Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Pkpb


Ekoran kes Covid-19 kian semakin meningkat dan amat membimbangkan, kerajaan terpaksa memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibeberapa buah negeri.
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika PKPB (Didenda Jika Melanggar Perintah)
Credit Pic : SUMBER
Menerusi sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB dilaksanakan di seluruh semenanjung kecuali negeri Perlis, Pahang dan Kelantan untuk tempoh 4 minggu iaitu dari 9 November hingga 6 Disember ini.
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika PKPB (Didenda Jika Melanggar Perintah)
Berikut adalah di antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah berkuat kuasa dalam kawasan pelaksanaan PKPB di semua negeri yang terlibat.
Perlu diingatkan !! Jika anda enggan patuh pada arahan, anda boleh dikenakan denda RM1000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
1.  Hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli dan mendapatkan makanan dan barangan keperluan lain. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan berada di kawasan khalayak ramai dan awam.
2. Perjalanan bagi rentas negeri dan rentas daerah dari atau ke kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali berlakunya kes-kes yang berkait dengan kecemasan atau kematian. Anda perlu mendapat permohonan pergerakan daripada PDRM terlebih dahulu sebelum merentas negeri.

3. Semua pekerja dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah dengan syarat pekerja perlu mengemukakan pas pekerja yang sah dengan butiran terperinci atau surat kebenaran daripada majikan masing-masing. Pekerja yang tempat tinggal dan tempat bekerja berada di daerah yang sama tidak perlu mengemukakan pas pekerja atau surat majikan. Kerajaan menggalakkan majikan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah.
4. Bagi yang perlu merentas negeri perlulah mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan rentas negeri. Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya di negeri-negeri yang sedang menjalani PKPB.
5. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi seperti biasa.

 
6. Restoran makanan, kedai atau gerai makan, food truck makan, penjual tepi jalan, penjaja beredar, pekedai runcit dan kedai serbaneka, medan selera atau pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja.
7. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu (Delivery), penghantaran atau bungkus sahaja. Walaubagaimanapun makan dipremis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun terhad kepada dua orang untuk 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
8. Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Operasi pasar borong pula adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam sahaja. Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan dari anggota RELA.

9. Waktu operasi bagi stesen minyak pula adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam).
10. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi dan e-hailing yang lain dibenarkan beroperasi seperti biasa.
11. Perkhidmatan teksi dan e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang sahaja) dan penghantaran makanan juga dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
12. Kenderaan yang membawa barangan dan perkhidmatan perlu sertakan rangkaian aktiviti ekonomi atau industri dibenarkan keluar masuk.
13. Bagi pemandu kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
14. Waktu operasi rawatan klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
15. Semua kenderaan yang berkaitan dengan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan merentas daerah dan negeri boleh beroperasi seperti biasa.
16. Semua aktiviti rehat, riadah, rekreasi dan kebudayaan adalah tidak dibenarkan langsung. Aktiviti hiburan juga termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang juga adalah tidak dibenarkan.
17. Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor pula tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.
18. Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal pergerakan, sukan bertempur dan penganjuran sukan atau apa-apa sukan kejohanan juga TIDAK DIBENARKAN.

 
19. Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.
20. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) & Swasta (IPTS), Institut Latihan Kemahiran (ILK), sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak diarahkan ditutup dalam tempoh yang diumumkan tersebut.
21. Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video call atau secara maya manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan sama sekali.
22. Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan mahupun sektor swasta, majlis sosial seperti kenduri arwah, majlis kenduri perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, majlis ulang tahun, majlis hari kelahiran, reunion sekolah dan lain-lain majlis sosial adalah  tidak dibenarkan.
23. Semua sebarang aktiviti berkaitan pelancongan ke luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Setakat ini, negeri Pahang, Perlis dan Kelantan di bawah SOP Perintah Kawalan Permulihan.
Sebarang perubahan pindaan tertakhluk kepada pindaan daripada pihak berkuasa tempatan.
Jadi kekal duduk di rumah jika tiada sebarang urusan penting. Terus mengikut SOP seperti memakai pelitup muka, sentiasa cuci tangan dan jaga penjarakan sosial.
SUMBER
Baca Juga : Mengapa Perlu Dikuarantin Selama 14 Hari?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2020/11/perkara-yang-tidak-boleh-dilakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Boleh Dipendekkan Ke 2 Minggu Jika Lengkung Jangkitan Covid 19 Berjaya Diratakan Lebih Awal

Pkpb Boleh Dipendekkan Ke 2 Minggu Jika Lengkung Jangkitan Covid 19 Berjaya Diratakan Lebih Awal

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 325 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis Kelantan dan Pahang boleh dipendekkan daripada empat kepada dua minggu jika lengkung jangkitan COVID 19 berjaya diratakan lebih awal Ketua...
8 Perkara Yang Perlu Di Elak Ketika Hamil

8 Perkara Yang Perlu Di Elak Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 294 hits
hi there sewaktu mengandung atau berbadan dua wanita hamil sangat perlu berjaga jaga dalam banyak hal Terutamanya melibatkan kandungan yang dibawanya Dalam adat orang orang lama sekalipun terdapat pelbagai pantang dan larang terhadap wanita...
Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 348 hits
Salam to all readers Antara Aktiviti yang Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Semalam diumumkan sekali lagi bahawa PKPB akan bersambung bermula 9 Nov sehingga 6 Dec 2020 Serupa PKPKPKP pula dah Perintah Kawalan P...
Hiburan Dikecam Teruk Ketika Menyanyi Di Vokal Mania Nuha Bahrin Tampil Mohon Maaf

Hiburan Dikecam Teruk Ketika Menyanyi Di Vokal Mania Nuha Bahrin Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 442 hits
Dilihat keterlaluan ketika menyanyi dalam sebuah rancangan realiti Vokal Mania di TV3 penyanyi baharu Nuha Bahrin sehingga kini tidak henti henti dikecam netizen Bagaimanapun Nuha tampil memohon maaf kepada penonton atas segala kesilapan ya...
Ditinggalkan Suami Ketika Hamil Keluar Kerja Pernah Bungkus Anak Dalam Plastik Baju Hujan

Ditinggalkan Suami Ketika Hamil Keluar Kerja Pernah Bungkus Anak Dalam Plastik Baju Hujan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 429 hits
Saat mendapat tahu diri hamil pastinya seorang isteri mengharapkan suami sentiasa berada di sisi untuk memberi semangat dan sokongan saat diri rasa tak mampu Namun bagi wanita cekal ini kisah hidupnya bersama anak lelaki nyata sesuatu yang ...
Kerajaan Kaji Akta Proses Pilihan Raya Ketika Pandemik Covid 19

Kerajaan Kaji Akta Proses Pilihan Raya Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR 2 NOV Kerajaan akan mengkaji cadangan mewujudkan akta tertentu yang melibatkan proses pilihan raya bagi mengekang penularan wabak Covid 19 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata tidak dinafi...
Kita Resah Ketika Diuji

Kita Resah Ketika Diuji

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 216 hits
KITA RESAH KETIKA DIUJI Kita sentiasa menghadapi dugaan dalam kehidupan kita dan ia tidak akan pergi dengan mudah kerana setiap manusia yang hidup akan diduga Kita tidak mampu menentukan dan mengawal apa yang bakal terjadi pada peristiwa ya...
Mpv Dinaiki Terbalik Konstabel Maut Dalam Kemalangan Ketika Mengejar Kereta Dipercayai Penjenayah

Mpv Dinaiki Terbalik Konstabel Maut Dalam Kemalangan Ketika Mengejar Kereta Dipercayai Penjenayah

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 294 hits
Seorang anggota polis maut dalam kemalangan manakala rakan setugasnya cedera parah selepas kenderaan unit peronda polis dinaiki mereka terbalik ketika mengejar sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai penjenayah di Jalan Kangkar Tebrau Jalan T...
Gadis Ini Cuba Cover Line Ketika Ditemubual Wartawan Dan Akhirnya Kejadian Melucukan Berlaku Video

Gadis Ini Cuba Cover Line Ketika Ditemubual Wartawan Dan Akhirnya Kejadian Melucukan Berlaku Video

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 420 hits
Pengalaman ditemubual dalam televisyen adalah satu pengalaman yang menerujakan kerana seluruh negara boleh melihat kita melalui media perdana dan sosial selain turut mendebarkan kerana pastinya kita takut akan tersalah cakap atau aksi sekal...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Eka Heights Kediaman Baru Yang Moden Dan Selesa

Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain