"Boleh walak tetapi jangan jadi pak turut hingga sanggup memfitnah kerana cemburu dan musuh politik... ini bahaya," kata Anwar
Gambar yang menunjukkan Anwar Ibrahim dalam senarai Freemason bukan Anwar Ibrahim Presiden PKR.“Rupanya dia merujuk kepada satu dokumen yang menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai anggota Freemason.“Cuba lihat gambar Anwar Ibrahim tu. Takkan saya pada tahun 2006 yang sihat segar bugar tu,” kata Anwar merujuk kepada sekeping gambar bertarikh 4 November 2006 yang menunjukkan nama Anwar Ibrahim tetapi bukannya beliau.Bagi Anwar, Hadi perlu semak fakta dan perawi kepada sesuatu cerita agar ianya sahih sebelum membuat apa-apa tuduhan.Kepada pengikut Pas pula, Anwar berpesan agar mereka boleh walak dan patuh kepada pemimpin tetapi bukan menjadi pak turut membabi buta.“Boleh walak tetapi jangan jadi pak turut hingga sanggup memfitnah kerana cemburu dan musuh politik… ini bahaya,” kata Anwar.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |