Prn Melaka Pas Bersama Pn Tanpa Membelakangkan Umno


By SatuBerita
-November 3, 2021


KEPUTUSAN PAS untuk bersama Perikatan Nasional (PN), termasuk menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak bermakna parti itu membelakangkan UMNO dalam kerjasama politik.

Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin, berkata PAS berpendapat keputusan itu adalah jalan terbaik pada masa ini bagi menghadapi PRN Melaka dan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, sebagai manusia, kepemimpinan PAS hanya mampu berusaha dan menyerahkan kepada Allah SWT untuk menentukan hasil keputusan itu.

“Dalam konteks politik hari ini, nampaknya UMNO dengan cara UMNO, BERSATU cara BERSATU. Jadi kita melihat dari sudut kita bersama PN tanpa membelakangkan UMNO.

“Itulah jalan terbaik setakat ini yang boleh kita ikuti terutama ujian (PRN) di Melaka dan juga PRU-15,” katanya, memetik laporan BH, hari ini.

Isnin lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan untuk menggunakan lambang PN di Melaka dengan mengambil kira pandangan Majlis Syura Ulama.

Media melaporkan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menghormati keputusan PAS memilih lambang PN dan beliau juga dipetik berkata, Muafakat Nasional (MN) kekal utuh meskipun dengan keputusan terbaru itu.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek, dilaporkan berkata, pihaknya akur dengan penggunaan lambang PN namun bersedia untuk menarik diri jika pertandingan di satu-satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berlaku pertembungan sesama sendiri dengan UMNO.

Sementara itu, Hashim berharap keputusan untuk tidak bertanding di kerusi DUN disandang UMNO dapat membangkitkan kesedaran dalam kalangan kepemimpinan parti itu mengenai hala tuju politik PAS.

Katanya, apabila hala tuju PAS difahami, kepemimpinan UMNO akan lebih mudah berlapang dada dengan keputusan besar yang perlu dibuat pada PRU-15.

“Apabila kita tak bertanding di kawasan UMNO menang sebelum ini, maka itu bererti matlamat kita bukan nak rebut kerusi itu, tetapi (demi) matlamat yang lebih besar perpaduan ummah.

“Supaya dengan cara kita bersikap demikian, kesedaran akan timbul dalam kalangan sahabat kita daripada UMNO, ke mana hala tuju yang PAS nak bawa.

“Mungkin satu hari nanti, mereka akan berlapang dada dengan tindakan yang mungkin lebih besar kita terpaksa hadapi pada PRU-15,” katanya.

Hashim juga mengakui keputusan PAS untuk bersama PN tanpa membelakangkan UMNO bukannya mudah dicapai kerana terdapat banyak halangan perlu ditempuhi.

Bagaimanapun, katanya, demi perpaduan ummah yang juga perintah Allah SWT dan sangat diperlukan dalam landskap politik semasa negara, PAS bersedia untuk menempuh halangan itu dan sanggup juga berkorban kerananya.

“Berkorban apa yang boleh kita korbankan dan kita akan pertahankan di mana yang boleh untuk mencapai matlamat besar kita iaitu perpaduan ummah.

“Kerana bagi kami, perpaduan ummah ini bukan kehendak PAS, bukan kehendak sesiapa tetapi adalah perintah dari Allah SWT dalam al-Quran supaya kita bersatu, jadi kita wajib buat itu,” katanya.

Beliau dalam pada itu memuji PAS Melaka kerana mematuhi segala keputusan yang dibuat kepemimpinan peringkat Pusat berhubung formula tidak bertanding di kerusi yang disandang UMNO yang juga sekutu dalam MN.

“Ia adalah hasil tarbiah PAS yang memberi penekanan khusus terhadap prinsip wala’ (patuh) kepada kepemimpinan sejak sekian lama,” katanya.
 – SB

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-pas-bersama-pn-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mahu Kerjasama Dengan Pas Hadapi Prn Melaka

Umno Mahu Kerjasama Dengan Pas Hadapi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 290 hits
UMNO mahu meneruskan persefahaman dengan Pas dalam menghadapi PRN Melaka KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 No...
Prn Melaka Keputusan Kerjasama Umno Pas Perkukuh Mn

Prn Melaka Keputusan Kerjasama Umno Pas Perkukuh Mn

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 397 hits
bharian comOleh Oktober 29 2021 7 19pmAb Rauf pada sidang media di Kampung Pulau Melaka Foto NSTP Syafeeq AhmadMASJID TANAH Keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka bulan depan dijangk...
Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia

Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 495 hits
KUALA LUMPUR Sama ada kekal bekerjasama dengan UMNO atau sebaliknya PAS sudah membuat persediaan sewajarnya kata salah seorang pemimpin parti itu hari ini Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pada dasarnya mereka mah...
Pulak Dulu Aku Dah Kata Umno Akan Kena Kencing Ya Sungguh Prn Melaka Umno Dakwa Pas Punca Kerjasama Mn Gagal

Pulak Dulu Aku Dah Kata Umno Akan Kena Kencing Ya Sungguh Prn Melaka Umno Dakwa Pas Punca Kerjasama Mn Gagal

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 367 hits
October 26 2021 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan akar umbi parti itu lebih cenderung untuk bekerjasama dengan PAS Bagaimanapun dia berkata bergantung kepada PAS sama ada kerjasama itu berlaku atau tidak Tentulah ahli kita ...
Panas Umno Cuba Jerat Pas Tawar Kerjasama Dalam Prn Melaka

Panas Umno Cuba Jerat Pas Tawar Kerjasama Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 244 hits
October 29 2021 Umno memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berl...
Prn Melaka Kerjasama Pas Umno Tunggu Keputusan Ahad Ini Kamarudin

Prn Melaka Kerjasama Pas Umno Tunggu Keputusan Ahad Ini Kamarudin

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 267 hits
Shuhada Abdul KadirPas Negeri Melaka menzahirkan ucapan terima kasih atas tawaran yang diberikan UMNO itu Gambar fail MELAKA Susulan keputusan Majis Kerja Tertinggi UMNO untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional bersama Pas dalam menghadapi Pi...
Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 335 hits
November 4 2021 Biarpun mungkin berdepan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan pada 20 November nanti UMNO yakin akan menang dan membentuk kerajaan negeri Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerus...
Prn Melaka Pas Gunakan Logo Pn Bukannya Sebagai Mahu Berlawan Dengan Umno Bn

Prn Melaka Pas Gunakan Logo Pn Bukannya Sebagai Mahu Berlawan Dengan Umno Bn

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 291 hits
TAIPING Keputusan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini bukan sebagai mahu berlawan dengan UMNO yang berada dalam Barisan Nasional kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad Menur...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey