Antara Move On Dan Move Off Di Sabah


PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 sudah seminggu melabuhkan tirai. Diharap keputusan PRN itu akan segera menamatkan permasalahan politik dan mampu membentuk kerajaan yang stabil seperti dimahukan oleh semua orang Sabah.
Malangnya, kisah PRN Sabah tidak berhenti setakat itu sahaja. Daripada tragedi bertanding sesama sendiri, kerumitan memilih Ketua Menteri, drama pertukaran portfolio sehinggalah kepada ‘kecil hati’ UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap Perikatan Nasional (PN) terutama Bersatu, nampaknya masih belum ada tanda-tanda untuk ‘move on’.
Konflik antara UMNO-BN dan Bersatu yang membibit lama sebelum PRN Sabah bermula dilihat semakin menghampiri tahap krisis.
Dinamika hubungan politik UMNO-Bersatu memperlihatkan bagaimana UMNO masih tidak boleh berintegrasi dan keluar daripada kerangka lama sebagai ‘abang besar’ ketika dalam BN.
Walaupun sudah tidak bersama PN, UMNO-BN masih terpaksa menerima mereka sebagai rakan sokongan disebabkan tiada pilihan.
Dalam konteks Sabah, BN terpaksa membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) bukan sahaja bagi menghadapi Warisan Plus tetapi bagi membentuk kerajaan selepasnya kerana tiada pilihan lain.
Pernah disingkirkan, ‘move on’ Muhyiddin

Untuk rekod, BN bertanding di 41 kerusi, hanya menang 14 berbanding PN menerusi pakatan Bersatu dan Parti Solidariti Tanah Air (STAR) menang 17 daripada 27 kerusi bertanding.
Dengan margin kerusi yang tipis begitu, memang sukar untuk mana-mana parti bertindak sendirian tanpa berunding, apatah lagi apabila kemenangan yang dicapai hanya dengan majoriti mudah. Apa-apa sahaja boleh berlaku jika mana-mana pihak tidak mampu mencapai keputusan yang konklusif.
Konfrontasi terbuka pula sudah tentu merenggangkan lagi kerjasama yang wujud dan bimbang akan menggagalkan sebarang usaha untuk mengintegrasikan parti dan seterusnya mewujudkan kerjasama bentuk baharu pada pilihan raya seterusnya.
Pengajaran terbesar pada PRN Sabah menunjukkan betapa GRS yang diwujudkan bukan sahaja longgar dan bermasalah, malah tidak berfungsi sebagai satu unit politik yang sepatutnya. Mujur dalam keadaan sebegitu, GRS masih mampu menang.
Ketika ini, tiada tanda-tanda wujud satu formula kompromi yang jelas dalam kerjasama PN dan UMNO-BN. Apa yang ada hanyalah satu persefahaman tentang adanya musuh bersama.
Hal itu sangat berbahaya dalam politik kerana dalam politik tiada istilah musuh yang kekal selamanya.
Keperluan kepada mana-mana parti untuk mengekalkan status quo masing-masing banyak bergantung kepada sejauh mana keseimbangan kepentingan yang terhasil daripada kerjasama itu dan sudah tentu, ancaman apa sebenarnya yang diwujudkan oleh musuh bersama itu tadi.
Lebih malang, persepsi tentang ancaman yang wujud tidak lagi dilihat datang daripada pihak lawan tetapi kawan.
Selepas STAR, PBS pula tolak PAS di Sabah

Perkara itu menjadi lebih buruk jika tiada usaha untuk menepis prasangka rakan terhadapnya yang akhirnya akan menjejaskan kepentingan dan status quo masing-masing sebagai sebuah pakatan.
Apatah lagi, kalau ia dilihat semakin mengikis kekuatan, pengaruh, peranan dan pengorbanan UMNO sebagai sebuah parti yang besar dan dominan dalam kerjasama politik PN-BN.
Sukar untuk menyatakan apakah UMNO-BN boleh kekal bekerjasama dengan Bersatu. Setakat ini, UMNO dilihat terbahagi kepada dua, kem yang mahu UMNO move on dan meninggalkan Bersatu dan kem yang masih mahu kekal bekerjasama dengan Bersatu.
Pada masa yang sama, Bersatu juga masih belum bertindak untuk meredakan keadaan terutama selepas UMNO kecil hati dan rasa terpencil setelah apa yang berlaku di Sabah.
Setakat ini hanya Naib Presidennya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang mendesak supaya sesuatu dilakukan dengan segera untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Yang menarik untuk diperhatikan selepas ini sudah tentulah, apakah UMNO akan ‘move on’ atau ‘move off’ dengan perkembangan yang sedang dihadapinya?
*Mujibu Abd Muis ialah Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan Kampus Seremban
Veteran UMNO sokong parti perjelas hala tuju pasca PRN Sabah

The post Antara ‘move on’ dan ‘move off’ di Sabah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/03/antara-move-on-dan-move-off-di-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
As Grs Announce Hajiji As Sabah Cm Political Intrigue Around Warisan S Next Move

As Grs Announce Hajiji As Sabah Cm Political Intrigue Around Warisan S Next Move

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 275 hits
The residence of Parti Warisan Sabah president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal has been a hotbed of activity since early this morning as people waited for the Head of State to confirm who will be Sabah s next chief minister Talks among the War...
Sabah Polls Over Let S Move On

Sabah Polls Over Let S Move On

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 251 hits
Francis Paul Siah says what Raja Petra Kamarudin said in his article What Is Important To Sabah Voters on 22 September 2020 Francis Paul Siah MoCS By about 9pm on Saturday night most of us could sense it was all over for Warisan Plus At tha...
Hajiji Noor Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Ke 16 Bung Moktar Antara 3 Adun Angkat Sumpah Sebagai Timbalan Km

Hajiji Noor Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Ke 16 Bung Moktar Antara 3 Adun Angkat Sumpah Sebagai Timbalan Km

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 485 hits
1 025 total views 1 025 views today KOTA KINABALU Pengerusi Perikatan Nasional Sabah Datuk Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke 16 di hadapan Yang Dipertua Negeri...
Prn Sabah Di Antara Pn Dan Bn Siapa Berhak Jadi Ketua Menteri Sabah

Prn Sabah Di Antara Pn Dan Bn Siapa Berhak Jadi Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 559 hits
PRN SABAH SIAPA JADI KETUA MENTERI SABAHBUNG MOKHTARHAJIJIA LATAR BELAKANG Berdasarkan Parti yang bertanding dan memenangi 73 kerusi DUN Sabah Warisan mendahului dan dikuti oleh BN Ini adalah dari kacamata umum tetapi bukan dari segi SOP Su...
Anwar Move Won T Affect Outcome Of Sabah Polls Najib

Anwar Move Won T Affect Outcome Of Sabah Polls Najib

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 206 hits
SABAH POLLS Former prime minister Najib Abdul Razak said speculations surrounding yet another change of federal government is unlikely to impact the outcome of this Saturday s Sabah state elections Speaking to Malaysiakini Najib said he bel...
Penang Calls Off Move To Force 4 Reps To Vacate Seats

Penang Calls Off Move To Force 4 Reps To Vacate Seats

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 182 hits
Chief Minister Chow Kon Yeow says the proposal to invoke Article 14A of the Penang Constitution with regard to party hopping is being shelved GEORGE TOWN The state government today said it will not push for the expulsion of four Perikatan N...
Pm Muhyiddin Akui Kempen Prn Sabah Antara Punca Peningkatan Kes Covid 19

Pm Muhyiddin Akui Kempen Prn Sabah Antara Punca Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 385 hits
25 total views 25 views today KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri Sabah menjadi antara punca peningkatan kes COVID 19 di negara ini sejak beberapa minggu lepas Bagaimanapun beliau menjel...
Prn Sabah Power Rangers Turun Mengundi

Prn Sabah Power Rangers Turun Mengundi

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 385 hits
Seorang pengundi di SMK Tansau dilihat mengenakan kostum adiwira Power Rangers berwarna putih ketika keluar mengundi di Sabah KOTA KINABALU Tempoh 2 jam terakhir sebelum pusat pengundian ditutup pada 5 petang menyaksikan pengundi Sabah teru...
Keputusan Tidak Rasmi Prn Sabah

Keputusan Tidak Rasmi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 381 hits
1 522 total views 1 522 views today N 01 Banggi Pemenang Winner Mohammad Mohamarin N 21 Luyang Pemenang Winner Phoong Jin Zhe N 42 Melalap Pemenang Winner Peter Anthony N 19 LIKAS Pemenang Winner Tan Lee Fatt N 25 KAPAYAN Pemenang Winner Ja...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip