Antara Air Mata Rosmah Kambing Hitam Dan Gelaran First Lady Of Malaysia



SHAH ALAM – Episod tiga hari pembelaan diri dalam kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membuatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjadi tumpuan rentetan gugurnya air mata isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.
Malah Rosmah dalam prosiding tiga hari itu juga didakwa menjadi kambing hitam dan pada hari ketiga pada Khamis, pihak pendakwaan mempersoalkan gelaran First Lady of Malaysia terhadap dirinya.
Pada hari pertama, pembelaan dalam kes Rosmah akan membuktikan isteri bekas Perdana Menteri itu dijadikan kambing hitam dalam kes projek solar hibrid membabitkan 369 sekolah luar bandar di Sarawak, sedangkan bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor merupakan dalang sebenar kes projek solar berkenaan.
Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang membacakan pernyataan pembukaan kes di Mahkamah Tinggi pada Selasa berkata, pendakwaan ke atas anak guamnya adalah suatu pendakwaan terpilih.
Beliau berkata, ia juga berniat jahat dan mala fide kerana individu yang bertanggungjawab dan dalang dalam kes itu, yang meminta dan menerima wang seperti yang dinyatakan dalam tiga pertuduhan tersebut adalah Rizal.
“Tindakan pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan terhadap Rizal dan kemudian memilihnya sebagai saksi pendakwaan ke-21, jelas menunjukkan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan Rizal.
“… dan Rizal selaku saksi utama terpaksa memberi keterangan palsu di mahkamah untuk memerangkap dan mengaitkan anak guam saya dengan tiga pertuduhan itu,” kata Akberdin pada hari pertama prosiding pembelaan diri Rosmah bagi tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Akberdin berkata, sekiranya Rizal tidak bekerjasama dengan pihak pendakwaan untuk menuduh Rosmah dengan keterangan palsu, maka pendakwaan akan meneruskan dakwaan ke atas Rizal dengan pertuduhan-pertuduhan baharu.
Beliau berkata, Rizal pada awalnya turut didakwa bersama-sama Rosmah telah mempergunakan kedudukannya dan menggunakan nama anak guamnya sehingga kebanyakan tindak-tanduknya adalah di luar pengetahuan Rosmah, demi mencapai kehendak dan matlamat peribadi dan politik Rizal, tanpa pengetahuan Rosmah.
Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Sementara itu, Akberdin berkata, Rosmah juga dijadikan kambing hitam oleh pihak-pihak lain yang tidak kompeten dalam pentadbiran kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan ketika itu yang bersekongkol dengan pihak Jepak Holdings Sdn Bhd.
Hari kedua pembelaan pula menyaksikan Rosmah mengalirkan air mata selepas gagal mengawal emosinya ketika perbicaraan kes rasuah terhadapnya.
Rosmah tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi prosiding bela diri kes tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak
Beliau berkata, tindakan sepatutnya diambil terhadap lima saksi pendakwaan tetapi itu tidak berlaku.
Beliau mendakwa ini “demi menutup aib masing-masing yang kini telah tersingkap ke khalayak umum”.
Rosmah yang memberi keterangan bersumpah berkata, saksi berkenaan sebaliknya telah dipanggil memberi keterangan terhadapnya sedangkan beliau tiada sebarang jawatan dalam kerajaan atau kuasa untuk meluluskan sebarang projek.
Lima orang yang dimaksudkannya adalah bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Madinah Mohamad dan Alias Ahmad, bekas pembantunya Rizal Mansor, serta Pengarah Urusan Jepak Holding Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
“Ini adalah perbuatan zalim dan kejam terhadap saya dan keluarga saya. Ini juga adalah suatu ‘malicious and selective prosecution’ (pendakwaan yang jahat dan selektif) terhadap saya,” katanya dengan suara serak.
Bagaimanapun, beliau kembali bertenang dan meneruskan keterangannya kepada mahkamah.
Rosmah turut memohon maaf kepada Hakim Mohamed Zaini Mazlan kerana luahan emosi itu.
“Minta maaf, banyak perkara yang telah saya lalui,” katanya kepada mahkamah.
Rosmah, 69, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi.
Rasuah itu didakwa diterima melalui Rizal sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hari ketiga pada Khamis, semasa pemeriksaan balas di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyoal siasat tertuduh mengenai apakah isteri-isteri Perdana Menteri sebelum Najib dikenali sebagai wanita pertama Malaysia.
Rosmah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia (FLOM) dan menafikan satu bahagian diwujudkan khusus untuk beliau di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Malah beliau berkata, gelaran itu untuk ‘tujuan pentadbiran’.
Antara air mata Rosmah, kambing hitam dan gelaran First Lady of Malaysia
Baca Artikel Menarik :
Jalan berlubang telefon Shahidan, 019-454 5111 Habibul Rahman ambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq Pandora Papers, ini apa kata Najib Mohamad Ali cabar Idris bertanding kawasan sama Menghadap Agong, Dap minta Norhizam tidur awal, jangan mimpi Sesungguhnya azab neraka itu pedih tak terperi – Netizen Perbuatan lelaki cabul pekerja wanita kedai vape dirakam CCTV Pasangan kekasih jatuh tergolek ketika ingin berpelukan Penduduk berang, bakar pencuri motosikal hidup-hidup Meeting pakai kain batik, Mat Salleh raih perhatian netizen Resepi Kari Tulang Rebung, Sedap Betul Lauk Ni Layari Laman Facebook MYKMU
Rosmah menangis ketika perbicaraan

The post Antara air mata Rosmah, kambing hitam dan gelaran First Lady of Malaysia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/07/antara-air-mata-rosmah-kambing-hitam-dan-gelaran-first-lady-of-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siti Hasmah And Not Rosmah Was Malaysia S First First Lady

Siti Hasmah And Not Rosmah Was Malaysia S First First Lady

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 255 hits
Gopal Sri Ram asked Rosmah Mansor in court today whether she was Malaysia s first First Lady and whether the wives of previous prime ministers before Najib Tun Razak were also called First Lady and Rosmah replied she does not know Actually ...
Rosmah I Don T Know Whether My Mum In Law Was First Lady Of Malaysia

Rosmah I Don T Know Whether My Mum In Law Was First Lady Of Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 238 hits
Rosmah Mansor testified that she does not know whether her mother in law was the First Lady of Malaysia The wife of former prime minister Najib Abdul Razak gave this answer during her corruption trial today related to the RM1 25 billion sol...
Rizal Dalang Rosmah Kambing Hitam Kata Peguam Bela

Rizal Dalang Rosmah Kambing Hitam Kata Peguam Bela

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 213 hits
Rizal dalang Rosmah kambing hitam kata peguam bela Peguam bela Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bekas pembantunya Rizal Mansor adalah dalang sebenar di sebalik kes rasuah projek tenaga solar hibrid Akbe...
Rosmah Dijadikan Kambing Hitam Percayalah

Rosmah Dijadikan Kambing Hitam Percayalah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 208 hits
Pembelaan dalam kes rasuah Rosmah Mansor akan membuktikan isteri bekas perdana menteri itu dijadikan kambing hitam dalam kes projek solar hibrid membabitkan 369 sekolah luar bandar di Sarawak sedangkan bekas pembantunya Rizal Mansor merupak...
The First People Of Peninsular Malaysia

The First People Of Peninsular Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 301 hits
HISTORY TOLD AS IT IS Orang Asli a term officially coined in 1960 collectively refers to the original or native people of Peninsular Malaysia Currently numbering about 200 000 the Orang Asli are the first people or oldest inhabitants of Pen...
Malaysia Antara Negara Runding Untuk Dapatkan Pil Rawatan Covid 19 Keluaran Merck

Malaysia Antara Negara Runding Untuk Dapatkan Pil Rawatan Covid 19 Keluaran Merck

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 290 hits
Banyak negara Asia berusaha untuk mendapatkan bekalan rawatan berpotensi itu lebih awal setelah mereka ketinggalan daripada negara negara Barat dalam program vaksinasi Covid 19 Pil antivirus Covid 19 keluarann Merck mungkin situasi selepas ...
Sediakan Mainan Gantung Supaya Bayi Boleh Melatih Fokus Mata Antara Langkah Pencegahan Penyakit Mata

Sediakan Mainan Gantung Supaya Bayi Boleh Melatih Fokus Mata Antara Langkah Pencegahan Penyakit Mata

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 199 hits
Kesihatan si mata adalah perkara yang paling penting bagi setiap ibu bapa di muka bumi ini Pun begitu bayi amat mudah dijangkiti penyakit ekoran sistem imun mereka yang masih lagi lemah Antara penyakit yang kerap menjangkiti bayi adalah pen...
Lirik Asa Dan Air Mata Line Of God

Lirik Asa Dan Air Mata Line Of God

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 321 hits
duniaku yang kini hitam hampadan jiwaku membeku tiada rasakan ku obati semua luka yang pernah ada dan terpenjara dalam ingatan yang tak pernah sirna agar terhapuskan semua
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner