Antara Habuan Dan Prinsip



POLITIK Malaysia tidak pernah sunyi daripada kontroversi dan pergolakan.
Berpolitik sudah menjadi makanan ruji bukan sahaja menjelang atau semasa pilihan raya tetapi sepanjang masa.
Parti-parti yang membentuk kerajaan dan pembangkang dalam badan legislatif Persekutuan terus memperlekeh satu sama lain ada kalanya bukan atas soal-soal dasar tetapi kepentingan peribadi.
Terbaru, tindakan empat orang ahli Dewan Rakyat mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kekal sebagai ahli parti politik yang telah membolehkan mereka bergelar sebagai Yang Berhormat (YB) heboh diperkatakan.
Di satu pihak perbuatan mereka itu diklasifikasikan tidak bertentangan dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 atau Akta A 1663 yang diperkenalkan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada September tahun lalu.
Hal ini kerana empat orang wakil rakyat yang mewakili Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan Jeli secara rasmi kekal mewakili Bersatu.
Cuma kesetiaan kepada parti telah beralih arah. Sekiranya mereka keluar parti untuk menyertai blok kerajaan, kerusi Dewan Rakyat yang mereka wakili secara automatik akan menjadi kosong.
Pilihan raya kecil akan diadakan untuk mengisi kekosongan tersebut. Mereka pula diharamkan untuk bertanding semula serta-merta.
Oleh kerana mereka sayangkan kerusi Parlimen yang diwakili dan tidak rela berpisah dengan gelaran YB masing-masing, mereka memilih jalan yang dari segi undang-undang membolehkan mereka kekal mewakili kerusi Dewan Rakyat yang telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 lalu.
Justeru, kelompongan kepada undang-undang antilompat parti dimanfaatkan bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan tanpa perlu meninggalkan Bersatu dan pada waktu sama tindakan mereka itu membantu mereka untuk mendapatkan habuan politik, dari segi peruntukan pembangunan untuk kawasan Parlimen yang diwakili.
Mereka tidak peduli jika dengan berbuat demikian mereka digelar sebagai katak politik jenama baharu.
Mereka juga tidak kisah jika dituduh tidak lagi berpegang kepada prinsip perjuangan dan kesetiaan kepada parti yang telah memberi peluang untuk menjadi calon.
Bagi mereka yang penting mereka mendapat peruntukan pembangunan yang sama.
Memanglah di pihak satu lagi perkembangan terbaharu itu menggusarkan pimpinan Bersatu khususnya dan Perikatan Nasional (PN) umumnya kerana apabila ada wakil mereka gabungan tersebut berpaling tadah, maka bilangan ahli Parlimen berkurangan di Dewan Rakyat. Bersatu tentunya berdepan dengan dilema.
Kalau mereka dipecat, empat orang wakil rakyat yang disifatkan sebagai katak-katak politik yang boleh hidup dua alam itu, bebas untuk memilih parti mana yang ingin disertai dalam kerajaan.
Justeru, sebagai pengajaran pilihan yang ada hanyalah untuk menggantung keahlian mereka untuk tempoh lama.
Bagi blok kerajaan pula, sokongan yang dinyatakan oleh empat orang wakil rakyat tersebut adalah sesuatu yang dialu-alukan.
Bukan sangat kerana Kerajaan Madani memerlukan sokongan mereka, tetapi tindakan berpaling tadah mereka dilihat sebagai satu cara untuk melemahkan pihak pembangkang yang tidak putus-putus meratib untuk menumbangkan kerajaan.
Dalam politik Malaysia yang berteraskan zero sum game, gerakan untuk melemahkan pembangkang dan menguatkan kerajaan sudah menjadi lumrah. Kehadiran katak-katak politik memudahkan permainan itu berlaku.
Sekalipun ada undang-undang melarang wakil rakyat melompat parti, orang-orang politik mempunyai kepintaran luar biasa untuk memintas undang-undang yang mereka gubal sendiri.
Dalam kes empat orang wakil rakyat Bersatu ini jelas kepada umum bahawa berbanding dengan prinsip perjuangan dan kesetiaan kepada parti-parti politik yang diwakili, tawaran habuan jutaan ringgit atau kedudukan dan jawatan dalam agensi-agensi tertentu yang dikawal oleh pemerintah kekal berpengaruh untuk menarik sokongan wakil rakyat pembangkang supaya menyebelahi kerajaan.
Kalau segala-galanya dilakukan kononnya demi kepentingan rakyat yang diwakili bukan untuk memuaskan keserakahan dan kepentingan peribadi, mari kita sama-sama beri tabik hormat kepada mereka.
Chamil Wariya Pengarah VOA Media Network

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/antara-habuan-dan-prinsip.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Habuan Mengemis Dan Buat Tuntutan

Antara Habuan Mengemis Dan Buat Tuntutan

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 112 hits
Foto Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman tersenyum girang ketika bersalaman dengan Anwar Ibrahim di pejabat perdana menteri di Bangunan Perdana Putra tersirat pelbagai makna Ia mungkin jadi dorongan kepada sebilangan malah mungkin jug...
Sistem Rfid Mydigital Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sistem Rfid Mydigital Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 284 hits
MEMASUKI minggu kelima persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membincangkan hala tuju kerajaan berhubung sistem Pengecaman Frekuensi Radio di semua lebuh raya di negara ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlime...
Bertiga Lebih Baik Dari Berdua Ini Antara 5 Trio K Drama Paling Ikonik

Bertiga Lebih Baik Dari Berdua Ini Antara 5 Trio K Drama Paling Ikonik

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 347 hits
Selain hubungan percintaan romantis antara dua watak K Drama juga ada menyajikan kepada penonton tentang hubungan yang manis antara 3 watak ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 trio di dalam K Drama yang akan membuatkan ko...
Fazura Lancar Kopi Diet Trullycaffe Antara Rahsia Kekal Cantik Amp Langsing

Fazura Lancar Kopi Diet Trullycaffe Antara Rahsia Kekal Cantik Amp Langsing

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 187 hits
Selebriti dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin atau mesra disapa Faz telah melancarkan produk terbaharu kopi diet TrullyCaffe melalui jenama TrullyDolly semalam Fazura syukur lancar kopi diet rendah kalori Fazura berkata dia bersyukur kerana...
Polis Budak 12 Tahun Antara 3 Wanita Mangsa Eksploitasi Seks

Polis Budak 12 Tahun Antara 3 Wanita Mangsa Eksploitasi Seks

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 196 hits
Juwan Riduanbhnews bh com myKENINGAU Polis menyelamatkan tiga wanita termasuk kanak kanak berusia 12 tahun yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan eksploitasi seks susulan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan kel...
Tak Mahu Siakan Bakat Ini Antara 5 Pelakon Korea Bekerja Lebih 25 Tahun Dalam Industri

Tak Mahu Siakan Bakat Ini Antara 5 Pelakon Korea Bekerja Lebih 25 Tahun Dalam Industri

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 257 hits
Tidak mudah bagi seseorang pelakon untuk sentiasa kekal berada di atas Hal ini kerana akan ada banyak pesaing baharu pada masa akan datang ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pelakon lelaki Korea yang sudah berkerja sebag...
Tak Mahu Langgar Prinsip Fazura Tidak Jual Tudung Palestin

Tak Mahu Langgar Prinsip Fazura Tidak Jual Tudung Palestin

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 131 hits
Pelakon dan usahawan Fazura menyatakan bahawa dia tidak akan menghasilkan tudung bertemakan Palestin walaupun mendapat permintaan daripada peminat Memetik laporan mStar pelakon berusia 40 tahun itu berkata penghasilan tudung bertemakan Pale...
Sidang Mkmk Putuskan Arief Hidayat Tidak Melanggar Etik Namun Langgar Prinsip Kepantasan Dan Kesopanan

Sidang Mkmk Putuskan Arief Hidayat Tidak Melanggar Etik Namun Langgar Prinsip Kepantasan Dan Kesopanan

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 201 hits
Arief Hidayat melanggar Sapta Karsa Hutama prinsip kepantasan dan kesopanan terkait pernyataan di ruang publik yang merendahkan martabat MK
Penguat Kuasa Ditahan Minta Habuan Seks

Penguat Kuasa Ditahan Minta Habuan Seks

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 204 hits
BernamaSuspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi tujuan reman pagi tadi JOHOR BAHRU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang anggota agensi penguat kuasa di negeri ini kerana disyaki meminta habuan dalam bentuk seks...
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala

Video Gelagat Syed Saddiq Mahu Bella Astillah Lepas Rambut Netizen Terhibur Kenapa Orang Tepi Tu Serius Sangat

Spacex Kongsi Video Eksklusif Kilang Yang Hasilkan 15 000 Starlink Sehari