Surat Hadi Dipenuhi Tohmahan Dan Berunsur Fitnah Kata Amanah




Oleh MALAYSIA DATELINEApril 5, 2020 5:02 pmParti Amanah Negara (AMANAH) kesal dan terkilan dengan kandungan surat yang ditulis oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemimpin gerakan Islam di seluruh dunia yang disifatkan penuh dengan dakwaan dan tohmahan tidak berasas, palsu, mengelirukan dan berunsur fitnah
Surat bertarikh 22 Mac 2020 menggunakan kepala surat (letterhead) Parti Islam SeMalaysia (Pas) dan ditandatangani oleh Abdul Hadi Awang yang ditulis dalam bahasa itu tular di media sosial beberapa hari ini
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, jelas di dalam surat tersebut Abdul Hadi cuba memberikan gambaran yang salah tentang kedudukan dan suasana politik di Malaysia
Katanya, difahamkan bahawa penjelasan Abdul Hadi yang mengelirukan ini dibuat selepas terdapat dalam kalangan para pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang mempersoalkan kewajaran tindakan dan sikap politik Pas akhir-akhir ini
“Abdul Hadi juga secara tidak bertanggungjawab dengan sengaja melabel parti komponen Pakatan Harapan (PH) dengan istilah yang buruk supaya dilihat menyeleweng dan memusuhi Islam
“Abdul Hadi turut mendakwa kononnya PH telah dikuasai golongan bukan Islam, berada di bawah pengaruh Komunis dan Kristian serta disokong oleh Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan gerakan Freemason
“Selain itu, Abdul Hadi telah menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai seorang ‘sekular pragmatik yang berbahaya’ dan buruk karakter peribadi dan akhlaknya
“Anwar juga difitnah sebagai pemimpin kepada golongan yang memusuhi Islam dan beliau disokong oleh DAP yang digambarkan sebagai parti Kristian,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini
Terhadap AMANAH pula, kata Khalid, Abdul Hadi telah menuduh parti ini sebagai sebuah parti Islam Liberal dan Sekular yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP
Ujarnya, beliau turut menggelar mereka yang bersama AMANAH sebagai kelompok yang tergesa-gesa dan juga oportunis yang telah keluar daripada Pas
Kata Khalid, kesemua tuduhan ini dibuat bagi menegakkan hujah Abdul Hadi dan meyakinkan penerima surat kononnya PH merupakan musuh dan ancaman kepada Islam
“Berdasarkan hujah dangkal itu, Abdul Hadi cuba menjustifikasi tindakan Pas memimpin usaha pembentukan kerajaan pintu belakang yang tidak bermaruah itu
“Tuduhan Abdul Hadi kononnya wujud konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pro-Islam bagi memastikan golongan anti-Islam berkuasa sehingga Pas dan sekutunya terpaksa ambil alih kerajaan, adalah rekaan dan khayalan semata-mata
“Hakikatnya, kerajaan PH berdiri teguh bersama kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan tegas mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan
“Kerajaan PH turut meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam sebagai agenda penting kerajaan. Banyak pembaharuan bagi pengukuhan pentadbiran Islam telah dilaksanakan dalam tempoh singkat 22 bulan,” kata beliau
Jelas Khalid lagi, Pas yang tidak mampu membawa mesej politik Islam dalam suasana negara Malaysia yang berbilang kaum telah memilih jalan perkauman dan menyerang pendekatan politik berbilang kaum sebagai musuh kepada Islam dan Melayu dan ini merupakan satu perubahan haluan politik yang dibawa oleh Abdul Hadi ke dalam perjuangan Pas itu sendiri
Katanya, disebabkan perubahan haluan dan prinsip politik, Pas turut sanggup mempertahankan dan bekerjasama dengan Umno yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia yang berpunca daripada skandal penyelewengan wang rakyat dan rasuah yang berleluasa
Kerjasama ini tambah beliau, telah lama diusahakan, iaitu sejak sebelum PRU ke-14 lagi, ia bukan perkara baharu seperti didakwa di dalam surat ini
“Haji Abdul Hadi juga telah mengambil sikap melulu dan tidak bertanggungjawab dengan membuat tuduhan bahawa ada negara-negara luar tertentu campur tangan dalam politik Malaysia
Ini adalah tuduhan yang berat yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara yang dibabitkan
“Kebimbangan AMANAH adalah tuduhan rambang dan tidak berasas Abdul Hadi terhadap negara-negara tersebut berisiko meningkatkan salah faham sekaligus menjejaskan hubungan diplomatik antara negara,” katanya lagi
Sehubungan itu, kata Khalid, AMANAH menyeru rakyat Malaysia untuk menolak corak politik fitnah, permusuhan dan adu domba yang tidak berakhlak ini. Sikap dan kelakuan Abdul Hadi boleh dinamakan ‘gutter politics” atau politik longkang tidak lagi layak dilayani apatah lagi diikuti
“AMANAH menyeru kepada ahli dan pimpinan Pas untuk meninggalkan Pas beramai-ramai. Pas telah jauh terpesong dari dasar perjuangan Islamnya dan sekarang ini merupakan parti Machievelli yang menganggap matlamat menghalalkan cara
“Ini termasuk menipu, memfitnah, adu-domba, perkauman dan merompak harta rakyat,” katanya
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasarudin Hassan melalui hantaran di Facebooknya mengesahkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sememangnya menghantar satu surat kepada pemimpin Arab
“Surat TGHH dalam bahasa Arab. Surat tu bertarikh 22 Mac 2020. Surat peribadi TGHH kepada pemimpin Arab,” tulis Nasarudin






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/surat-hadi-dipenuhi-tohmahan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Berunsur Fitnah Hadi Apa Tindakan Amanah

Surat Berunsur Fitnah Hadi Apa Tindakan Amanah

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 238 hits
Sementara itu Parti Amanah Negara pula berorientasikan Islam liberal sekular yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP Tujuannya bagi menyaingi populariti PAS bagi memecahkan kesatuan mereka dalam Islam Hadi berkata Berlaku usa...
Anwar Akan Balas Surat Hadi Penuh Fitnah Kerana Cemburu

Anwar Akan Balas Surat Hadi Penuh Fitnah Kerana Cemburu

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 449 hits
Boleh walak tetapi jangan jadi pak turut hingga sanggup memfitnah kerana cemburu dan musuh politik ini bahaya kata Anwar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membalas surat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dihantar kepada...
Surat Hadi Untuk Menangkis Fitnah

Surat Hadi Untuk Menangkis Fitnah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 344 hits
MOHD AMMAR SAHKAN HADI TULIS SURAT PADA PEMIMPIN ARAB SURAT TERSEBUT MERUPAKAN SURAT PRIBAGI HADI KEPADA PEMIMPIN GERAKA ISLAM DUNIASURAT TERSEBUT MENJELASKAN APA YANG BERLAKU DI DALAM NEGARA MALAYSIA YANG MENJADI TANDA TANYA KEPADA PEMIMPI...
Fork Tongued Hadi S Letter Of Lies Exposed Surat Bohong Fitnah Hadi Awang Kepada Pemimpin2 Gerakan Islam

Fork Tongued Hadi S Letter Of Lies Exposed Surat Bohong Fitnah Hadi Awang Kepada Pemimpin2 Gerakan Islam

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 381 hits
Sejak semalam riuh rendah di media sosial tentang sepucuk surat yang ditulis oleh Hadi Awang Presiden Pas kepada pemimpin pemimpin Gerakan Islam menghuraikan keadaan politik negara khususnya berkaitan tertubuhnya kerajaan tebuk atap Perikat...
Surat Hj Hadi Ke Dunia Arab Melakar Fitnah

Surat Hj Hadi Ke Dunia Arab Melakar Fitnah

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 440 hits
FB Ahmad Sayuti Bashiron ULASAN Semalam terdapat pimpinan Islam luar Negara menghubungi seorang AJK Biro Syariah Amanah nyatakan mereka sungguh terkejut tatkala menerima surat melalui media sosial kepada mereka yg menggunakan letterhead Pas...
Hadi Awang Tok Guru Celaka Kata Ahli Lembaga Pengarah Yadim

Hadi Awang Tok Guru Celaka Kata Ahli Lembaga Pengarah Yadim

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 335 hits
Salah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menyifatkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai seorang yang hina dan celaka Ahmad Sayuti Bashiron berkata demikian melalui satu kenyataan ringkas di laman Fa...
Freemason Anwar Nasihat Hadi Semak Fakta Sebelum Fitnah

Freemason Anwar Nasihat Hadi Semak Fakta Sebelum Fitnah

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMUR Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata selepas menyemak tuduhan Abdul Hadi Awang terhadapnya yang mengaitkan MP Port Dickson itu dengan pergerakan C beliau mendapati rupa rupanya maklumat yang diperoleh Presiden PAS itu tidak sahih ...
Covid 19 Uji Manusia Bersabar Selepas Diberi Kesenangan Kata Hadi

Covid 19 Uji Manusia Bersabar Selepas Diberi Kesenangan Kata Hadi

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 299 hits
April 7 2020 11 21 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak terutama umat Islam supaya lebih bersabar menghadapi ujian susulan krisis Covid 19 Beliau berkata ujian ini perlu dihada...
Ajk Pas Sahkan Surat Hadi Kepada Pemimpin Arab

Ajk Pas Sahkan Surat Hadi Kepada Pemimpin Arab

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 512 hits
Surat TGHH dalam bahasa Arab Surat tu bertarikh 22 Mac 2020 Surat peribadi TGHH kpd pemimpin Arab tulis Nasarudin dalam facebook beliau Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nasarudin Hassan mengesahkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semema...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo