Merdeka Merdeka Merdeka Selamat Hari Merdeka Ke 64
hai assalammualaikum
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sama-sama Hayati Makna Kemerdekaan - Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 64. Setiap 31 Ogos, kita akan sambut bulan Kemerdekaan. Dua tahun kita meraikan Kemerdekaan dengan norma baru disebabkan covid. Tiada perarakan, tiada sambutan yang meriah. Bila fikir balik bagus juga macam ni, sekurang-kurangnya, kita dapat hayati makna kemerdekaan sebenar
Sebagai penduduk negara yang bertuah ini, marilah kita bersyukur kerana telah dikurniakan nikmat kemerdekaan, keamanan, kesejahteraan dan kedamaian seterusnya dapat dikekalkan. Kemerdekaan yang sebenar bukan sahaja kemerdekaan dari jajahan tanah air tetapi kemerdekaan dari semua aspek sama ada pemikiran, tingkah laku dan budaya
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sama-sama Hayati Makna KemerdekaanTema Merdeka tahun ni "Malaysia Prihatin" dengan logo rekaan bentuk hati dan warna jalur gemilang.Logo berbentuk hati melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum. Bertemakan Malaysia Prihatin marilah sama-sama kita semarakkan jiwa merdeka dalam kalangan masyarakat Malaysia dan bersatu untuk memartabatkan Malaysia di persada dunia
Kalau dulu kita nak bebas dari penjajah, kali ni, kita kalau boleh nak bebas dari corona walaupun boleh nampak bukan 100% kita akan bebas
Sebab itu kita perlu menjaga keamanan dengan baik. Mempertahankan tanah air dari anasir-anasir yang rosak yang boleh merosakkan anak bangsa daripada terhanyut. Berfikiran terbuka dan melihat perkembangan semasa
Jauhkan pertelingkahan yang merugikan diri dan negara. Islam mengajar kita untuk bersatu agar sentiasa kuat dan saling hormat mneghormati.
Rakyat Malaysia juga perlu sentaisa menjaga hubungan sesama bangsa dan agama. Memelihara keharmonian serta perpaduan rakyat supaya Malaysia sentiasa dalam keadaan sejahtera
Dalam waktu sekarang , kita perlu bekerjasama dalam membendung wabak corona ni. Kita sekarang sedang diuji dan perlu di uruskan dengan baik. Terima kasih kepada frontliner-frontliner yang bertukus lumus dalam menangani wabak ini.
Sentiasa terapkan kemerdekaan dalam diri. Sentiasa berfikir positif, bahawa kita boleh, pasti boleh!
Walau tiada sambutan di luar, dalam rumah pun boleh buat Sambutan Kemerdekaan.
Macam nad, anak dah masuk 6 tahun, sorang lagi 3 tahun. Waktu persekolahan ajar apa itu Bendera Malaysia, apa makna warna dan simbol bender, dan belajar negeri-negeri di Malaysia. Habis belajar PDPR, nad pulak tunjukkan semula supaya dia tak lupa
Pada masa sama, cerita apa itu Merdeka. Mungkin dia tak paham lagi, tapi sekurang-kurangnya kita bercerita dan sematkan Hari Kemerdekaan dalam diri dia.
Ingatkan dia dah masuk 6 tahun ni boleh ajar pergi ke Tugu Negara. Tapi disebabkan covid ni, semua rancangan tergendala.
Sudahnya sambut dekat rumah, nyanyi la lagu Merdeka puas-puas. Sambil tengok cerita berkenaan Medeka
Selamat Hari Merdeka semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2021/08/merdeka-merdeka-merdeka-selamat-hari.html