Antara Habuan Mengemis Dan Buat Tuntutan


 

Foto Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman tersenyum girang ketika bersalaman dengan Anwar Ibrahim di pejabat perdana menteri di Bangunan Perdana Putra tersirat pelbagai makna. Ia mungkin jadi dorongan kepada sebilangan, malah mungkin juga ejekan kepada sebahagian. Terserah kepada tafsiran masing-masing.
Pengesahan Suhaili yang menerima peruntukan selepas seminggu mengisytiharkan sokongan kepada perdana menteri pada 30 Okt lalu, membawa naratif kerajaan perpaduan tidak berolok-olok dalam menawarkan peruntukan pembangunan kepada anggota pembangkang yang sedia tampil berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan bersetuju dengan perjanjian seperti disyaratkan.
Dalam pada itu, Suhaili sebenarnya cuma mewakili satu daripada tiga versi berbeza wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) berkaitan isu peruntukan kepada anggota pembangkang yang terus menjadi kontroversi panas, dengan garis pemisah yang jelas di antara menerima habuan, bersifat mengemis dan menagih tuntutan.
Suhaili menampilkan versi lebih ‘direct’ – umum sokongan kepada Anwar, hadir berunding dan terima peruntukan. Oops tidak terkecuali juga menantikan hukuman daripada Lembaga Disiplin Bersatu sama ada berbentuk penggantungan keahlian seperti yang sudah ada duluan atau mungkin juga pemecatan.
Tentunya ia menarik untuk dinantikan sama ada tiga lagi Ahli Parlimen PN yang sudah menyatakan sokongan kepada Anwar bakal turut mengumumkan sama ada mereka juga mendapat peruntukan yang dicita-cita.
Versi kedua dikisahkan oleh Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor yang berikrar tidak lagi akan “mengemis” untuk menikmati dana berkenaan selepas merayu beberapa kali pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini hingga menjadi modal dipersendakan di media sosial. Tak perlu tunggu kerana kesimpulan sudah boleh dibuat bahawa Khlir perlu terus menggunakan duit poketnya untuk sedekah kematian.
Kemudian, ada versi ketiga daripada seseorang yang mungkin bertambah cerdik daripada pengalaman terdahulu rakan-rakannya dalam PN. Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menuntut agar peruntukan pembangunan RM30 juta diluluskan dahulu sebagai ‘harga’ sokongannya kepada kerajaan perpaduan selepas itu.
Secara teknikalnya, Syed Abu Hussin belum boleh dikira menyokong perdana menteri, dengan kiraan terakhir masih kekal empat — Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli). Dan seperti Ketereh, kita pun tahu Bukit Gantang tidak akan mendapat peruntukan pembangunannya.
Tidak hairanlah pendirian bersyarat yang dumumkan Syed Abu Hussin itu tidak mengundang banyak reaksi sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang kerana tiada apa yang pasti. Pengumumannya itu lebih bersifat membuat tuntutan sambil cuba menduga-duga jika kerajaan akan memenuhinya.
‘Throwback’ kepada ketegasan Anwar ketika menjawab pertanyaan Khlir di Dewan Rakyat 19 Sept lalu, perdana menteri berkata isu agihan peruntukan kepada pembangkang hendaklah dibincang dengan Fadillah. Kaedah itu, jelasnya, adalah sama seperti ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan.
“Ini bukan hak Ahli Parlimen. Runding, setuju kita luluskan. Kalau tak sampai bila-bila pun kita tak luluskan. Runding, jangan sombong dan angkuh tuntut,” katanya. Di sebalik pelbagai cercaan dan desakan sesudah itu, Anwar masih belum mengubah pendiriannya yang bermakna syarat asal itu kekal.
Malah, selepas Ahli Parlimen Pasir Mas dari PAS Ahmad Fadhli Shaari lantang mempersoalkan di Dewan Rakyat terhadap apa perlunya berunding untuk dapatkan peruntukan sama rata, Anwar berkata kerajaan tidak mempunyai niat jahat untuk menahan peruntukan tetapi mereka hendaklah mengadakan rundingan, yang disusuli jaminannya, “Hari ini berunding, tandatangani prinsip-prinsip perjanjian, esok peruntukan diluluskan”.
Kenyataan Suhaili mengesahkan perkara itu tanpa perlu disangsi.
Terbaru, Bersatu mengumumkan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis selepas empat Ahli Parlimennya menyokong perdana menteri bagi mendapatkan peruntukan. Mendakwa wujud unsur ugutan dan rasuah dalam tindakan wakil rakyat itu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberi contoh Iskandar dan Mohd Azizi yang memaklumkan mereka diberikan tawaran serta ugutan sebelum bertindak menyokong Anwar.
Biarlah laporan berkenaan dibuat dahulu dan biarlah siasatan dimuktamadkan tanpa sesiapa harus membuat andaian semua yang didakwa itu benar belaka atau sekadar alasan semata-mata.
Persoalannya, adakah keperluan mendesak di pihak kerajaan untuk meningkatkan jumlah sokongan kepadanya ketika ini walhal majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat sudah pun kuat dan stabil dengan lebih daripada 2/3?
Seperti dinyatakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan pada 4 Nov lalu bahawa partinya tidak terlibat sama sekali dalam usaha menarik sokongan Ahli Parlimen PN untuk menyokong perdana menteri. Tambahnya, tiada pimpinan Umno yang terlibat memujuk Ahli-ahli Parlimen PN itu, malah tiada keperluan untuk menarik sokongan daripada pihak pembangkang kerana kerajaan perpaduan sudah mempunyai 148 Ahli Parlimen.
Juga ia menepis kenyataan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Seperti dinyatakan awal tadi, pilihan ada di tangan mereka – sama ada sokong untuk menerima habuan, berdiam diri dan kekal dengan keadaan yang ada atau cuba-cuba untuk menagih tuntutan.
“Bincang dengan baik, jangan sombong,” kata Anwar mengulangi nasihatnya di samping tidak pun kisah jika kerajaan terus dituduh zalim, ia bukan mengikut cara Islam seperti dibangkitkan Presiden PAS Hadi Awang atau ia gerakan terancang untuk melemahkan pembangkang dengan menggunakan sogokan dan ugutan terhadap Ahli-ahli Parlimen seperti didakwa Muhyiddin - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/antara-habuan-mengemis-dan-buat-tuntutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Habuan Dan Prinsip

Antara Habuan Dan Prinsip

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 174 hits
POLITIK Malaysia tidak pernah sunyi daripada kontroversi dan pergolakan Berpolitik sudah menjadi makanan ruji bukan sahaja menjelang atau semasa pilihan raya tetapi sepanjang masa Parti parti yang membentuk kerajaan dan pembangkang dalam ba...
Tak Mahu Siakan Bakat Ini Antara 5 Pelakon Korea Bekerja Lebih 25 Tahun Dalam Industri

Tak Mahu Siakan Bakat Ini Antara 5 Pelakon Korea Bekerja Lebih 25 Tahun Dalam Industri

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 242 hits
Tidak mudah bagi seseorang pelakon untuk sentiasa kekal berada di atas Hal ini kerana akan ada banyak pesaing baharu pada masa akan datang ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pelakon lelaki Korea yang sudah berkerja sebag...
Pas Persefahaman Keharmonian Antara Agama

Pas Persefahaman Keharmonian Antara Agama

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 206 hits
Kelantan promosi toleransi terhadap agama lainKOTA BHARU Sejak era pentadbiran Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Kelantan serius mempromosikan sikap hormat dan toleransi terhadap agama agama lain Timbalan Menteri Besar Dato Dr ...
Polis Budak 12 Tahun Antara 3 Wanita Mangsa Eksploitasi Seks

Polis Budak 12 Tahun Antara 3 Wanita Mangsa Eksploitasi Seks

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 177 hits
Juwan Riduanbhnews bh com myKENINGAU Polis menyelamatkan tiga wanita termasuk kanak kanak berusia 12 tahun yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan eksploitasi seks susulan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan kel...
Sistem Rfid Mydigital Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sistem Rfid Mydigital Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 237 hits
MEMASUKI minggu kelima persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membincangkan hala tuju kerajaan berhubung sistem Pengecaman Frekuensi Radio di semua lebuh raya di negara ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlime...
Penguat Kuasa Ditahan Minta Habuan Seks

Penguat Kuasa Ditahan Minta Habuan Seks

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 191 hits
BernamaSuspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi tujuan reman pagi tadi JOHOR BAHRU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang anggota agensi penguat kuasa di negeri ini kerana disyaki meminta habuan dalam bentuk seks...
Video Jelang Tuntutan Haris Fatia Jaksa Bongkar Soal Konflik Kepentingan Luhut Di Bisnis Tambang

Video Jelang Tuntutan Haris Fatia Jaksa Bongkar Soal Konflik Kepentingan Luhut Di Bisnis Tambang

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 164 hits
Haris Azhar dan Fatia Maulidiyanti menjalani sidang tuntutan kasus dugaan pencemaran nama baik terhadap Luhut Binsar Pandjaitan
2 Penjawat Awam Ditahan Kemuka Tuntutan Palsu

2 Penjawat Awam Ditahan Kemuka Tuntutan Palsu

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 147 hits
Sumber berkata suspek pertama ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan manakala suspek kedua di rumahnya kira kira 1 tengah hari KOTA BHARU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan menahan dua penjawat awam ha...
Boikot Tuntutan Maslahah Umum Dalam Isu Boikot Produk Israel

Boikot Tuntutan Maslahah Umum Dalam Isu Boikot Produk Israel

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 260 hits
Dr Mohd Farhan Md AriffinUniversiti Kebangsaan MalaysiaISU boikot produk Israel dan sekutunya di Malaysia semakin panas dengan ada pihak yang menyokong penuh menyokong dengan pilihan menentang tiada perasaan dan tidak kurang ada yang tawaqq...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet