berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan bulan depan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddi...
Najib Arah Zahid Lanjut Kontrak Uksb Kendali Vln Saksi

Najib Arah Zahid Lanjut Kontrak Uksb Kendali Vln Saksi

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 172 hits
Oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi GAMBAR Abd Razak Aid MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut arahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melanjutkan kontrak syarikat Ultr...
Panas Zahid Dakwa Lakonan Air Mata Bersatu Dah Tak Laku

Panas Zahid Dakwa Lakonan Air Mata Bersatu Dah Tak Laku

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 191 hits
October 22 2021 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang diterajuinya itu yang menolak kerjasama politik dengan Bersatu Katanya keputusan menolak Bersatu dibuat oleh parti dan bukan keputusan solo yang dibuatnya selaku presiden parti Saya ulan...
Fvs Corruption Trial Zahid Just Following Najib S Orders Court Told

Fvs Corruption Trial Zahid Just Following Najib S Orders Court Told

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 324 hits
The High Court in Shah Alam was told today that Ahmad Zahid Hamidi was just following the orders of former prime minister Najib Abdul Razak to extend the contract of Ultra Kirana Sdn Bhd as the sole operator of the Foreign Visa System to Ma...
Umno Bertanding Solo Cakap Zahid Tak Boleh Pakai Guan Eng

Umno Bertanding Solo Cakap Zahid Tak Boleh Pakai Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 353 hits
MALAYSIA POST PAKATAN Harapan diingatkan jangan terlalu ghairah untuk mempercayai pertembungan tiga penjuru bakal berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Melaka bulan hadapan Bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pendirian Umno yang tegas tidak ...
Mat Maslan Sanggah Zahid Keputusan Bertanding Solo Bukan Keputusan Parti

Mat Maslan Sanggah Zahid Keputusan Bertanding Solo Bukan Keputusan Parti

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 220 hits
Keputusan UMNO bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri Melaka masih belum muktamad kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Bagaimanapun kenyataan Ahmad tersebut bertentangan dengan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid...
Guan Eng Zahid Too Weak To Afford 3 Cornered Fights

Guan Eng Zahid Too Weak To Afford 3 Cornered Fights

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 201 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng believed that Umno president Ahmad Zahid Hamidi was too weak to risk multi cornered contests during the Malacca election Lim told reporters this in Penang when asked to comment on Perikatan Nasional s cand...
Zahid Ulang Tiada Kerjasama Dengan Pn

Zahid Ulang Tiada Kerjasama Dengan Pn

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 104 hits
Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu malah Perikatan Nasional menjelang pilihan raya negeri Melaka bulan depan kata Presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata keputusan muktamad itu sekali lagi ditegaskan sebagaimana yang te...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti

Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam

Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China