Antara 4 Perkara Perlu Disediakan Sekiranya Dijangkiti Covid 19 Pada Masa Akan Datang


Pasti ramai diantara kita yang tidak dapat membayangkan sekiranya diri dijangkiti dengan virus maut Covid-19 yang telah membunuh ratusan ribu nyawa di seluruh dunia pada ketika ini.
Justeru daripada itu, pasti ada yang tertanya-tanya tentang apakah persediaan yang perlu dilakukan sekiranya diri dijangkiti dengan virus tersebut.
Portal Hello Doktor ada berkongsikan tentang 4 perkara yang perlu disediakan sekiranya diri dijangkiti sebagai langkah persediaan menghadapainya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini seperti berikut:
Jika anda mematuhi perintah kawalan pergerakan, amal jarak sosial dan kerap membasuh tangan, tahniah, anda merupakan penyumbang kepada usaha negara untuk menghentikan penularan wabak.
Namun, tidak dapat dinafikan langkah tersebut, walaupun penting untuk dilaksanakan, tapi tidak mencukupi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi wabak virus korona baharu (COVID-19).
Tiada jaminan 100% yang anda akan terhindar daripada jangkitan wabak COVID-19.
Jika anda disahkan positif kelak, anda memerlukan pelan tindakan kecemasan peribadi (pelan COVID-19) bagi memastikan urusan anda tetap berjalan dengan lancar. Mengapa perlu pelan COVID-19 peribadi? Sama seperti konsep belajar sebelum peperiksaan, perancangan pelan COVID-19 yang dibuat awal boleh mengelakkan keresahan hati sepanjang kita berada dalam situasi wabak.
Menurut Dr Cynthia M Stonnington, Pengerusi Psikologi dan Psikiatri di Mayo Clinic, langkah membuat perancangan awal merupakan satu tindakan yang bijak.
Ia boleh memberikan perspektif kepada individu berkenaan dengan perkara yang boleh dikawal dan perkara yang tidak boleh dikawal.
Jika anda merancang untuk memikirkan langkah seterusnya hanya setelah anda dijangkiti oleh virus, keputusan yang dibuat boleh dipengaruhi oleh emosi.
Ahli keluarga yang lain mungkin tidak dapat memikirkan tindakan yang perlu mereka ambil. 
Penyelesaian kepada dilema tersebut adalah dengan membuat perancangan pelan COVID-19 lebih awal. 
Pastikan anda tahu berkenaan dengan simptom teruk jangkitan COVID-19 Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebanyakan individu yang dijangkiti oleh virus korona baharu mengalami simptom ringan yang boleh dirawat di rumah.
Namun, apabila kita mahu membuat pelan COVID-19 lebih awal, anda perlu memikirkan berkenaan dengan simptom teruk jangkitan wabak.
Mereka yang dijangkiti boleh menunjukkan gejala seperti berikut:
Demam panas Batuk Selesema Sakit kepala Sesak nafas Loya Muntah Cirit birit Mereka yang mengalami simptom teruk pula boleh menunjukkan gejala seperti berikut:
Sakit pada bahagian dada Bibir atau muka menjadi biru Kekeliruan mental Pengsan Sukar bernafas Anda perlu mengetahui simptom teruk bagi mengetahui bila masa yang sesuai untuk mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.
Oleh sebab kebanyakan kes di hospital merupakan kes COVID-19 teruk, maka tempat tersebut perlu dielakkan selagi mana anda tidak mempunyai gejala teruk. 
Perkara ini perlu dimasukkan dalam pelan COVID-19 anda.
Sekiranya anda ragu dan mengesyaki diri anda dijangkiti, hubungi segera talian pertanyaan COVID-19 dan kuarantinkan diri.
Intipati pelan COVID-19 anda
Seperti pelan tindakan kecemasan yang lain, penghasilan pelan COVID-19 boleh dibuat berdasarkan kepada 3 langkah utama:
Perbincangan berkenaan dengan intipati pelan COVID-19. Pemberian tugas kepada ahli keluarga yang terlibat; siapa perlu menghubungi kecemasan dan siapa perlu menjaga pesakit. Jika perlu, buat demonstrasi bagaimana situasi tersebut perlu dilaksanakan. Pastikan anda menulis atau mencetak pelan tersebut. Gantungkan di mana-mana sudut rumah supaya ia mudah diakses. 
Jangan simpan pelan COVID-19 di dalam telefon/komputer bagi mengelakkan masalah jika berlaku bekalan elektrik terputus atau kehabisan bateri telefon.
Ini intipati pelan COVID-19 anda.
1. Bawa dokumen berkaitan sejarah kesihatan anda Tiada siapa yang boleh teka akan mengalami simptom teruk. Apabila berlakunya keadaan tersebut anda mungkin akan mengalami kekeliruan mental.
Akibatnya, keluarga anda terpaksa memberitahu sejarah perubatan anda. Mereka mungkin terlepas pandang beberapa perkara seperti alergi dan sebagainya.
Oleh itu, penting untuk membawa kertas yang melampirkan sejarah perubatan anda ke mana sahaja anda berada. 
Intipati pelan COVID-19 pertama ini lebih memfokuskan keadaan di mana anda tiba-tiba rebah pada kawasan yang tiada siapa mengenali anda.
Sejarah kesihatan yang ditulis di atas sehelai kertas boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam dompet.
Tulis berkenaan dengan senarai ubat dan dos, sejarah alergi, kontak rapat jika anda. 
Jika anda meletakkan dokumen tersebut di rumah, pastikan ahli keluarga anda tahu di mana lokasinya. 
Jika berlaku kecemasan, mereka boleh membawa dokumen tersebut dan menyerahkannya kepada pegawai kesihatan yang merawat.
2. Perkuatkan sistem sokongan sosial dengan individu lain 
Jika anda masih bujang, pastikan anda menghubungi rakan terdekat anda untuk meminta bantuan.
Pelan COVID-19 kedua lebih memfokuskan kepada aspek sokongan sosial. Buat kumpulan maya di aplikasi Whatsapp dan sebagainya.
Pastikan jarak tempat tinggal ahli kumpulan tidak jauh dan jika berlaku sebarang kecemasan, anda atau rakan anda boleh tampil memberikan dokumen berkaitan.
Berikan kunci pendua kepada mereka dan beritahu lokasi spesifik dokumen yang telah anda sediakan.
Jika anda atau ahli kumpulan lain sakit, agihkan tugas, siapa yang akan memberitahu keluarga, siapa yang akan membelikan makanan dan sebagainya.
Kerjasama di antara ahli sememangnya penting bagi mengharungi wabak virus korona baharu.
3. Rekodkan keperluan keluarga di dalam pelan COVID-19 anda  Jika anda mempunyai anak kecil, amat penting untuk anda mempertimbangkan siapa yang boleh tolong untuk menjaga mereka semasa anda sedang sakit.
Walaupun kadangkala tindakan isolasi akan dibuat di rumah, kontak rapat di antara ahli keluarga harus diminimumkan.
Ini bermakna, anda tidak dapat menjaga keluarga anda seperti ketika anda sihat.
Tulis juga di dalam pelan COVID-19 anda berkenaan dengan keperluan haiwan peliharaan anda sekiranya anda mempunyai kucing atau anjing.
Minta tolong daripada jiran atau ahli kumpulan anda dan berikan mereka kunci rumah sekiranya perlu. 
4. Buat pelan COVID-19 tambahan sekiranya anda ada penyakit kronik
Jika anda mempunyai penyakit kronik, mungkin sukar untuk mendapatkan bekalan ubat di klinik kerajaan atau hospital pada waktu ini.
Anda perlu menelefon pihak terlibat dan dapatkan maklumat berkenaan dengan perubahan perkhidmatan tersebut.
Tanya berkenaan dengan simptom dan perkara yang perlu anda jaga sekiranya bekalan ubat atau perkhidmatan perubatan diberhentikan sementara waktu.
Konklusi Persiapan awal dapat menyediakan anda menghadapi wabak virus korona baharu yang semakin agresif saban hari.
Di Malaysia, perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga hujung April 2020 bagi melindungi rakyat daripada ancaman wabak COVID-19.
Jika anda masih belum menulis pelan COVID-19 anda sendiri, mulakannya sekarang.
Sumber: Hello Doktor
The post Antara 4 Perkara Perlu Disediakan Sekiranya Dijangkiti Covid-19 Pada Masa Akan Datang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/16/antara-4-perkara-perlu-disediakan-sekiranya-dijangkiti-covid-19-pada-masa-akan-datang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawa Isteri Dan Anak Tinggal Dalam Hutan Kerana Takut Dijangkiti Covid 19

Bawa Isteri Dan Anak Tinggal Dalam Hutan Kerana Takut Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 319 hits
Pada 6 April polis Sverdlovsk menerima panggilan telefon daripada seorang wanita di kampung Krasnogvardeisky yang mendakwa bahawa abangnya telah mengambil isteri dan tiga anak mereka yang lain berumur empat lapan dan sepuluh tahun untuk mas...
Kadar Kesembuhan Covid 19 Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia

Kadar Kesembuhan Covid 19 Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 344 hits
Meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilajutkan namun ramai sudah boleh menarik nafas lega apabila Malaysia mencatatkan kadar kesembuhan 45 peratus menjadikan Malaysia antara negara dengan kadar kesembuhan tertinggi di dunia Dimana k...
Doktor Unjur 1 6 Juta Rakyat Perancis Mungkin Dijangkiti Covid 19

Doktor Unjur 1 6 Juta Rakyat Perancis Mungkin Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 228 hits
Lebih 1 6 juta daripada 67 juta rakyat Perancis mungkin sudah dijangkiti Covid 19 sehingga kini unjuran yang dibuat kesatuan pengamal perubatan MG France berdasarkan laporan doktor Kesatuan itu dalam satu kenyataan berkata seramai 2 048 ahl...
Tukang Gunting Rambut Maut Dijangkiti Covid 19

Tukang Gunting Rambut Maut Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 370 hits
MISSISSIPPI Seorang tukang gunting rambut terkenal meninggal dunia akibat dijangkiti wabak Covid 19 selepas meneruskan perniagaannya meskipun wabak berkenaan sedang menular Mangsa bernama Eugene Thompson 46 dilaporkan meninggal Sabtu lalu s...
Kkm Beri Amaran Kes Covid 19 Mungkin Meningkat Dua Minggu Akan Datang

Kkm Beri Amaran Kes Covid 19 Mungkin Meningkat Dua Minggu Akan Datang

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 595 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memberi amaran kemungkinan berlaku peningkatan kes dalam tempoh dua minggu akan datang Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berikutan aktiviti pengesanan kes masih giat dilakukan K...
Covid 19 Dr Noor Hisham Dinobat Antara Tiga Doktor Terbaik Di Dunia

Covid 19 Dr Noor Hisham Dinobat Antara Tiga Doktor Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 939 hits
NAMA tiga tokoh perubatan kini menjadi perhatian dunia dan digelar wajah paling dipercayai Seorang daripada figura berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang digelar pahlawan sumber inspirasi dan h...
Malaysia Sertai Kaji Selidik Dunia Bakal Mulakan Kajian Klinikal Ubat Covid 19 Dalam Masa Terdekat Kkm

Malaysia Sertai Kaji Selidik Dunia Bakal Mulakan Kajian Klinikal Ubat Covid 19 Dalam Masa Terdekat Kkm

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 582 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia bakal memulakan kajian klinikal bagi menguji keberkesanan dan keselamatan ubat Remdesivir Lopinavir Ritonavir Interferon Beta Choloquine dan Hydroxychloroquine untuk merawat pesakit COVID 19 dalam masa terdeka...
Perangi Covid 19 Kita Dapat Kawal Wabak Covid 19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang Pm

Perangi Covid 19 Kita Dapat Kawal Wabak Covid 19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 305 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak rakyat Malaysia agar bersama sama terus memerangi penularan COVID 19kerana wabak itu masih belum berakhir sepenuhnya Perdana Menteri berkata sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini penulara...
Bukan 4 Tapi Terima 41 Kes Covid 19 Dalam Masa Satu Hari Dr Ni Rayu Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Bukan 4 Tapi Terima 41 Kes Covid 19 Dalam Masa Satu Hari Dr Ni Rayu Jangan Pentingkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 339 hits
PKP yang memasuki fasa ketiga ini sebenarnya sudah pun membuatkan kita redha malah semakin kuat semangat untuk membantu kerajaan menangani wabak jangkitan Covid 19 ini Pun begitu masih ada di kalangan masyarakat kita yang bersikap mementing...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut