Antivaksin Dikena Sekatan Selari Perlembagaan Atau Nafi Hak


Ahmad Mustakim Zulkifli Individu miliki hak, namun masyarakat juga ada hak, kata pakar undang-undang.

Petugas kesihatan memasukkan vaksin Sinovac ke dalam picagari. Ramai yang masih takut dengan vaksinasi kerana termakan dengan dakyah palsu golongan antivaksin. Ketika sektor sosial dan ekonomi negara dibuka dan kelonggaran lebih luas diberikan bagi yang lengkap divaksinasi, timbul persoalan mengenai golongan yang tidak mahu divaksin, dan apakah sekatan yang dikenakan ke atas mereka selaras dengan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai contoh, premis perniagaan tertentu hanya boleh menerima pelanggan yang lengkap divaksinasi, malahan aktiviti seperti menonton wayang pada hujung minggu kini mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi lengkap.
Penjawat awam juga diwajibkan menerima suntikan vaksin awal bulan ini, malahan boleh berdepan tindakan tatatertib dan dipecat jika enggan.
Walaupun langkah sedemikian mungkin dilabel sebagai zalim bagi sesetengah pihak, pakar undang-undang yang dihubungi MalaysiaNow berkata ia adalah hak kerajaan.
Profesor di Universiti Nasional Singapura Andrew Harding, berkata Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342, yang kini digunakan untuk memerangi wabak itu, adalah sah dari segi Perlembagaan.
“Perlembagaan membenarkan sekatan ke atas kebebasan peribadi mengikut undang-undang, berdasarkan Perkara 5(1),” katanya merujuk klausa yang menyatakan tiada seorang pun boleh dilucutkan nyawa atau kebebasan peribadi kecuali mengikut undang-undang.
Harding, yang menjalankan penyelidikan mengenai Perlembagaan Persekutuan, turut memetik Perkara 10 (2)(b) yang menyatakan kebebasan berhimpun tertakluk kepada sekatan yang difikirkan perlu demi kepentingan keselamatan persekutuan.
Sementara itu, pensyarah undang-undang di Taylor’s University Wilson Tay berkata sekatan terhadap kebebasan asasi mestilah berkadar.
“Ia mesti berkait dengan objektif atau matlamat yang penting bagi mewajarkan sekatan hak yang dilindungi Perlembagaan,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Langkah-langkah yang diambil untuk mencapai objektif itu juga mesti munasabah dan wajar.”
Bulan lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan “menyukarkan hidup” golongan yang enggan divaksinasi sehingga mencetuskan bantahan pihak tertentu yang mengatakan langkah tersebut bertentangan dengan Perlembagaan.
Pengkritik juga berkata mereka yang enggan disuntik telah ditindas dan dinafikan hak selain turut menunjukkan beberapa laporan media yang menyatakan ahli Parlimen yang tidak mendapat vaksin tidak akan dihalang daripada memasuki Dewan Rakyat.
Tay berkata persoalan sama ada amaran Khairy itu selaras Perlembagaan atau tidak adalah bergantung kepada kadar kewajaran langkah yang diambilnya.
Bagi ahli Parlimen yang tidak divaksinasi dibenarkan memasuki Parlimen, Tay dan Harding berkata isu itu adalah lebih rumit daripada perbandingan tersebut.
“Ahli Parlimen miliki keistimewaan Parlimen dan tidak boleh dihalang daripada menghadiri Parlimen,” kata Harding.
“Dalam pengertian ini, undang-undang memang dilihat berat sebelah namun bukannya tidak sah kerana hal itu.”
Sementara itu, Tay pula berkata pelaksanaan berat sebelah hanya akan berlaku jika seseorang yang enggan divaksinasi dilarang makan di restoran sebaliknya ahli Parlimen yang tidak divaksinasi dibenarkan masuk.
Walaupun kadar vaksinasi Malaysia diiktiraf dan dipuji di peringkat antarabangsa, masih terdapat segelintir yang masih teragak-agak atau enggan menerima vaksin.
Pada Rabu, Parlimen diberitahu kira-kira 29,000 penjawat awam masih belum menerima suntikan vaksin.
Satu pilihan yang diambil beberapa negara ialah mewajibkan vaksinasi.
Setakat ini, tiga negara telah mengambil pilihan tersebut: Indonesia, Micronesia dan Turkmenistan.
Fabruari lalu, Indonesia mengumumkan mereka yang enggan divaksinasi boleh dinafikan bantuan sosial, perkhidmatan awam atau dikenakan denda.
Sementara itu, Micronesia dan Turkmenistan pula mewajibkan penduduk dewasa mengambil vaksin.
Satu lagi pendekatan adalah mewajibkan vaksinasi terhadap petugas dalam sektor kesihatan seperti yang diputuskan kerajaan Britain baru-baru ini.
Bagaiamanapun, Harding berkata mewajibkan vaksinasi tidak akan menyelesaikan apa-apa.
“Individu mempunyai hak untuk tidak diberi vaksin,” katanya.
“Manakala masyarakat pula mempunyai hak untuk melindungi diri mereka dengan mengenakan sekatan ke golongan itu.
“Kita miliki hak untuk buat keputusan, namun keputusan yang kita ambil juga ada akibatnya.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/antivaksin-dikena-sekatan-selari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Facebook Mudhorat Atau Mujarab Macai Vs Toktok

Facebook Mudhorat Atau Mujarab Macai Vs Toktok

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 517 hits
Ini fenomena paling ever green Ia bukan berlaku pada musim pilihanraya Tapi laku setiap masa Istilah ini digunakan oleh para penyokong politik ekstrim Semenjak daripada PRU baru baru ini sehinggalah sekarang isunya tidak pernah kering Apa s...
Penyampai Radio Johor Fm Junaidah Alahan Atau Kj Meninggal Dunia Akibat Sle

Penyampai Radio Johor Fm Junaidah Alahan Atau Kj Meninggal Dunia Akibat Sle

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 376 hits
JOHOR BAHRU 8 Nov Penerbit Rancangan Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Johor Junaidah Alahan meninggal dunia tengah malam tadi akibat penyakit Sistemik Lupus Eritematosus Junaidah 48 atau lebih dikenali sebagai KJ yang turut bertugas sebaga...
Calon Dun Kesidang Tak Boleh Berbahasa Melau Atau Tak Faham Bahasa Melayu Atau Kedua Dua Nya

Calon Dun Kesidang Tak Boleh Berbahasa Melau Atau Tak Faham Bahasa Melayu Atau Kedua Dua Nya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 224 hits
HAMZAH RIE NAInilah hasil 60thn orang Orang melayu umno memerintah negara kita Tapi yg jahat dan tak hormat bahasa Malaysia macai UMPAS tetap mengatakan DAP Mp Mp adun adun Dan calon calon Dap boleh jer berbahasa Malaysia dengan bagus MP MP...
Adakah Sulaiman Atau Rauf Rafiq Atau Ermieyati

Adakah Sulaiman Atau Rauf Rafiq Atau Ermieyati

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 366 hits
November 8 2021 Siapa yang akan memimpin kerajaan negeri Melaka yang baharu Pakar strategi DAP membuat spekulasi siapa Umno dan PN bakal pilih PETALING JAYA Dengan Pakatan Harapan yang masih berbelah bahagi antara dua pesaing sebagai calon ...
Rakyat Nak Tahu Pendedahan Edisi Siasatmy Benar Atau Tidak

Rakyat Nak Tahu Pendedahan Edisi Siasatmy Benar Atau Tidak

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 227 hits
Rakyat nak tahu pendedahan edisi siasatmy benar atau tidak kata Gobind Gobind Singh Deo kecewa dengan jawapan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berhubung pendedahan individu di sebalik akaun Twitter edisi siasatmy berhubung skanda...
Soyok Lipat2 Atau Retractable Awning

Soyok Lipat2 Atau Retractable Awning

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 219 hits
Owh I need retractable awning Kalau lah ada orang boleh pasangkan Dah 2 minggu sebenarnya kami mandi dalam kesejukan Mujur la cuaca masih bipolar bukan winter Itu pun tetap menggigil2 dan tiap kali keluar bilik air terasa bagai sebuah kejay...
Cyst Atau Sista Wanita Perlu Tahu

Cyst Atau Sista Wanita Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 184 hits
N3 kali ini ummi nak share tentang CYST atau dalam bahasa melayunya sista Kalau ada yang pernah baca dulu ummi ada ceritakan yang ummi dikesan punya ovari sista waktu preggy iaitu dalam usia kandungan 4bulan So ketika itu kata doktor ummi t...
Sumpahan Larangan Makan Ikan Kacang Ikan Kekacang Atau Ikan Baracuda

Sumpahan Larangan Makan Ikan Kacang Ikan Kekacang Atau Ikan Baracuda

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 259 hits
Alam melayu sememangnya kaya dengan kisah misteri lagenda mitos serta dongeng yang diceritakan sejak turun temurun unsur mistik pun wujud Salah satu lagenda yang menarik untuk diperkatakan adalah pantang larang terhadap sesetengah orang mel...
Selepas 7 Tahun Dr Beritahu Hanya Ivf Atau Anak Angkat Tapi Allah Lebih Tahu

Selepas 7 Tahun Dr Beritahu Hanya Ivf Atau Anak Angkat Tapi Allah Lebih Tahu

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 329 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga Namun andai kata belum sampai rezekinya lagi siapa kita nak menidakkan takdir Allah Hanya DIA yang tahu bila masanya untuk diberikan rezeki ini Seperti...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran