Antara Wabak Covid 19 Dan Parasit



Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAHApril 22, 2020 2:45 pmKami dari Pakatan Harapan (PH) terpaksa memohon kepada rakyat Malaysia supaya menghadapi realiti baru kerana kita tahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini jelas tidak melakukan apa yang kerajaan sendiri menyarankan rakyat melaksanakan. Banyak unsur hipokrit telah kelihatan.Tidak pernah dalam sejarah dunia harga minyak dunia jatuh sehingga bawah aras negatif USD -37.63! Negatif USD tiga puluh tujuh dollar enam puluh tiga sen. Inilah realiti hari ini yang mengerikan.Bagaimanapun semasa harga minyak jatuh dari US60 Ke USD25, kerajaan telah melantik duta Khas ke Timur Tengah, YB Haji Hadi Awang, bertaraf Menteri yang ke-71.Semasa harga minyak jatuh dari US25 ke bawah negatif USD0, kerajaan melantik pula Duta Khas ke China, YB Tiong, bertaraf Menteri yang ke-72.Entah berapa banyak lagi perlantikkan bertaraf Menteri akan diadakan sebagai habuan untuk memastikan survival kerajaan PN. Ada yang menyatakan secara lawak mungkin akan mencecah 112 supaya dijamin majoriti PN selamat hingga PRU15.Semasa Kerajaan PN menyarankan rakyat menghadapi realiti baru dunia, kerajaan sendiri tidak melakukan yang sama untuk berjimat cermat, seperti ketam ingin mengajar anaknya berjalan lurus.Sementara rakyat diminta berkurung di rumah serta ditangkap dan ada yang disaman RM1,000, Menteri, Timbalan Menteri, Exco serta anak Menteri PN bergerak bebas dengan jamuan dan solat berjamaah lagi tanpa tindakan yang sama dikenakan. Itu adalah juga realiti baru hari ini ala cerita P. Ramlee ‘Antara Dua Darjat’.Datuk Seri Mustapa Mohamed dari Kerajaan PN telah menyatakan setiap USD harga minyak jatuh, Malaysia akan kerugian beratus juta ringgit . Bayangkan bajet Malaysia pada disember 2019 mengambil kira harga minyak di tahap USD60 berbanding dengan harga hari ini di tahap USD0!Tetapi Kerajaan PN terus menambah perlantikan bertaraf Menteri demi Menteri dan berhasrat membahagikan lagi jawatan Ketua GLC dan jawatan korporat lumayan lain kepada MP dan penyokong kerajaan sebagai habuan tanpa mengira kelayakan individu atau implikasinya.Apakah Menteri Kewangan yang dilantik dari Bank terkemuka tidak memberi nasihat sepatutnya?Ada kelihatan kerajaan PN peduli keadaan kesihatan kewangan negara atau dunia hari ini? Mereka terus membahagikan harta negara selepas rampasan kuasa sesuka hati dan nafsu mereka.Sesuatu makhluk yang menghisap darah makhluk lain sehingga kering tidak bermaya lagi, dipanggil parasit. Parasit hanya berminat menghisap khasiat kekayaan keluar dari tubuh makhluk yang dikuasai itu tanpa mengira akibat dan nasibnya asalkan dia kenyang. Apakah kerajaan PN hari ini ada karakter mirip parasit?Mereka kelihatan tidak mengambil kira situasi keadaan negara serta dunia atau bebanan hutang negara selagi mereka boleh melantik kroni serta kuncu mereka mengaut kekayaan negara. Tidak banyak perbezaan sikap kerajaan dari era Najib berbanding sekarang asalkan golongan mereka kenyang.Sebenarnya Malaysia amat malang kita dilanda dua wabak pendemik berbisa dalam waktu yang sama ia itu wabak global Covid-19 dan wabak tempatan parasit.Parasit yang telah menghisap darah negara lebih 60 tahun telah dikalahkan oleh rakyat pada PRU14. Tetapi kerana pengaruhnya serta akar umbi yang agak masih wujud, parasit veteran 60 tahun berjaya mengambil alih semula melalui pintu belakang.Walaupun wabak Covid-19 merupakan wabak global berusia beberapa bulan tetapi insya Allah dengan usaha global penawarnya akan dijumpai.Wabak parasit berusia 60 tahun ini adalah lebih berbahaya kerana pengaruh tidak sihatnya yang telah berakar umbi di Malaysia kalau tidak dihapuskan segera akan menjadi gejala sebati tidak sihat rakyat untuk selama-lamanya.Mungkin ubat dibawa oleh Kerajaan PH dahulu untuk mematikan parasit itu ada kalanya kurang enak ditelan, seperti langkah berjimat cermat, reformasi kewangan dan tiada pemberian tender secara terus ,tetapi ubat yang mujarab memanglah sedikit pahit untuk ditelan. Dalam waktu kurang 2 tahun kami tidak sempat merawat sepenuhnya penyakit 60 tahun dahulu.Allah ingin menguji dan memberi sesuatu isyarat kepada rakyat Malaysia. Tidak beberapa hari selepas PN mengambil alih kerajaan, wabak Covid-18 makin merebak luas dan harga minyak jatuh dari harga bajet USD60 sehingga di bawah USD0 untuk pertama kali dalam sejarah dunia!Rakyat perlu menilai adakah kerajaan yang mewah dan boros PN ini sesuai untuk menyelamat negara?Rakyat ditangkap dan disaman jika melanggar peraturan yang sama yang Menteri dan Timbalan PN bebas mengadakan jamuan makan dan sembahyang berjemaah.Antara wabak global Covid-19 dan wabak parasit tempatan, parasit adalah jauh lebih merbahaya kepada kita.Parasit ini telah berada dalam kalangan kita lebih 60 tahun dan kemunculan semula parasit yang pernah ditolak rakyat ini adalah dalam bentuk lebih berbisa serta merbahaya kerana ianya pernah berakar umbi dalam badan kita.Parasit ini telah tahu segala kelemahan kita dan tahu bagaimana hendak menakluki kita sepenuhnya.Ingatlah pesanan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya ‘jangan jatuh dalam lubang yang sama dan digigit ular yang sama’, yang kini lebih berbisa dan ganas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/antara-wabak-covid-19-dan-parasit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petugas Hadapan Kepenatan Perangi Wabak Covid 19

Petugas Hadapan Kepenatan Perangi Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 327 hits
SHAH ALAM Petugas hadapan berkongsi cerita mengenai kepenatan memerangi koronavirus di bulan Ramadan ini apabila terpaksa membuat saringan melibatkan 400 orang dalam tempoh enam jam tanpa henti Hantaran Nurul Nadirah di Facebooknya memapark...
Nekad Potong Lidah Untuk Pujuk Dewa Kali Mata Hentikan Wabak Covid 19

Nekad Potong Lidah Untuk Pujuk Dewa Kali Mata Hentikan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 268 hits
Seorang lelaki berusia 24 tahun dari Madhya Pradesh nekad memotong lidahnya sebagai korban bagi memujuk dewa menghentikan penularan wabak Covid 19 di negara itu Dalam kejadian yang berlaku di depan kuil Bhavani di Nadeshwari Gujarat Vivek S...
Wabak Covid 19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei Ini Kajian Sutd

Wabak Covid 19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei Ini Kajian Sutd

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 371 hits
KUALA LUMPUR Satu kajian yang dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design meramalkan penularan wabak COVID 19 yang menggoncang dunia akan berakhir pada 6 Mei ini di Malaysia Data yang dikeluarkan oleh SUTD Data Driven Innov...
Malaysia Sudah Memasuki Fasa Pemulihan Wabak Covid 19 Dr Noor Hisham

Malaysia Sudah Memasuki Fasa Pemulihan Wabak Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 373 hits
PUTRAJAYA Malaysia kini sudah memasuki fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID 19 kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa Perintah Kawalan Perg...
Laporan Harian Program Pencegahan Wabak Covid 19 Di Tempat Kerja Jkkp

Laporan Harian Program Pencegahan Wabak Covid 19 Di Tempat Kerja Jkkp

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 634 hits
Laporan Harian SOP Am Kebenaran Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja Bagi Syarikat Dalam Tempoh PKPLaporan ini bertujuan untuk mendapatkan status pematuhan Syarat Kebenaran Beroperasi dan pergerakan pekerja bagi syarikat dalam tempoh Perinta...
Catat Sifar Kematian Kadar Kes Positif Rendah Ini Rahsia Vietnam Lawan Wabak Covid 19

Catat Sifar Kematian Kadar Kes Positif Rendah Ini Rahsia Vietnam Lawan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 313 hits
Vietnam telah mengambil langkah awal dengan membuat saringan kesihatan sejak awal Januari lalu small Cover image via Financial Times small Tahukah anda bahawa negara Vietnam tidak lagi mencatatkan sebarang kes baru koronavirus Sehingga ke h...
Covid 19 Dr Noor Hisham Dinobat Antara Tiga Doktor Terbaik Di Dunia

Covid 19 Dr Noor Hisham Dinobat Antara Tiga Doktor Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 939 hits
NAMA tiga tokoh perubatan kini menjadi perhatian dunia dan digelar wajah paling dipercayai Seorang daripada figura berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang digelar pahlawan sumber inspirasi dan h...
Antara 4 Perkara Perlu Disediakan Sekiranya Dijangkiti Covid 19 Pada Masa Akan Datang

Antara 4 Perkara Perlu Disediakan Sekiranya Dijangkiti Covid 19 Pada Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 220 hits
Pasti ramai diantara kita yang tidak dapat membayangkan sekiranya diri dijangkiti dengan virus maut Covid 19 yang telah membunuh ratusan ribu nyawa di seluruh dunia pada ketika ini Justeru daripada itu pasti ada yang tertanya tanya tentang ...
Pakatan Harapan Akan Menghadapi Masaalah Yang Besar Selepas Wabak Covid 19 Selesai

Pakatan Harapan Akan Menghadapi Masaalah Yang Besar Selepas Wabak Covid 19 Selesai

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 542 hits
Sebaik sahaja Kerajaan Pakatan Harapan tumbang akibat dari sikap rakus dan tamakkan kuasa pemimpin pemimpin utama mereka kerajaan baharu di bawah pimpinan TS Muhyiddin menghadapi tugas yang amat berat untuk menangani wabak Covid 19 yang tel...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord