Antara Keresahan Akar Umbi Dan Kekuatan Gabungan


ULASAN | Keputusan Muafakat Nasional (MN) menjemput Bersatu ke dalam gabungan itu sememangnya langkah tidak popular yang kurang disenangi akar umbi Umno.
Ya, ia kurang disenangi akar umbi Umno. Jika kita mengimbas pertembungan antara dua parti ini, sejak tertubuhnya Bersatu pada empat tahun lalu, memang wajar untuk orang Umno marah kepada Bersatu.
Namun, dalam politik tiada apa yang kekal, musuh tidak selamanya musuh, kawan tidak akan terus menjadi kawan, itulah falsafah politik.
Dalam situasi ini yang menjadi sasaran adalah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi kerana akar umbi parti itu beranggapan Bersatu dipelawa menyertai MN oleh bekas timbalan perdana menteri itu.
Lantaran itu, Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan tampil memberi penjelasan bahawa keputusan MN menjemput Bersatu dibuat bukan atas kapasiti presiden Umno mahupun presiden PAS, tetapi diputuskan oleh jawatankuasa khas yang dianggotai kedua-dua parti.
Jika mengambil kira kronologi itu, hakikat yang perlu diakui ialah keputusan itu dibuat presiden Umno berdasarkan keputusan mesyuarat.
Pun begitu, jelas Shahril, keresahan akar umbi juga adalah hakikat yang perlu diberi perhatian.

 
Perkara itu diakui sendiri oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan. Pada 18 Ogos lalu dia dilaporkan berkata akar umbi parti itu resah dengan penyertaan Bersatu.
Ketika itu, Mohamad menjelaskan bahawa pandangan tidak menarik diterima daripada akar umbi parti itu apabila khabar tentang hasrat Bersatu untuk menyertai MN sampai kepada mereka.
Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula memberikan lima sebab mengapa timbulnya keresahan akar umbi Umno terhadap perkembangan itu.
“Adalah tidak tepat andai ada gambaran bahawa presiden bertindak di luar pengetahuan majlis kepimpinan yang lain.
“Melihat ‘mood’ akar umbi, kenyataan ini mungkin kurang popular, tetapi berpegang kepada prinsip ‘berkata benar walaupun pahit’. Ini terpakai kepada pemimpin juga akar umbi,” demikian luah Shahril dalam satu hantaran di Facebooknya.
Kegelisahan dan keresahan itu memang wujud. Mana tidaknya, ketika bahtera Umno hampir karam dan tidak sedikit wakil rakyatnya lompat parti, pasti ketua bahagian yang setia dengan Umno sedikit sebanyak menyimpan impian dan hasrat untuk bertanding dalam PRU akan datang.
Bagi kalangan ‘oportunis’ pula, momentum yang dicipta MN membuka peluang yang seharusnya dimanfaatkan ataupun dijadikan batu loncatan untuk PRU15 nanti.
Justeru tidak hairanlah jika penyertaan Bersatu memberi kesan kepada golongan ‘akar umbi’ ini.
Di pihak PAS pula, akar umbinya dilihat tidak mempunyai masalah. Bersatu menyertai MN adalah satu bonus buat mereka apatah lagi PAS kini turut menjadi sebahagian dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimana pula dengan Bersatu sendiri? mereka barangkali berdepan keadaan sama – penyertaan ke dalam MN sedikit sebanyak memberi keresahan kepada pemimpin akar umbi parti itu.
Perkara pokok yang menjadi punca kegelisahan mereka juga barangkali sama – takut akan kehilangan kuasa yang dimiliki pada hari ini.
Selain itu, boleh dikatakan kerisauan itu juga disebabkan peluang untuk bertanding dalam PRU15 semakin tipis memandangkan Umno lebih kuat di peringkat akar umbi.
Namun pastinya, bagi pemimpin utama Bersatu penyertaan ke dalam MN membawa satu kelegaan. Dengan langkah ini, mereka dapat membina kekuatan khususnya untuk menarik sokongan pengundi Melayu yang bersama MN.
Apatah lagi Bersatu kini menerima tempias daripada kewujudan parti Pejuang yang diasaskan bekas pemimpin tertinggi mereka, perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
The post Antara keresahan akar umbi dan kekuatan gabungan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/22/antara-keresahan-akar-umbi-dan-kekuatan-gabungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hockademy Sasar Anjur Lebih Banyak Program Akar Umbi

Hockademy Sasar Anjur Lebih Banyak Program Akar Umbi

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR 23 Ogos Selepas berjaya dengan penganjuran julung kali Festival 5 Penjuru Hockademy kelab Hockademy berhasrat menganjurkan lebih banyak program pembangunan peringkat akar umbi di masa hadapan Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpu...
Akar Umbi Umno Kurang Senang Bersatu Sertai Muafakat Nasional Tok Mat

Akar Umbi Umno Kurang Senang Bersatu Sertai Muafakat Nasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 407 hits
Astro AwaniOgos 18 2020 Mohamad berkata pandangan semua pihak perlu diambil kira memandangkan isu berkenaan adalah satu keputusan besar buat parti itu Gambar failSEREMBAN Hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyertai Muafakat Nasional men...
Akar Umbi Umno Masih Terluka Dengan Azmin

Akar Umbi Umno Masih Terluka Dengan Azmin

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 308 hits
PETALING JAYA Ketua Umno Gombak mendakwa sebahagian besar akar umbi parti itu masih terluka dengan kenyataan Mohamed Azmin Ali yang mungkin menjejaskan peluang menteri kanan berkenaan kekal di Parlimen Gombak pada pilihan raya umum akan dat...
Pemimpin Jangan Over Komen Akar Umbi Berguling Nak Ketawa

Pemimpin Jangan Over Komen Akar Umbi Berguling Nak Ketawa

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 448 hits
Tun makin menjadikan musuh nya tak keruan Nanti aku cuba karang ayat power ayat hiburan untuk mereka rasa tidak terancam untuk mereka tidor lena Cuba aku nak ingatkan supaya kemaraan dan perjuangan Tun ini disekat cubalah sekat jangan biark...
Bersatu Sertai Mn Umno Dengar Pandangan Akar Umbi Netizen

Bersatu Sertai Mn Umno Dengar Pandangan Akar Umbi Netizen

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 343 hits
SHAH ALAM Pandangan akar umbi dan netizen akan diberikan keutamaan sebelum Muafakat Nasional membuat sebarang keputusan untuk menerima penyertaan daripada parti lain Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu juga akan ...
Pandangan Akar Umbi Diberi Keutamaan Sebelum Terima Rakan Kongsi Baharu Kata Zahid

Pandangan Akar Umbi Diberi Keutamaan Sebelum Terima Rakan Kongsi Baharu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 264 hits
August 18 2020 7 59 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pandangan akar umbi parti diberi keutamaan dan didengar sebelum Muafakat Nasional membuat keputusan mengenai penerimaan rakan kongsi politik baharu PETALING JAYA Presiden Umno A...
Permohonan Rentas Sempadan Antara Malaysia Singapura Dibuka Isnin Ini

Permohonan Rentas Sempadan Antara Malaysia Singapura Dibuka Isnin Ini

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 329 hits
PUTRAJAYA 8 Ogos 2020 Jabatan Imigresen hari ini memaklumkan permohonan kemudahan bagi rentas sempadan di antara Malaysia dan Singapura akan dibuka mulai Isnin ini Dalam kenyataannya hari ini Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee D...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian