Antara Umno Dan Pas Siapa Perangkap Siapa




Secara tersiratnya, keputusan mesyuarat MT semalam yang memutuskan UMNO ingin bekerjasama dengan Pas dalam PRN Melaka adalah suatu cubaan memberi tekanan dan memerangkap parti Islam itu.
UMNO pada hakikatnya tahu Pas adalah ahli gabungan PN yang dua sehari sebelum itu telah bersetuju untuk berganding bersama Bersatu dan Gerakan dalam menyertai PRN Melaka.
Tidak setakat setuju bertanding dalam PRN Melaka bersama PN, malah Pas juga setuju untuk menggunakan lambang PN, bukan lambang bulan dalam pilihanraya tersebut.
Dengan keadaan itu, ternampak sangat mustahil untuk Pas keluar serta meninggalkan PN semata-mata untuk bekerjasama dan menerima huluran tangan yang dibuat oleh UMNO.
Keputusan UMNO mahu bekerjasama dengan Pas saja, bukan dengan Bersatu dan PN, tidak lebih sebagai cubaan menekan dan memerangkap Pas, sambil bertujuan memecah-belahkan PN.
Dengan keputusan tersebut, selain dapat menunjukkan UMNO memang ingin bersama dengan Pas demi perpaduan ummah, ia juga akan meletakkan Pas dalam serba-salah.
Jadi sekarang UMNO telah meletakkan keputusan membuat pilihan di tangan Pas – kalau ingin bersamanya, sila tinggalkan PN dan bertandinglah atas logo sendiri atau jika enggan, teruskanlah bersama PN yang didalamnya ada Bersatu yang merupakan musuh ketat UMNO itu,
Sekurang-kurangnya, meskipun dengan Pas menolak untuk bekerjasama dengan UMNO, UMNO sudah boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan untuk membentuk penyatuan ummah, sebaliknya meletakkan beban itu kepada Pas.
Itulah sebenarnya muslihat UMNO di sebalik keputusan MT itu, walaupun secara tersuratnya, ia turut menunjukkan parti itu dalam keadaan lemah dan tidak mampu menang PRN Melaka secara solo.
Adalah jelas, UMNO hanya berharap dapat memenangi PRN Melaka dengan adanya bantuan Pas dan dengan berlakunya perpecahan dalam PN.
Makna kata, tidaklah sekuat mana UMNO sekarang ini.
Kalau UMNO benar-benar kuat, sepatutnya ia kekal dengan pendirian bertanding solo dan tidak mengharap sama sekali kepada kerjasama dengan Pas, jauh sekali melakukan percaturan mahukan Pas bertanding atas logo sendiri yang mana ia dengan mudah difahami hanya bertujuan memecah-belahkan PN.
Kecuali ada perubahan drastik berlaku, hasrrat UMNO untuk memancing Pas dengan cara sedemikian itu secara umumnya hampir mustahil akan menjadi kenyataan.
Ini kerana, Pas lebih selesa dan lebih mungkin kekal bersama PN berbanding untuk beralih arah kepada UMNO yang mana hubungan antara keduanya selalu berlaku pasang surut dan turun naik yang tidak menentu.
Bagi Pas, jika ingin kepada penyatuan ummah yang sebenar, ia mestilah dengan membawa sekali Bersatu ke dalam persepakatan itu, bukannya melibatkan UMNO dan Pas semata-mata.
Perkara ini sudah pastinya ditolak oleh UMNO kerana pemimpin-pemimpin parti itu masih ada dendam terhadap Bersatu dan Mahiaddin Md Yasin.
Akhirnya, UMNO pun turut sama terperangkap dalam percaturan ini, meski pada awalnya mereka yang ingin memerangkap Pas.
Apatah lagi dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempelawa semua parti yang ingin bekerjasama dengan Pas agar setuju menggunakan logo bulan dalam PRN Melaka ini.
Seorang lagi pemimpin Pas, Dr. Khairuddin Attakiri pula berkata, sama ada Pas akan menggunakan logonya sendiri atau logo lain, ia tidak boleh ditentukan atau melalui tekanan pihak lain.
Dengan kedua-dua kenyataan Tuan Ibrahim dan Dr. Khairuddin ini, malu tak UMNO?
Sebab itu, tiada pemimpin UMNO berani mengulas kedua-dua kenyataan pemimpin Pas di atas. – ShahbudinHusin 30/10/2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/antara-umno-dan-pas-siapa-perangkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Report Pas Deputy President Moots Six 14 Eight Formula To Win Melaka With Umno And Bersatu

Report Pas Deputy President Moots Six 14 Eight Formula To Win Melaka With Umno And Bersatu

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 312 hits
PAS deputy president Datuk Mohd Amar Nik Abdullah has proposed a formula for his party Umno and ally Bersatu that he says will provide the best outcome in next month s Melaka election and avoid a conflict of interest He said Umno should con...
Persefahaman Umno Pas Terserah Pas Untuk Putuskan Muhyiddin

Persefahaman Umno Pas Terserah Pas Untuk Putuskan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 244 hits
PN akan meneruskan strategi yang telah dibincangkan dan dirancang MELAKA Perikatan Nasional menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS untuk membuat keputusan berhubung keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk meneruskan persefahaman dengan...
Guna Logo Pn Sukarkan Penyokong Umno Undi Pas Dalam Prn Melaka

Guna Logo Pn Sukarkan Penyokong Umno Undi Pas Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 289 hits
MALAYSIA DATELINETindakan Pas menggunakan logo Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka akan menyukarkan penyokong Umno untuk mengundi Pas ketika Umno sudah bertegas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu Jurucakap utama pimpinan ...
Report Umno Veterans Group Expects Pas To Discard Bersatu If Perikatan Suffers Decisive Defeat In Melaka Poll

Report Umno Veterans Group Expects Pas To Discard Bersatu If Perikatan Suffers Decisive Defeat In Melaka Poll

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 298 hits
PAS is expected to discard Parti Pribumi Bersatu Malaysia if the Perikatan Nasional coalition suffers a decisive defeat in next month s Melaka state election Veteran Umno Malaysia said Sinar Harian reported the group s secretary Datuk Musta...
Prn Melaka Pas Bersama Pn Tanpa Membelakangkan Umno

Prn Melaka Pas Bersama Pn Tanpa Membelakangkan Umno

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 287 hits
By November 3 2021KEPUTUSAN PAS untuk bersama Perikatan Nasional termasuk menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Negeri Melaka tidak bermakna parti itu membelakangkan UMNO dalam kerjasama politik Mursyidul Amnya Datuk Hashim Jasin berkata...
Pas Harap Langkah Tak Langgar Kerusi Umno Akan Cetus Kesedaran

Pas Harap Langkah Tak Langgar Kerusi Umno Akan Cetus Kesedaran

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 289 hits
November 3 2021 6 30 PMKeputusan tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri yang disandang Umno dapat membangkitkan kesedaran dalam kalangan kepemimpinan parti itu mengenai hala tuju politik PAS kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin PETA...
Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka

Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 362 hits
puteradaily comKeputusan Pas untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional di Pilihan Raya Negeri Melaka membuktikan Pas tidak percaya sepenuhnya kepada Umno sebaliknya memilih kekal dengan Bersatu Penganalisis politik dari UTM Dr Mazlan Ali...
Umno Tahu Pas Akan Ambil Kredit Penyatuan Melayu Islam Jika Umno Bersatu Berbaik

Umno Tahu Pas Akan Ambil Kredit Penyatuan Melayu Islam Jika Umno Bersatu Berbaik

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 246 hits
October 25 2021Umno boleh berbaik baik dengan Bersatu pada bila bila masa saja Yalah orang Bersatu asalnya orang Umno juga Bukan orang lain pun Tapi apabila P45 konon konon nak jadi hero konon konon nak jadi pendamai antara Umno Bersatu mak...
Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lunch Date Dengan Team Mate Di The Light Hotel Penang

Wanita Hilang Selama Setahun Akhirnya Hanya Jumpa Rangka

Lirik Lagu Antara Puisi Dan Rautmu Arish Mikael

Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

Ex Pesuruhjaya Sprm Cabar Pmx Bebaskan Najib Razak

Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British