Rakyat Nak Tahu Pendedahan Edisi Siasatmy Benar Atau Tidak
Rakyat nak tahu pendedahan @edisi_siasatmy benar atau tidak, kata Gobind
Gobind Singh Deo (PH- Puchong) kecewa dengan jawapan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berhubung pendedahan individu di sebalik akaun Twitter @edisi_siasatmy berhubung skandal dalam kalangan pihak berkuasa itu yang disifatkan sebagai disensasikan.
Beliau berkata, apa yang rakyat ingin tahu sebenarnya adalah sama ada pendedahan yang dibuat itu benar atau tidak.
“Soalan saya, adakah ia bermaksud bahawa benar apa yang disebut di situ?
“Kenapa tidak ada siasatan berkenaan dengan apa yang disebut di situ. Itu kita nak tahu, apa dibawa oleh @edisi siasat itu benar atau tidak,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Acryl berkata, polis sedang menjejaki individu di sebalik akaun Twitter @edisi_siasatmy, dan mendakwa kebanyakan “pendedahan” skandal dalam kalangan pihak berkuasa itu telah disensasikan.
Acryl berkata, polis telah membuka 13 kertas siasatan terhadap akaun itu, yang menyiarkan maklumat mengenai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan agensi kerajaan.
Dalam pada itu, Gobind turut mempersoalkan kenapa sering kali rakyat mendapat jawapan seperti yang dijawab Acryl hari ini dan mengapa polis tidak merujuk bahan yang dilaporkan itu.
“Lihat respons tak jurus kepada isu ini. Timbul tanda tanya adakah apa disebut @edisi siasat benar,” katanya. FMT
Rakyat nak tahu pendedahan @edisi_siasatmy benar atau tidak
Baca Artikel Menarik :
Dos penggalak COVID-19: ‘Pergi klinik, klinik tutup’, KKM perkukuh MySejahtera
Anak arwah Vanessa masih di rawat
Siakap kayangan, Restoren Terapung Sas Rimba tak terjejas
Kerajaan gagal lucut hak barangan milik Najib, Rosmah
PAS tidak boleh bermain ‘Dua Kolam’
PRN Melaka: Serangan peribadi tidak melunturkan semangat Dira untuk berkhidmat
Tak terkelip tengok Nabila Huda bertinju
Sebak tengok ‘baby bump’ Neelofa
Mike Tyson bidas pemimpin Melayu UMNO, Bersatu dan PAS
Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas
PRN Melaka: PH suka katak, pengkhianat hawau
Layari Laman Facebook MYKMU
PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng
Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?
The post Rakyat nak tahu pendedahan @edisi_siasatmy benar atau tidak appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/08/rakyat-nak-tahu-pendedahan-edisi_siasatmy-benar-atau-tidak/