Syed Husin Negara Menuju Kleptokrasi Kroni Di Bawah Dr M


Kow Gah ChieDiterbitkan Hari ini 9:46 pagi 

WAWANCARA | Pengasas bersama PKR Syed Husin Ali berpandangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah kembali kepada autoritarinisme dan menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan negara.

Selepas Pakatan Harapan (PH) mengatakan telah menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kerajaan kleptokratik pada PRU lalu, ahli politik veteran itu memberi amaran negara kini berisiko menuju ke arah "kleptokrasi kroni".

"Mahathir sudah menjadi dirinya yang dulu, terutama beberapa bulan kebelakangan ini. Mahathir yang dulu bermakna dia diktatorial atau autoritarian," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Beliau mendakwa ada bukti menunjukkan sejumlah besar kekayaan negara terkumpul di kalangan keluarga dan kroni pengerusi Bersatu itu.

"Banyak syarikat dan projek diberikan kepada kroninya, terutama (pengerusi Majlis Penasihat Negara) Daim Zainuddin, (ahli perniagaan) Syed Mokhtar Albukhary serta anak-anaknya," katanya

Katanya, kuasa memang boleh mendatangkan 'ketagihan', terutama jika ia membolehkan seseorang itu mengkayakan diri, keluarga dan orang terdekat dengannya.

"Kita sudah ada kleptokrasi. Adakah kini kita akan menjadi kleptokrasi kroni? Saya harap tidak."

Antara perkara yang mendapat perhatian sebelum ini ialah apabila kerajaan mengalihkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Khazanah Nasional, daripada Kementerian Kewangan kepada Jabatan Perdana Menteri, manakala Petronas dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Langkah itu membolehkan perdana menteri mengawal Khazanah, sebuah syarikat pelaburan kerajaan.

Sebelum ini, ahli akademik dari Universiti Malaya Terence Gomez menyuarakan kebimbangan kerajaan kembali mengamalkan politik naungan.

Beliau turut mengkritik penubuhan entiti seperti Syarikat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dan Perbadanan Ketua Menteri (CMI), yang menurutnya memberikan kuasa hampir mutlak kepada ahli politik dalam soal pembahagian sumber di negeri masing-masing.

PRK Tanjung Piai boleh jadi referendum

Ketika Mahathir kembali sebagai perdana menteri susulan PRU ke-14, Syed Husin berkata beliau sanggup mendengar pandangan berbeza.

Katanya lagi, Mahathir dilihat sebagai pemimpin yang sudah berubah, terutama dengan melepaskan portfolio pendidikan selepas sejumlah pihak membangkitkan yang ia bertentangan dengan manifesto PH.

Bagaimanapun, Syed Husin berkata keadaan kini berbeza.

"Cara autoritariannya dilihat terutama kebelakangan ini apabila dia membuat keputusan secara sendiri," katanya.
Beliau membangkitkan bagaimana lima senator Bersatu dilantik beberapa bulan lalu, walaupun Mahathir pada mulanya hanya setuju untuk dua senator ketika mesyuarat Majlis Presiden PH.

Selepas meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden PKR pada 2010, Syed Husin berkata beliau memilih untuk menjadi lebih 'low profile' dan menumpukan kepada penulisan.

Bagaimanapun beliau terpanggil untuk memberi pandangan selepas Mahathir terus membuat kenyataan bernada kabur berkenaan peralihan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau mengeluarkan kenyataan keras selepas Mahathir berkata ada masa tiga tahun untuk memegang jawatan itu, dan tidak boleh menjamin penggantinya dapat menjalankan tugas dengan baik.

Dalam wawancara itu, Syed Husin sekali lagi menggesa Mahathir untuk berundur.

Beliau juga berkata PRK Tanjung Piai yang akan diadakan pada 16 November pada takat tertentu boleh menjadi referendum terhadap kepimpinannya.

Katanya, Mahathir mungkin ingin terus memegang jawatan itu sehingga Mei 2021 atau malah satu penggal penuh.

"(Jika begitu) saya rasa kepimpinan PH perlu menimbang untuk ambil tindakan tertentu bagi memujuknya untuk meletakkan jawatan dan memberi jalan kepada Anwar," katanya.

Bagaimanapun, beliau menolak kaedah undi tidak percaya kerana ia berisiko memecahbelahkan PH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/syed-husin-negara-menuju-kleptokrasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Husin Says Mahathir Is The Culprit Behind Malaysia S Problems

Syed Husin Says Mahathir Is The Culprit Behind Malaysia S Problems

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 317 hits
Former PKR deputy president Syed Husin Ali has issued a scathing assessment of the Pakatan Harapan administration saying it has failed to improve the lives of Malaysians as promised during the last general election But the veteran leader re...
Ketika Amal Politik Luas Syed Husin Tidak Juga Sertai Pas Kata Pemuda Pas

Ketika Amal Politik Luas Syed Husin Tidak Juga Sertai Pas Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 388 hits
PAS menolak dakwaan pemimpin veteran PKR Syed Husin Ali kononnya parti itu kini mengamalkan perjuangan Islam sempit dan nasionalisme lemah tidak seperti yang diperjuangkan bekas presidennya Dr Burhanuddin al Helmy Timbalan ketua Pemuda PAS ...
Sokong Syed Husin Tun M Reformist Palsu Ezam

Sokong Syed Husin Tun M Reformist Palsu Ezam

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 255 hits
Kenyataan keras dan tegas Dr Syed Husin semalam pasti mengundang pelbagai reaksi 2 Beliau memberi peringatan jelas kepada pelopor dan pejuang Reformasi bahawa mereka wajib terus kental dan tegas pertahan prinsip dan semangat reformasi 3 Ked...
Zuraida Pula Bidas Syed Husin

Zuraida Pula Bidas Syed Husin

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 251 hits
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin membidas kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali yang menganggap beberapa pemimpin politik senior dalam Kabinet sudah dibonsaikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir M...
There Was Never A 2 Year Transition Plan Syed Saddiq Tells Syed Husin

There Was Never A 2 Year Transition Plan Syed Saddiq Tells Syed Husin

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 335 hits
The Cabinet s youngest member today called for a stop to what he said was an obsesssion with transition and excessive politicking as he came to the defence of Dr Mahathir Mohamad after the prime minister came under attack from veteran polit...
Syed Saddiq Jawab Syed Husin

Syed Saddiq Jawab Syed Husin

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 327 hits
Tulisan saya ini adalah reaksi setelah saya membaca rencana tulisan Dr Syed Husin Ali yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Dr Mahathir Mohamad Saya memohon izin untuk mengupas satu demi satu dan menjelaskan mengapa kenyata...
Syed Husin Laments The Narrowing Of Once Progressive Pas

Syed Husin Laments The Narrowing Of Once Progressive Pas

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Sociologist and veteran politician Syed Husin Ali spoke today of how the spirit of PAS has been reduced from the nationalism and social fairness at the time of its early leader Burhanuddin al Helmy and narrowed to religion and ...
Late Handover To Anwar Will Kill Harapan In Ge15 Syed Husin

Late Handover To Anwar Will Kill Harapan In Ge15 Syed Husin

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 321 hits
A late transition from Dr Mahathir Mohamad to Anwar Ibrahim will kill Pakatan Harapan in the 15th general election said PKR advisory council deputy chair Syed Husin Ali If you only hand over at GE15 that is killing the party killing Harapan...
Mahathir S Word Not Good Enough Said Pkr S Syed Husin

Mahathir S Word Not Good Enough Said Pkr S Syed Husin

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 307 hits
A member of PKR s advisory council has expressed a lack of confidence in a promise by Dr Mahathir Mohamad on handing over power for Anwar Ibrahim to take over as prime minister Mahathir recently said he would step down in three years at mos...
Lirik Lagu Myvi Luqman Podolski

Lirik Lagu Melopong Amsyar Leee Feat Bunga

Skuy Project Semua Akan Baik Saja Chord

Breaking News Legal Problems Are Rising For Scout

Buffet Ramadan 2025 Santapan Rasa Paragon Hotel Grand Paragon

Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja

Helping Gaza Won T Hurt Malaysia S Development Says Ex Bersatu Leader

Liga Super Selangor Fc Raih Kemenangan 2 0 Berjaya Lunaskan Dendam Terhadap Sri Pahang Fc


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Resepi Makmur Pandan

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik