Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat


 Salam to all readers,





| Antara Aktiviti yang Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (Covic-19) | Semalam, diumumkan sekali lagi bahawa PKPB akan bersambung bermula 9 Nov sehingga 6 Dec 2020 (4 minggu). Serupa PKPKPKP pula dah, Perintah Kawalan Pergerakan Kecuali Pahang, Kelantan, Perlis (3 negeri ini bebas). Bila PKPB ini bersambung, automatik ramai yang kena work from home (hanya segelintir majikan masih membenarkan pekerja datang ke office secara rotate).


Hari ini aku nak share sikit, aktiviti yang boleh korang boleh lakukan sepanjang duduk di rumah supaya lebih produktif. Best tau duduk rumah, boleh dapat relax sikit. Tambah-tambah, masa masuk universiti punyalah tak sabar nak kerja, sekarang dah kerja sibuk nak bercuti, nak relax-relax. Now, ambil kau duduk rumah je tahun ini.


Jom tengok aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang duduk rumah dalam tempoh PKPB bersama keluarga ini.


1) Luangkan Masa Bersama Keluarga




Kalau dulu sikit punya susah nak berkumpul kan? Now adalah masanya korang boleh spent masa bersama keluarga (terutama parent yang dapat work from home) Antara aktiviti yang korang boleh lakukan sepanjang berada di rumah bersama adalah;

Menonton television/ komedi story
Kalau dulu boleh dibilang berapa kali sahaja boleh tengok television bersama kan? Now, kalau semua dah ada dalam satu rumah ambillah peluang ini menonton television bersama anak-anak, mak, ayah, atuk dan nenek. Bergelak ketawa bersama-sama, indahnya. Aku dulu waktu zaman sekolah layan cerita Pendekar Bujang Lapok dengan atuk aku siar 2 3 kali tetap tak bosan tengok. Maybe, korang boleh layan drama pukul 7.00pm tu bersama-sama sambil menunggu sumpah seranah. Kalau ada astro, bolehlah layan cerita-cerita P. Ramlee di siaran 105, kalau ada lagi. Aku pun dah lama tak layan astro. Netflix pun dah banyak cerita tak tengok.




Kemas halaman rumah/ berkebun bersama
Sekiranya, rumah korang ada halaman yang luas apa kata korang olah jadi mini kebun, seperti menanam cili, tomato, serai, pucuk ubi, limau nipis. Tangan aku panas memang tak ada baka nak menanam, hanya mak aku yang ada qualified untuk bercucuk tanam (macam-macam sayur dia tanam sepanjang PKPB ini tomoto ada, apa bayam viral tu sampai bergaduh dengan kucing sebab lenyekkan pokok dia. Kalau minat tanam pokok bunga kertas ke orkid ke buatlah sekarang. Dalam pada buat suka-suka, halaman korang pasti nampak indah bila tiba musim bunga


Sapu sawang-sawang yang ada, jangan tunggu raya baru pulun kemas semua sakit urat sendi nanti. Siapa yang duduk rumah kayu, kena kerah sikit tenaga cepat berhabuk. So, kena rajin lap beranda, rumah bersih malaikat pun suka


Aku kalau balik kampung, rutin aku hanya sapu halaman rumah, dimana daun-daun rimbun menyembah bumi. Dah siap sapu-sapu, bakar sampah. Sesungguhnya, halaman rumah bersih, pasti menenangkan. Kalau ada newspaper lama-lama, tin-tin kosong, barang elektrik longgokkan satu tempat panggil orang besi buruk angkut (dapatlah duit beli cekedis sikit)


Solat berjemaah/membaca Al-Quran/ Berpuasa

Bagi mereka yang beragama Islam inilah masa terbaik korang boleh gunakan bersama keluarga. Kalau dulu boleh dibilang berapa kali kita berjemaah bersama. Now, bila dapat berkumpul 1 family bolehlah melakukan solat berjemaah bersama keluarga. Lepas solat boleh praktikkan membaca Al-Quran bersama-sama (dapat sehelai 2 muka surat lepas setiap solat pun dah boleh)


Even aku sendiri tengah praktikkan membaca Al-Quran lepas setiap kali solat. Nak praktikkan solat sunat je punyalah payah. Bagi kaum wanita yang masih belum ganti puasa, inilah masa yang terbaik melakukan ganti puasa/ lakukan puasa sunat Isnin & Khamis pun menarik. Takyah masak banyak kali


Mencuba pelbagai resepi

Kalau awal-awal dulu PKP macam-macam resepi aku buat sebab waktu tu zaman puasa. Macam-macam nak makan, tahu-tahu berat badan pun naik sekali. Jadi, kali ini PKPB aku cuba buat resepi yang simple-simple untuk dimakan. Benda manis-manis kukurangkan. Banyak sahaja orang share resepi sedap-sedap tau dekat laman sosial. Pada mereka yang ada anak perempuan di rumah, inilah masanya korang spend masa bersama mak korang di dapur melakukan eksperimen makanan


Benda tak tahu boleh belajar orang kata. Sedap tak sedap belakang kira. Pada mereka yang nak cuba buat Nasi ayam penyet boleh refer link di bawah


>> Resepi Mudah Buat Ayam Penyet
>> Resepi Kek Coklat Pisang Moist yang Enak

Bersukan/ Beriadah Bersama Keluarga

Selain, tontong television, berkebun, kesihatan turut kena jaga. Bolehlah lakukan senaman dalam rumah. Sungguhpun banyak hutan di Selangor, nak ke taman pun rasa was-was boleh cuba melakukan senaman di dalam rumah. Ada youtube? Buka channel zumba, tabata connect dengan digital television, himpun satu family depan tv dan lakukan bersama


Ada satu game gear box/ atau apps senaman boleh cuba godek-godek tengok. Aku sekarang spend masa buat skipping sahaja hari-hari. Duduk terbaring je, lemau pula badan nanti



2)  Work From Home


Kalau ikutkan kerja dari rumah lagi memenatkan dibandingkan duduk di office. Jadi bagi mengelakkan anda rasa cepat bosan. Jom ikuti aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di rumah



Lakukan Kerja Rumah yang Tertangguh

Even aku duduk rumah bujang sekalipun macam-macam boleh buat duduk di rumah. Kalau masuk office 3 hari sekali baru basuh baju kan? Sekarang, rutin harian sepanjang WFH, bangun pagi-pagi mandi, kemas rumah, basuh baju, cuci bilik air. Sambil-sambil melangngut depan laptop curi-curi masa pergi buat kerja rumah. Pagi-pagi tu dah siap bawa keluar barang basah untuk dimasak tengahari. 

Aku prefer masak sendiri berbanding beli di luar. If aku malas sangat aku makn roti je tak pun blend air pisang. Dah kenyang. Siapa kedua-dua parent WFH di rumah memang penat sikitlah kena bergilir-gilir buat kerja rumah sambil jaga anak kecil (sekiranya ada anak kecik). Kalau ada anak yang sekolah menengah bolehlah tolong tengokkan adik-adik sambil tunggu mak masak ke, ayah basuh baju



Make sure telefon kena mood on, buatnya BOSS call urgent matter kena buatlah immediatelly



Blogger/ Influencer

Pada mereka yang bergelar blogger, influencer, youtuber waktu PKPB inilah masa terbaik korang asah skill korang untuk brand awareness. Pada blogger boleh tingkat mutu dan kualiti content supaya menepati ciri-ciri SEO. Banyak juga job yang blogger/influencer yang boleh dilakukan sepanjang di rumah. Rajin dengan tidak sahaja. Aku akui ramai yang kehilangan kerja sekarang, so daripada duduk sahaja di rumah tanpa lakukan apa-apa dikira buang masa. So jom, jana pendapatan melalui skill penulisan, videographer, tak ada nama jangan risau (pastikan ada smartphone pun sudah memadai)


>> Jana Income Menggunakan Smartphone Sahaja! {Like + Follow]
>> Cara Hasilkan Blog Mesra SEO

Servis jual makanan di area kawasan rumah

Had ini boleh lakukan pada hujung minggu, ataupun pada mereka yang dah kehilangan kerja. Sekiranya korang ada bakat memasak, ataupun pernah buat jualan makanan inilah masanya korang boleh lakukan. Orang Malaysia sungguhpun ekonomi merundum, bab makan dia memang terisi sepanjang masa. Jadi jangan takut, pastikan makanan yang korang jual tu sedap. Janganlah indah khbar dari rumah. 

Promote dekat kawan-kawan, keluarga, sosial media twitter paling laju kalau nak diviralkan. Jadi, guna segala medium yang ada untuk mempromosikan jualan makanan yang korang offer. Tak kisah jual jeruk, nasi ayam, kek sekalipun. Post je, aku scroll-scroll makanan terbeli juga nak merasa. Sama-sama kita tolong bangunkan semula orang kita. 


Servis penjagaan anak

Sekiranya korang berpengalaman jaga budak-budak (especially budah 5 tahun ke bawah) inilah masanya korang iklan diri korang. tambah-tambah sekarang banyak taska tutup, parent pun serabut nak hantar anak ke mana. Boleh dibilang dengan jari berapa kerat sangatlah tempat kerja yang open tempat asuhan anak-anak untuk pekerja. Kalau dua-dua parent kerja sakitlah nak memikirkan nak hantar ke mana. Dapat jaga seorang budak pun dah cukup untuk test market. Aku memang tak ada bakatlah untuk jaga budak. 


Jangan malu if kau ada degree tapi kena asuh budak-budak (ala-ala bibik tak glamour). Aku tengok market demand, gaji orang jaga budak lagi tinggi okay dari orang kerja ada tittle. Percaya dan yakin sesuatu yang korang buat okay. Tengok-tengok, bermain dengan dia, bagi makan, salinkan pampers if terberak/terkencing



3) Pantau Anak-anak dalam Pembelajaran

Ulangkaji pelajaran anak-anak bersama
Tahun ini paling susah punya pembelajaran untuk anak-anak baik bangku sekolah rendah, menengah mahupun univerisiti. Hampir separuh tahun anak-anak habiskan masa dirumah dengan menghadap selibus baru iaitu didedahkan kelas online. Kesian juga pada yang tinggal dekat ulu kampung. Tak semua ada jalur lebar internet di rumah. Nak tak nak jalur lebar internet benda wajib kena ada di rumah setiap sorang, untuk memudahkan pembelajaran anak-anak. Dalam pada masa yang sama ibu bapa kenalah pantau juga apa yang anak-anak belajar dan hadap. If tak faham bantu didik dia. Sekarang banyak alternatif yang cikgu-cikgu, kelas tuisyen buat iaitu pembelajaran secara online


Waktu aku dulu sempatlah menghabiskan masa dekat cyber cafe. Kayuh basikal ke pekan semata-mata nak guna komputer. Cepat sangat peredaran zaman pembelajaran berubah. Buku ABC tu pun selibus sekarang boleh tahan advanced lagi sekarang



Fokus Anak-anak yang menduduki peperiksaan (UPSR, PMR, SPM)

Agak-agak mencabar buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak menduduki peperiksaan besar. Nak tak nak korang kena beri fokus kepada mereka. Encourage mereka supaya perbanyakkan study, buat latihan, ulangkaji pass exam. Aku perasan banyak keluhan daripada ibu bapa bekerja yang khuatir dengan anak-anak yang bakal menduduk peperiksaan besar. Apa-apa pun sama-sama berusaha dan tawakal


Beri ruang anak-anak bermain game

Nak merayap keluar tak boleh jadi dalam sibuk memberi pendedahan supaya anak-anak belajar, buat homework berikan mereka sedikit ruang untuk bermain game. Apa orang kata release tention gitu. Mainlah apa-apa game digital yang boleh bagi dia ketawa, terhibur, kurangkan tekanan. Macam-macam game digital boleh dimain sekarang seperti PUBG, GameBoy, Candy Crush dan macam-macam lagi. Aku pun tak sure game apa lagi ada sebab aku tak addicted dengan game pun




Ikutkan banyak lagi aktiviti boleh korang buat di rumah dengan keluarga sepanjang PKPB ini. Apa-apapun, duduk sahajalah di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar. Sabar sikit kalau kaki tu asyik nak merayap. Sekarang kita tengok, kes makin lama makin mendadap naik. Kalau tak mampu nak bantu dari segi rawatan, jangan menyusahkan orang. Duduk sahaja di rumah diam-diam sehingga kita jumpa vaksin untuk hindarkan Covic ini


Nak keluar sekarang pun rasa takut. Sebab apa? Sebab kita pun tak sure orang yang kita selisih, jumpa tu positif covic-19 ke tidak. Jadi, tolong belajar bersabar sikit, duduk rumah diam-diam sambil patuh SOP, kerap cuci tangan, pakai pelitup mulut, dan pakai hand sanitizer


Thanks you for reading















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2020/11/antara-aktiviti-yang-boleh-dilakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Apa Yang Boleh Apa Yang Tidak

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Apa Yang Boleh Apa Yang Tidak

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 342 hits
Berikut antara panduan yang mungkin boleh membantu anda Adakah keluar rumah dibenarkan Boleh namun hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar untuk memberi barang keperluan Bagi mereka yang mahu keluar bekerja mereka dibenarkan...
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Akan Dilaksanakan Di Seluruh Negeri Di Semenanjung Bermula 9 Nov Hingga 9 Dec

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Akan Dilaksanakan Di Seluruh Negeri Di Semenanjung Bermula 9 Nov Hingga 9 Dec

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 545 hits
Perintah kawalan pergerakan bersyarat akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis Pahang dan Kelantan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata ia dilaksanakan untuk tempoh 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember...
Sop Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat 9 Nov 6 Dis 2020

Sop Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat 9 Nov 6 Dis 2020

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 586 hits
Maklumat SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis Pahang dan Kelantan selama 4 minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020 PKPB di Selangor Kuala Lumpur Putrajay...
Risau Sakit Lama Amalan Sepanjang Hamil Doa Mudah Bersalin Ini Boleh Amalkan

Risau Sakit Lama Amalan Sepanjang Hamil Doa Mudah Bersalin Ini Boleh Amalkan

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 598 hits
Apabila diri disahkan hamil tiada ungkapan lain yang keluar dari mulut seorang ibu kecuali Alhamdulillah Tanpa sedar air mata kegembiraan ini mengalir secara tiba tiba Lagi lagi yang memang dah menantikannya Namun fasa setiap kehamilan dan ...
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Pkpb

Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Pkpb

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 339 hits
Ekoran kes Covid 19 kian semakin meningkat dan amat membimbangkan kerajaan terpaksa memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dibeberapa buah negeri Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika PKPB Credit Pic Menerus...
Kena Asah Skil Motor Halus Anak Dari Awal Lagi Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Cuba Baru Anak Tak Asyik Dengan Gajet

Kena Asah Skil Motor Halus Anak Dari Awal Lagi Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Cuba Baru Anak Tak Asyik Dengan Gajet

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 464 hits
Perkembangan setiap anak kecil mungkin berbeza beza tapi jika ingin mengasah kemahiran motor halus anak beberapa aktiviti yang akan menyeronokkan si kecil akan mengalihkan perhatian anak dari gajet Malah tak perlu tunggu anak usia enam tahu...
Satu Adunan Boleh Bakar Atau Kukus Resipi Kek Pisang Ringkas Ni Memang Superb

Satu Adunan Boleh Bakar Atau Kukus Resipi Kek Pisang Ringkas Ni Memang Superb

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 436 hits
Hujung minggu pastinya masa untuk mencuba pelbagai resipi buat anak anak dan suami Bosan dengan kek coklat apa kata kita cuba sediakan kek pisang pula untuk anak anak Menariknya kek pisang ini boleh dikukus atau pun dibakar menggunakan resi...
Dasar Baru Pekerja Boleh Sebabkan Pelabur Lari Kata Dewan Perniagaan

Dasar Baru Pekerja Boleh Sebabkan Pelabur Lari Kata Dewan Perniagaan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 301 hits
Dasar baru pekerja yang mula berkuat kuasa pada 1 Nov ini memberi keutamaan kepada pekerja tempatan berbanding pekerja warga asing dan kakitangan ekspatriat PETALING JAYA Dasar baru kerajaan berkaitan pekerja asing boleh menyebabkan pelabur...
Xiaomi Mungkin Sedang Membangunkan Telefon Boleh Lipat Dengan Kamera 108mp Cip Snapdragon

Xiaomi Mungkin Sedang Membangunkan Telefon Boleh Lipat Dengan Kamera 108mp Cip Snapdragon

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 301 hits
Kita sedia melihat Samsung dan Huawei hadir dengan telefon menggunakan skrin boleh lipat mereka tersendiri Selain kedua duanya dengan Xiaomi yang kini turut menduduki tangga ketiga dalam arena telefon pintar turut sedang melihat untuk hadir...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien