Daim Zainudin Dianiaya Hanya Kerana Kaya Kata Isterinya



PUTRAJAYA: Isteri Tun Daim Zainudin mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaannya sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.
Isteri Daim, Toh Puan Naimah Khalid, mendakwa disebabkan kejayaan itu, ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.
"Kini, sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa beliau seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.
"la sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan terlepas daripada tuduhan sedemikian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.
Daim yang juga bekas Menteri Kewangan sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.
Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.
Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka.
Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Terdahulu, Naimah bersama dua anaknya Muhammed Amin serta Muhammed Amir tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 10.10 pagi untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan rasuah terhadap suaminya.
Mengulas lanjut, Naimah berkata, sebagai sebuah negara yang bebas dan mengamalkan demokrasi, tidak menjadi kesalahan untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan industri sehingga mengecap kekayaan.
Malah, katanya ia menguntungkan negara melalui pembangunan membina ekonomi dan peluang pekerjaan.
"Lebih penting lagi, jawatan Perdana Menteri tidak seharusya digunakan untuk mencemar nama baik individu melalui sindiran dan tuduhan kononnya mengenai salah laku ataupun digunakan untuk menyelesaikan pertelingkahan politik lampau.
"Inilah yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang beberapa kali kebelakangan ini mendakwa suami saya memiliki kekayaan haram, tanpa memberikan sedikit pun bukti," katanya.
Beliau berkata, biarpun Perdana Menteri tidak menyukai Daim, tetapi beliau seharusnya menghormati prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah.
"Apakah di Malaysia hari ini, apa-apa andaian yang terbit dari pentas buli Perdana Menteri sudah cukup untuk menghukum seseorang? Hari ini keluarga saya, esok lusa siapakah lagi akan menjadi mangsa?. "Walau apa pun, kami memberikan kerjasama kepada SPRM seperti yang dikehendaki undang-undang, walaupun kami tetap mempersoalkan motif siasatan kerana kami tahu kami akhirnya akan dibuktikan tidak bersalah," katanya.

Bulan lalu, SPRM turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga Daim.
Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cendera mata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/01/daim-zainudin-dianiaya-hanya-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Segelintir Pegawai Anggota Polis Bermasalah Terlibat Jenayah Kata Kpn

Hanya Segelintir Pegawai Anggota Polis Bermasalah Terlibat Jenayah Kata Kpn

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 171 hits
KETUA Polis Negara Razarudin Husain berkata hanya segelintir pegawai dan anggota polis yang bermasalah dan terlibat dengan aktiviti jenayah Justeru katanya nbsp masyarakat tidak perlu bimbang dan sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada ...
Hanya Ini Caranya Surat Terakhir Lee Sunkyun Buat Isterinya Jeon Hyejin Didedahkan

Hanya Ini Caranya Surat Terakhir Lee Sunkyun Buat Isterinya Jeon Hyejin Didedahkan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 157 hits
Masih susah nak percaya bahawa Lee Sun kyun telah meninggalkan kita ARTIKEL BERKAITAN Terbaru menerusi laporan dari TV Chosun sebahagian kandungan dari surat terakhir Lee Sun kyun buat isterinya Jeon Hye jin telah didedahkan Khususnya dalam...
Tambang Bas Sekolah Akan Naik Pada Mac Kata Persatuan

Tambang Bas Sekolah Akan Naik Pada Mac Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 117 hits
Tambang bas sekolah akan naik pada Mac kata persatuan Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Jan 2024 11 38AM
Operasi Susulan Banteras Warga Asing Akan Dilaksanakan Kata Ketua Polis Kl

Operasi Susulan Banteras Warga Asing Akan Dilaksanakan Kata Ketua Polis Kl

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 185 hits
Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan kata ketua polis KL Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 14
Hari Ke 100 Gencatan Senjata Di Gaza Kian Rumit Kata Penganalisis

Hari Ke 100 Gencatan Senjata Di Gaza Kian Rumit Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 120 hits
Hari ke 100 Gencatan senjata di Gaza kian rumit kata penganalisis Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Jan 2
Lantik Jadi Pm Saya Bukan Paloi Kata Abang Jo

Lantik Jadi Pm Saya Bukan Paloi Kata Abang Jo

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 222 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Premier Sarawak Abang Johari menolak spekulasi mengaitkan dirinya menjadi perdana menteri yang dipercayai menjadi kunci utama Langkah Dubai bagi menukar kerajaan Abang Johari yang juga pengerusi Gabungan Parti Sar...
Lokasi Duel 2 Remaja Putri Gunakan Sajam Yang Viral Diduga Di Palembang Ini Kata Polisi

Lokasi Duel 2 Remaja Putri Gunakan Sajam Yang Viral Diduga Di Palembang Ini Kata Polisi

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 124 hits
Lokasi Duel 2 Remaja Putri Gunakan Sajam yang Viral Diduga di Palembang Ini Kata Polisi
Perbedaan Antara Pedagang Dan Bisnis Mengawali 2024 Dengan Memahami Makna Kata

Perbedaan Antara Pedagang Dan Bisnis Mengawali 2024 Dengan Memahami Makna Kata

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 273 hits
Mengawali tahun 2024 melanjutkan resolusi yang sudah dibuat sebelumnya Sepertinya khusus bagi Anda yang ingin memutuskan diri untuk keluar dari zona nyaman dapat memahami terlebih dahulu perbedaan makna kata antara PEDAGANG dan PEBISNIS Mem...
Rasuah Agong Rm750 Juta Zahid Kata Tak Ada Maklumat Tahu Melalui Media

Rasuah Agong Rm750 Juta Zahid Kata Tak Ada Maklumat Tahu Melalui Media

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 232 hits
DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai maklumat berhubung rasuah RM500 juta ke RM750 juta yang disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan media sebelum ini Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga tidak...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini