Antara Hari Merdeka Dan Hari Kebangsaan


 

Maaf ini bukan isu baharu. Saya yakin anda juga tahu akan isu ini. Saya juga pernah menulis mengenainya sebelum ini. Kali terakhir genap setahun lalu.
Mengapa? Kerana ia masih dipercakapkan. Menjelang 31 Ogos dan tentunya pada 31 Ogos sendiri seperti hari ini, ia timbul.
Begini. Saudara kita di Sabah dan Sarawak tidak “ghairah” untuk menyambut Merdeka pada 31 Ogos setiap tahun. Mereka tidak ada “feel”. Bagi mereka 31 Ogos hari besar hanya untuk orang Semenanjung. “Orang Malaya” kata mereka.
Betul juga apa yang mereka kata. Sebab pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya yang merdeka. Bukan Malaysia. Malah Malaysia belum lahir ketika itu.
Persekutuan Malaysia kita tahu lahir pada 16 September 1963, hasil gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara, atau Sabah. Oleh itu, setiap 16 September amat bermakna buat saudara kita di Sabah dan Sarawak. Bukan 31 Ogos. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Perlu diingat Sabah dan Sarawak menyertai gabungan itu bukannya memasuki Malaysia. Sampai sekarang orang Sabah dan Sarawak terguris jika disifatkan mereka “masuk” Malaysia. Hakikatnya mereka bergabung dengan Tanah Melayu dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia.
Ketika itu, Sabah dan Sarawak berstatus “self-government” atau pemerintahan sendiri yang diberi pihak British yang mentadbir kedua-dua wilayah atau “negara” berkenaan.
Oleh itu, sehingga sekarang ada pihak di Borneo yang amat kecewa Sabah dan Sarawak dikelaskan sebagai negeri yang sama taraf dengan negeri-negeri dalam Malaysia. Ini kata mereka menurunkan status mereka yang tidak mengambil kira Sabah dan Sarawak sebagai negara merdeka sama seperti Tanah Melayu ketika penubuhan Malaysia.
Sehingga sekarang pelbagai pihak termasuk golongan muda mahu janji yang diberi kepada Sabah dan Sarawak semasa penubuhan Malaysia dahulu ditunaikan.
Pada 2019, kerajaan Pakatan Harapan ketika itu membentangkan di Parlimen Rang Undang-undang (Pindaan) Perlembagaan Persekutuan (2019) yang menurut mereka bertujuan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata dengan Semenanjung seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Namun kerajaan PH tidak mendapat sokongan 2/3 Ahli Parlimen. Yang tidak menyokong termasuk Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang mahu lebih banyak tuntutan diberi.
Apa pun kini terpulang kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob untuk menangani masalah itu atas semangat konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan baru-baru ini.
Sementara itu, apa yang kita ada sekarang seperti disebut tadi, perasaan dingin di Sabah dan Sarawak terhadap sambutan 31 Ogos.
Kerajaan persekutuan sedar akan “permasalahan” berhubung 31 Ogos Tanah Melayu merdeka dan 16 September Malaysia ditubuhkan.
Lalu kerajaan Barisan Nasional menetapkan 16 September diisytihar Hari Malaysia (lengkap dengan cuti awam) manakala 31 Ogos Hari Kebangsaan (yang juga cuti awam).
Bagaimanapun pelbagai pihak di Semenanjung tetap melaungkan “Merdeka” setiap 31 Ogos. Tahun ini pun ada yang mengucapkan “Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64” – jelas mengambil kira 31 Ogos 1957.
Hakikatnya 31 Ogos terus dikaitkan dengan kemerdekaan Malaysia. Bukan sekadar Tanah Melayu. Tidak menghairankan saudara kita di Sabah dan Sarawak terus merasa terpinggir.
Di sekolah anak-anak diajar 31 Ogos negara (baca Malaysia) merdeka. Jika mereka (termasuk anak-anak Sabah dan Sarawak), malah kita sendiri, jika memberi jawapan lain daripada tarikh itu semasa mengambil ujian sejarah misalnya tidak akan dapat apa-apa markah. Kosong. Gagal.
Mungkin pihak berwajib terutama menteri pendidikan kita yang baharu harus perbetulkan fakta sejarah.
Ini hanya cadangan saya si wartawan tua. Mungkin cuti awam pada 31 Ogos boleh dihadkan untuk Semenanjung sahaja. Pada 31 Ogos setiap tahun hanya Semenanjung menyambut Hari Kemerdekaan Semenanjung. Bukan Tanah Melayu kerana realitinya Tanah Melayu tidak wujud lagi sebagai sebuah negara sebaik sahaja Malaysia wujud.
Di Sabah, cuti awam untuk sambutan Hari Sabah juga pada 31 Ogos kerana tarikh itu pada 1963 British memberi status pemerintahan sendiri kepada Sabah. Sarawak mendapat status itu pada 22 Julai 1963 dan kerajaan Sarawak sememangnya mengisytiharkan hari itu cuti awam dan sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak diadakan setiap 22 Julai.
Ketiga-tiga hari yang disebut diraikan secara sederhana. Yang disambut besar-besaran dengan gilang-gemilang (ini tidak mengambilkira pandemik Covid 19 ya) ialah 16 September Hari Malaysia. Hari lahirnya Malaysia bukan hari Malaysia merdeka. Kerana Malaysia tidak memerdekakan diri daripada sesiapa. Ia dibentuk dan ditubuhkan.
Hari Malaysia diraikan semua rakyat – di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak dengan penuh kebanggaan kerana ia membawa erti kepada setiap warga negara. Ini seperti dikatakan tadi sekadar cadangan dan harapan.
Buat masa ini, menghadapi realiti masa kini, harapan dan doa ialah agar Malaysia – dari Perlis hingga ke Sabah – dapat merdekakan diri daripada cengkaman Covid-19. Kerajaan wajib menunjukkan kepimpinan.
Selamat Hari Kebangsaan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/antara-hari-merdeka-dan-hari-kebangsaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merdeka Merdeka Merdeka Selamat Hari Merdeka Ke 64

Merdeka Merdeka Merdeka Selamat Hari Merdeka Ke 64

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 768 hits
hai assalammualaikumMerdeka Merdeka Merdeka Sama sama Hayati Makna Kemerdekaan Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 64 Setiap 31 Ogos kita akan sambut bulan Kemerdekaan Dua tahun kita meraikan Kemerdekaan dengan norma baru disebabkan covid Tiad...
Vide0 Rai Dalam Kesederhanaan Penuh Rasa Syukur Ini Iklan Terbaik Hari Kebangsaan 2021

Vide0 Rai Dalam Kesederhanaan Penuh Rasa Syukur Ini Iklan Terbaik Hari Kebangsaan 2021

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 348 hits
Tahun ini sekali lagi Hari Kebangsaan disambut dalam suasana yang sederhana tatkala negara sedang berdepan p4ndem1k Orang ramai boleh menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 64 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Ogos ini ...
Staycation Dan Filem Patriotik Sempena Hari Kebangsaan

Staycation Dan Filem Patriotik Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 276 hits
Seperti yang ramai sedia maklum Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan negara kita akan disambut pada bulan Ogos Setiap tahun pasti dapat dirasai kemeriahan sambutan dan perarakan kemerdekaan baik di kaca TV di jalan raya mahupun di pusat membeli...
Selamat Hari Kebangsaan 2021

Selamat Hari Kebangsaan 2021

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 322 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSELAMAT HARI KEBANGSAAN 2021 Apa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera Seperti yang kita sedia maklum tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah tarikh keram...
Sambut Hari Merdeka Ke 64 Tahun Di Nurseri Beli Pokok Berjuntai Indoor Peperomia Scandens Cupid

Sambut Hari Merdeka Ke 64 Tahun Di Nurseri Beli Pokok Berjuntai Indoor Peperomia Scandens Cupid

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 342 hits
SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK BERJUNTAI INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID Selamat Hari Merdeka Malaysia ke 64 Korang buat apa merdeka hari ni Selangor masih di fasa duduk di daerah sendiri lagi Huhu Tapi tak mengapa ju...
Merdeka Ucapan Padu Anwar Ibrahim Hari Kebebasan 16 May 2018

Merdeka Ucapan Padu Anwar Ibrahim Hari Kebebasan 16 May 2018

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 202 hits
Hari bersejarah 16 May 2018 Hari Anwar Ibrahim mendapat Pengampunan Penuh daripada Yang Di Pertuan Agong Puluhan ribu pendokong Pakatan Harapan telah berkumpul di Padang Timur Petaling Jaya bersama dengan Pemimpin Pakatan Harapan bagi menya...
Set Makan Juadah Tanah Airku Bersempena Dengan Merdeka Dan Hari Malaysia Di Furama Bukit Bintang

Set Makan Juadah Tanah Airku Bersempena Dengan Merdeka Dan Hari Malaysia Di Furama Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 335 hits
Hi Korang Kalau makan makan memang hiduplah ahkak ko kan hehehhe Untuk meraikan kepelbagaian rasa yang berkaitan dengan masakan Malaysia Spices Furama Bukit Bintang memperkenalkan rangkaian set Juadah Tanah Airku untuk penghantaran dan bawa...
15 Hari Menjelang Hari Kebangsaan

15 Hari Menjelang Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 296 hits
Satu lagi catatan sejarah negara kita pada hari ini Tangkap layar siaran langsung ucapan terakhir Perdana Menteri Malaysia ke 8 Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri kita sejak bulan Mac 2020 telah pun mengumumkan...
Niat Ziyad Mahu Raih Emas Pada Hari Kebangsaan Tak Kesampaian Bila Kemenangan Di Tarik Balik

Niat Ziyad Mahu Raih Emas Pada Hari Kebangsaan Tak Kesampaian Bila Kemenangan Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 248 hits
Jaguh lontar peluru negara Ziyad Zolkefli berhasrat untuk mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint