Selamat Hari Kebangsaan 2021


Assalamualaikum dan salam sejahtera

SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2021 | Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Seperti yang kita sedia maklum, tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah tarikh keramat dimana tertubuhnya sebuah negara baru, Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya pada tahun 1963, bergabung dengan Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia yang tercinta

Cukup pasal sejarah (masih ingat ketika belajar di sekolah menengah), tanpa disoal oleh sesiapa, aku nak menjawab soalan " Apakah makna merdeka bagi anda?"


#1 Bebas, aku rasa semua orang berpendapat yang sama, itulah maksud yang utama dan jelas. Bebas daripada dijajah. Tetapi walaupun kita, rakyat Malaysia bebas dijajah oleh kuasa asing, tetapi bagi aku dari segi pemikiran, kita masih dijajah. Kalau dilihat rakyat di negara lain, mereka berlumba-lumba maju ke hadapan, dengan teknologinya, ilmu yang dipelajarinya, seni budaya mereka diketengahkan, tetapi kita disini, (bukan semua) terumbang-ambing dengan isu-isu remeh, pecahan politik, rampasan kuasa dan sebagainya


#2 Jika waktu bersekolah, merdeka adalah hari yang meriah. Di rumah, psatinya akan menonton perarakan yang kebiasaannya diadakan di Dataran Merdeka. Melihat perarakan berwarna warni, nyanyian lagu-lagu patriotik, semuanya cukup seronok. Kalau di sekolah pula, sepanjang bulan kemerdekaan pasti akan ada pelbagai pertandingan, kempen dan sebagainya bagi menyemarakkan rasa patriotik terhadap diri masing-masing

Aku masih ingat, ada pertandingan menghias basikal dengan tema patriotik. Sewaktu aku di darjah 4, aku berbasikal ke sekolah yang jaraknya kira-kira 1 kilometer sahaja. Menghias basikal dengan membeli bendera Jalur Gemilang pelbagai rupa dan dihias pada setiap penjuru basikal. Tiba di hari pertandingan, aku kalah. Walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat


#3 Lagu Patriotik | Aku berpendapat lagu-lagu patriotik di awal dekad 2000 adalah yang paling sedap, paling diingati lirik-liriknya. Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang dan beberapa lagi lagu pasti akan dinyanyikan di sekolah ketika perhimpunan. Ketika aku di sekolah menengah, lagu-lagu ini dimainkan oleh pasukan pancaragam dimana aku adalah salah seorang dari pasukan tersebut


Lagu-lagu patriotik di waktu sekarang, bagi aku mungkin serba tak kena. Mungkin kerana dalam kehidupan aku, aku tak boleh menerima lagu baru? Entahlah. 
#4 Bendera Jalur Gemilang | Aku masih ingat pada suatu ketika begitu banyaknya kenderaan yang mempunyai bendera Jalur Gemilang terpacak megah dicermin hadapannya. Hampir semua orang bersemangat menyambut bulan kemerdekaan. Pemberian bendera-bendera Jalur Gemilang di banyak tempat dengan percuma


#5 Filem bertemakan patriotik juga ditayangkan diwaktu hari kemerdekaan. Antara yang paling memberi kesan bagi aku adalah filem 1957 : Hati Malaya. Filem-filem lain seperti Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Paloh, dan Tanda Putera juga sering ditayangkan pada hari kebangsaan

Filem-filem sebegini selalu ditayangkan dibulan kemerdekaan kerana mungkin penyiar merasakan filem-filem ini sesuai pada bulan kemerdekaan sahaja, padahal patriotik bukanlah mengikut musim

#6 Bila rasa cinta pada negara, atau patriotik muncul, seterusnya yang aku akan buat adalah melihat pencapaian negara dalam pelbagai bidang. Bidang sukan, pembangunan, pendidikan, seni, dan pelbagai lagi. Dimana nak lihat semua ini? Youtube dan Google adalah rujukan utamanya

Tetapi sejak akhir-akhir ini, rasa patriotik semakin berkurangan kerana kemelut politik yang menyebabkan prestasi negara semakin teruk, ditambah dengan pandemik dan pelbagai faktor lagi. Apa-apapun semoga semua kemelut dan pelbagai lagi masalah akan pulih dan para pemimpin negara dan memimpin sebaiknya. 


Sebagai penutup bicara, aku nak ucapkan selamat hari kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.  
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/08/selamat-hari-kebangsaan-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vide0 Rai Dalam Kesederhanaan Penuh Rasa Syukur Ini Iklan Terbaik Hari Kebangsaan 2021

Vide0 Rai Dalam Kesederhanaan Penuh Rasa Syukur Ini Iklan Terbaik Hari Kebangsaan 2021

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 312 hits
Tahun ini sekali lagi Hari Kebangsaan disambut dalam suasana yang sederhana tatkala negara sedang berdepan p4ndem1k Orang ramai boleh menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 64 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Ogos ini ...
Selamat Hari Kebangsaan Ke 64

Selamat Hari Kebangsaan Ke 64

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 156 hits
Selamat Hari Kebangsaan ke 64 Semoga negara kita terus aman makmur Bersama kita menghayati nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2021 Merdeka Malaysia Prihatin ...
Malaysia Quran Hour Sempena Hari Kebangsaan 2021

Malaysia Quran Hour Sempena Hari Kebangsaan 2021

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 212 hits
Malaysia QuranHour tahun ke 7 diteruskan lagi dengan tema Formula Menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang yang berlangsung pada 30 Ogos Berlangsung selama sejam dari studio TV Al Hijrah sebagai penyiar rasmi Malaysia QuranHour berjaya mengump...
Hari Kebangsaan 2021 Keluarga Malaysia Diajak Tekad Pulihkan Negara Bersatumenerajui

Hari Kebangsaan 2021 Keluarga Malaysia Diajak Tekad Pulihkan Negara Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 296 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk bersama sama memulihkan negara dengan berjuang memerangi pandemik COVID 19 sekali gus memerdekakan Malaysia daripada kegawatan ekonomi dan ketidakstabilan polit...
Hari Kebangsaan 2021 Tun M Ajak Rakyat Ambil Iktibar Bersatumenerajui

Hari Kebangsaan 2021 Tun M Ajak Rakyat Ambil Iktibar Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 229 hits
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad percaya rakyat Malaysia mampu mengharungi semua cabaran yang dihadapi Tetapi kata Ahli Parlimen Langkawi itu penting untuk kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku SUBSCRIBE now ...
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 65 Tahun

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 65 Tahun

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 1053 hits
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 65 Tahun Ia bukan sekadar ucapan yang lalu macam angin ia bukan ucapan yang tiada rasa di jiwa Laungkan semangatmu kerana cintakan negara ini Laungan Merdeka Merdeka Merdeka Dari dulu sampai kini tetap me...
Selamat Hari Raya Pkp 3 0 2021

Selamat Hari Raya Pkp 3 0 2021

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 320 hits
13 5 2021 Raikan kemenangan bulan Ramadan Syawal niat kerana Allah Walau di mana berada Tapi Jauh di sudut hati tetap merindui kampungku SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DARI CIKSU SWEET SEKELUARGA
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Hanya 55 Minit

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Hanya 55 Minit

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 225 hits
Oleh AMREE AHMAD Raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan pagi tadi PUTRAJAYA Buat julung kali sambutan Hari Kebangsaan 2021 hanya akan berlangsung selama kira kira 55 minit susulan isu kebimbangan trend penularan wabak Covid 19 ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools