Anugerah Itu Hanya Anugerah
Sambungan dari SINI..
KAU FIKIR KAU SIAPA?Tajuk yang diberikan kepada Ustaz Harryanto Rizal Rokman sewaktu menyampaikan ceramah di tempat kerja aku.
Untuk orang yang dah naik pangkat ketika orang lain tak naik lagi, cuba tanya diri kita: 'Kenapa mesti kita yang diberikan kelebihan itu?'
Sebab saya kerja bagus? - tidak.Adakah kita seorang yang kerja bagus?Saya ada certificate. - tidak.Ramai antara kita yang ada certificate, bahkan kalau kita tengok masa kita belajar dulu, silap-silap kita paling kuat ponteng. Jadi sebenarnya apa? Sebab itu Allah tak lebih nak bagi pada kita. Kadang-kadang, banyak benda dalam kehidupan kita, sebenarnya kita tak mungkin dapat pun tapi kita dapat
Sama juga dalam soal pekerjaan, kita bekerja taklah dapat posisi yang bagus sangat, orang lain dah advanced dari kita tapi itulah realitinya bila Allah nak berikan kepada kita, maka dia bukan lagi kena soal siapa kita tetapi siapa yang Allah nak bagi. - sebab itu, apa yang kita dapat hari ini, kita kena ingat 'tak lain hanya daripada Allah s.w.t'
Kita diajar bila kita dapat sesuatu kita sebut 'Alhamdulillah Ya!Allah.. Inilah kelebihan yang kau berikan pada aku tak lebih dari itu' - supaya kita tahu bahawa apa yang kita ada ini sebenarnya bukan kita punya. Sebenarnya Allah nak bagi sahaja kepada kita
ANUGERAH? Itu hanya anugerah.Orang tak buat apa-apa pun kalau orang nak bagi dia dapat. Anugerah ini kira macam hadiah. Hadiah, takde apa-apa sebab dia boleh bagi, maka begitu juga konsep 'Allah s.w.t boleh bagi'
Dalam Al-Quran:Allah nak anugerahkan kepada kita, siapa pun kalau Allah bagi bagi, Allah boleh bagi, kalau Allah nak tarik balik dari sesiapa pun, Allah boleh tarik
Supaya kita hidup jangan mendongak langit.Rasa tenang, Jangan rasa lebih, jangan rasa hebat, jangan rasa kitalah selayaknya kerana hakikatnya Allah yang beri kepada kita.
Bak kata Ustaz Harryanto, ini baru mukadimah, belum mula lagi. Jadi, nanti aku sambung dalam entry akan datang
#RemajaPurba: #TenangtenangJe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2024/01/anugerah-itu-hanya-anugerah.html