Anwar Bidas Muhyiddin Diam Diri Dakwaan Tawar Jawatan Pada Pemimpin Umno




PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim membidas Muhyiddin Yassin mendiamkan diri berhubung rakaman audio tidak disahkan yang mengaitkan perdana menteri itu didakwa menjanjikan jawatan dalam kerajaan kepada pemimpin Umno untuk menyertai PPBM.

“Seperti yang didedahkan dalam satu audio yang tular baru-baru ini, Muhyiddin sememangnya berhasrat untuk membeli dukungan ahli-ahli Parlimen melalui ‘scheme of things’.

“Sehingga hari ini, beliau masih belum memberikan apa-apa respons terkait ini. Di dalam bahasa Inggeris, ini disebut sebagai ‘deafening silence’,” katanya dalam catatan di Facebook malam ini.

Dalam rakaman audio yang mula tersebar di media sosial akhir bulan lalu, Muhyiddin didakwa menawarkan pemimpin Umno jawatan dalam Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Rakaman itu didakwa dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM pada 23 Feb lalu – sehari sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi PPBM.

PPBM kemudiannya meninggalkan Pakatan Harapan, mencetuskan krisis politik yang menyebabkan Agong melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Anwar mengulangi gesaan supaya kerajaan membentangkan pakej rangsangan ekonomi bagi menangani impak Covid-19 untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, inisiatif dan bantuan berbilion ringgit itu perlu diimbangi Parlimen bagi mengelakkan ketirisan yang boleh menafikan hak kumpulan sasar.

“Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Korea Selatan, termasuk jiran kita Singapura meluluskan pakej rangsangan melalui badan Parlimen atau Kongres.

“Apa yang menghalang perdana menteri daripada mengambil contoh dan teladan yang sama? Legasi jenis apakah yang perdana menteri dan kerajaan hari ini akan tinggalkan kepada generasi akan datang?”

Beliau turut mengkritik Muhyiddin belum mengotakan janji yang dibuatnya Mac lalu untuk ahli Kabinetnya mengisytiharkan harta masing-masing.

“Sehingga hari ini, ia masih belum dilaksanakan dan rakyat tertanya-tanya apakah kerajaan hari ini masih berdiri sebagai sebuah kerajaan yang punya tanggungjawab dan ketelusan?---fmt


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritasetiap-hari.blogspot.com/2020/06/anwar-bidas-muhyiddin-diam-diri-dakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Rancang Tarik Pemimpin Umno Sertai Bersatu

Muhyiddin Rancang Tarik Pemimpin Umno Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 416 hits
Rakaman audio Muhyiddin tular di media sosial dan dijadikan bahan propaganda penyokong PH KUALA LUMPUR Satu rakaman suara perbincangan antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa pemimpinnya sedan...
Anwar Pertikai Muhyiddin Sogok Jawatan Glc Kepada Ahli Parlimen

Anwar Pertikai Muhyiddin Sogok Jawatan Glc Kepada Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 398 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok ahli ahli Parlimen dengan jawatan di syarikat syarikat berkaitan kerajaan adalah langkah kebelakang Ia juga bertentangan dengan...
Muhyiddin Cadang Beli Wakil2 Rakyat Umno Dgn Jawatan Glc

Muhyiddin Cadang Beli Wakil2 Rakyat Umno Dgn Jawatan Glc

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 454 hits
Kita ambik sorang2 UMNO Kita tawar jawatan GLC Kita tawar jawatan menteri Rakaman diambil pada mesyuarat BERSATU pada 23hb Februari sejurus sebelum Langkah Sheraton Di dalam rakaman ini dapat diambil beberapa fakta 1 Tan Sri Muhyiddin meman...
Tamparan Buat Muhyiddin Ada Lagi Akan Menyusul Letak Jawatan Dalam Sehari Dua Mendatang

Tamparan Buat Muhyiddin Ada Lagi Akan Menyusul Letak Jawatan Dalam Sehari Dua Mendatang

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 506 hits
Shahbudin Husin Setelah bertemu Tun Mahathir Mohamad Jumaat lalu dan kemudian menulis warkah panjang lebar mengenai kedudukan diri dan masa depannya dalam Bersatu Ahli Parlimen Sri Gading Dr Shahruddin Md Salleh akhirnya meletakkan jawatann...
Umno Mahu Hapuskan Bersatu Dengan Menjemput Muhyiddin Sertai Umno

Umno Mahu Hapuskan Bersatu Dengan Menjemput Muhyiddin Sertai Umno

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 437 hits
Tawaran Muhyiddin Kembali Pada UMNO Hanya Untuk Menghapuskan BERSATU dan Membunuh Karier Muhyiddin SahajaSekiranya Muhyiddin Yaasin bijak dia tidak akan menerima pelawaan UMNO ini Jaminan menjadi Perdana Menteri hanyalah jaminan kosong saha...
Muhyiddin Cuba Dijulang Bernama Kes Mahkamah Diperalat Ikat Sokongan Umno

Muhyiddin Cuba Dijulang Bernama Kes Mahkamah Diperalat Ikat Sokongan Umno

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 356 hits
AHMAD LUTFI OTHMAN Agensi berita nasional Bernama cuba popularkan Muhyiddin sebagai bapa kebajikan Kata seorang sahabat Bernama sedang memainkan peranan seperti akhbar Utusan dahulu Ya Muhyiddin sibuk mengagihkan khazanah negara bagai rampa...
Pemimpin Amanah Diam Membisu Mulutnya Tersumbat Bila Dap Kritik Larangan Arak

Pemimpin Amanah Diam Membisu Mulutnya Tersumbat Bila Dap Kritik Larangan Arak

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin PAN diam seribu bahasa seolah menyetujui tindakan DAP yang mengkritik tindakan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membekukan lesen pembaharuan penjualan arak Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Riduan Mohd Nor berkata kriti...
Jawatan Pm Bukan Hak Mutlak Anwar Dr Maszlee Mp Bersatu

Jawatan Pm Bukan Hak Mutlak Anwar Dr Maszlee Mp Bersatu

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 387 hits
SELEPAS beberapa hari yang lalu Pakatan Harapan Plus mengadakan mesyuarat dan memutuskan meneruskan rampasan kuasa di Putrajaya ada ura ura bahawa Anwar bakal diangkat menjadi Perdana Menteri yang seterusnya Namun ada suara daripada Ahli Pa...
Benarkah Muhyiddin Pemimpin Terbaik

Benarkah Muhyiddin Pemimpin Terbaik

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 420 hits
Ramai kata Abah terbaik bila tanya apa hujahnya 1 PM berjaya tangani Covid 19 dengan baik Bab berhadapan dengan virus Covid 19 pujian seharusnya dihalakan pada barisan hadapan dan barisan pakar dalam penyebaran wabak Covid 19 Ya aku bagi kr...
Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Oriental Beef Recipes Chinese

Cara Dapatkan Bantuan Subsidi Madani Rahmah Panduan Terkini

Apabila Rasa Hormat Kepada Guru Sudah Hilang

Impak Pantas Diouf

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

Perbezaan Hiking Dan Trekking