Covid 19 Dr Noor Hisham Dinobat Antara Tiga Doktor Terbaik Di Dunia


NAMA tiga tokoh perubatan kini menjadi perhatian dunia dan digelar ‘wajah paling dipercayai’.
Seorang daripada figura berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang digelar pahlawan, sumber inspirasi dan hero oleh pengikutnya di laman Facebook.
Portal China Global Television Network (CGTN) melaporkan, selain Dr Noor Hisham, dua lagi tokoh perubatan yang mendapat perhatian adalah Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga tokoh perubatan itu menampilkan sisi berbeza dalam waktu membimbangkan dunia ketika ini dengan menyampaikan maklumat dan saranan kesihatan untuk menenangkan orang awam.

Loading… Kira-kira dua bulan lalu, tiada sesiapa mengenali ketiga-tiga lelaki berkenaan namun, hari ini nama mereka disebut-sebut malah diberi gelaran ‘buah hati’, ‘bintang rock’ dan ‘hero negara’ di sosial media.
Dr Anthony Fauci
Dr Fauci, 79, adalah Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS (NIAD) manakala, Dr Bloomfield, 54, dan Dr Noor Hisham, 56, adalah ketua pengarah kesihatan di kementerian kesihatan negara masing-masing.
Mereka juga bukan menteri kabinet namun, bertanggungjawab untuk menyampaikan perkembangan terkini keadaan semasa pandemik Covid-19.
Walaupun ada masanya kerajaan bertindak lambat atau mengeluarkan arahan yang mengelirukan, ketiga-tiga tokoh ini akan memainkan peranan untuk memastikan orang awam kekal tenang dengan menyampaikan fakta meyakinkan.
Dr Fauci mengetuai NIAD sejak 1984 dan menjadi penasihat perubatan kepada enam presiden AS serta pernah ‘memerangi’ HIV/AIDS, Zika dan Ebola.
Dr Noor Hisham pula menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan masih menjalankan tugas sebagai perunding kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya.
Dr Ashley Bloomfield
Manakala, Dr Bloomfield sebelum ini bertugas di United Kingdom dan New Zealand serta pernah menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva.
Dr Fauci dilaporkan bertugas antara 16 hingga 18 jam sehari sejak beberapa minggu lalu dan melayani sesi temubual dengan semua rangkaian televisyen yang ada.
Dr Noor Hisham pula belum pernah gagal membuat hantaran di Twitter dan Facebook walaupun pada lewat malam untuk memberikan maklumat terkini berkaitan situasi Covid-19 di Malaysia.
Lebih menarik lagi, hari Dr Bloomfield mengambil cuti rehat menjadi tajuk utama akhbar di New Zealand bulan lalu dengan paparan “Akhirnya Bloomfield Mengambil Cuti Sehari”. – Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/04/covid-19-dr-noor-hisham-dinobat-antara-tiga-doktor-terbaik-di-dunia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=covid-19-dr-noor-hisham-dinobat-antara-ti

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saluran Tv China Senaraikan Dr Noor Hisham Antara 3 Doktor Terbaik Amp Diyakini

Saluran Tv China Senaraikan Dr Noor Hisham Antara 3 Doktor Terbaik Amp Diyakini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 288 hits
Berita Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID 19 di negara ini Memetik laporan Astro Awani pengiktirafan itu diberikan ol...
Dr Noor Hisham Kini Menjadi Perhatian Dunia Dan Digelar Wajah Paling Dipercayai

Dr Noor Hisham Kini Menjadi Perhatian Dunia Dan Digelar Wajah Paling Dipercayai

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 852 hits
NAMA tiga tokoh perubatan kini menjadi perhatian dunia dan digelar wajah paling dipercayai Seorang daripada figura berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang digelar pahlawan sumber inspirasi dan h...
Ada Dua Kemungkinan Dr Noor Hisham Maklumkan Pesakit Covid 19 Boleh Dijangkiti Semula

Ada Dua Kemungkinan Dr Noor Hisham Maklumkan Pesakit Covid 19 Boleh Dijangkiti Semula

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 491 hits
Sepatutnya orang sudah pulih dia ada antibodi small Cover image via Noor Hisham Abdullah Facebook small Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 57 lagi kes positif baru Covid 19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5 482 kes setakat 21 April ...
Doktor Swasta Gesa Noor Hisham Turun Padang Dakwa Kkm Gagal Lindungi Barisan Depan

Doktor Swasta Gesa Noor Hisham Turun Padang Dakwa Kkm Gagal Lindungi Barisan Depan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 416 hits
Seorang doktor hospital swasta mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan yang memerangi Covid 19 selepas kira kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas Dr Musa Nordin dari ...
Noor Hisham Sertai Saintis Dunia Menentang Covid 19

Noor Hisham Sertai Saintis Dunia Menentang Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 320 hits
Noor Hisham sertai saintis dunia menentang Covid 19 KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyertai gabungan saintis dunia dalam usaha mereka untuk bertindak menentang pandemik koronavirus di kawasan yang
Pm Zahir Penghargaan Buat Frontliners Kita Adalah Antara Yang Terbaik Di Dunia

Pm Zahir Penghargaan Buat Frontliners Kita Adalah Antara Yang Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 456 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya memaklumkan bahawa satu sidang video bersama petugas kesihatan dari Hospital Sungai Buloh telah diadakan pada pagi tadi Dalam perkongsiannya itu beliau menyatakan...
Pesakit Pneumonia Akan Dianggap Positif Covid 19 Sehingga Ujian Makmal Beri Keputusan Negatif Dr Noor Hisham

Pesakit Pneumonia Akan Dianggap Positif Covid 19 Sehingga Ujian Makmal Beri Keputusan Negatif Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 423 hits
Semasa persidangan media harian Perkembangan Covid 19 di Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham menasihatkan para barisan hadapan untuk sentiasaikut garis panduan memakai PPE yang lengkap ketika merawat...
Antara Wira Lawan Wabak Dr Rieux Dan Noor Hisham

Antara Wira Lawan Wabak Dr Rieux Dan Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 328 hits
Sehari sebelum perintah kawalan pergerakan saya melakukan pinjaman panik di perpustakaan Salah sebuah buku yang saya buru ialah karya Albert Camus yang pernah saya baca lama dahulu Pada 1947 Camus sasterawan besar Perancis meraih Hadiah Sas...
Kadar Kesembuhan Covid 19 Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia

Kadar Kesembuhan Covid 19 Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 423 hits
Meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilajutkan namun ramai sudah boleh menarik nafas lega apabila Malaysia mencatatkan kadar kesembuhan 45 peratus menjadikan Malaysia antara negara dengan kadar kesembuhan tertinggi di dunia Dimana k...
Singapore S Success A Lesson Malaysia Can No Longer Ignore

Zafrul Rm1 Trillion Commitments To Us Not Govt Funds Bumi Rights Protected

You Want The Truth Prosecution Cites A Few Good Men To Dismiss Najib S Saudi Donation Claim In 1mdb Trial

Sabah Sarawak Left Out Again As Us Trade Deal Favours Peninsula Leaders

Bn Youth Treasurer Given A Break From Duties After Scandalous Ex Wife Allegations

Johor Becomes Malaysia S First Smart State Five Years Ahead Of Schedule

Stop Pr Spin And Call Trade Deal What It Truly Is Muda

Mitra Disbursed Rm100mil To Empower Indian Community Says Ramanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Balas Baik Nabila Razali

Drama Bahagia Yang Tertangguh

Ramalan Eur Usd Pada 30 Oktober 2025

Nabila Razali Balasbaik Chord

Ketika Segalanya Dirobohkan Tuhan Sedang Membangunkanmu

What To Cook With Japanese Mushrooms