Annissa Bayi Ajaib Dilahir Tanpa Tempurung Kepala Otak Di Luar Kini Masih Bertahan


Tidak sedikit pun rasa menyesal di hati seorang ibu yang melahirkan seorang bayi perempuan tiada tempurung kepala sehingga menyebabkan otak berada di luar.
Suri rumah, Norwati Saad, 35, melahirkan bayi comel diberi nama Nur Annissa Zaki sejak 4 Ogos lalu, diuji dengan kecacatan pada tempurung kepala bayinya yang dinamakan ‘holoprosencephaly,’ selain mengalami lelangit sumbing serta memiliki enam jari pada tangan kanan.Menurut Norwati, dia melahirkan anak kelimanya itu di Hospital Port Dickson dan pada ketika usia kandungan tujuh bulan, dia dinasihatkan oleh doktor untuk menggugurkan kandungannya selepas laporan imbasan ultrasound mendapati terdapat kecacatan di bahagian kepala anaknya.
Katanya, pihak hospital turut memaklumkan jangka hayat anaknya tidak lama, bagaimanapun dia dan suami, Zaki Rosly, 40, hanya mampu berserah kepada ALLAH SWT dan berharap anaknya terus hidup sihat seperti bayi lain.
“Doktor kata anak saya hanya mampu hidup dua, atau tiga hari sahaja selepas bersalin namun sehingga hari ini saya bersyukur umurnya masih panjang dan memang mudah menjaga Nur Annissa kerana tidak selalu meragam.
“Saya anggap ini anugerah tidak ternilai ALLAH SWT beri kepada kami suami isteri lebih-lebih lagi anak perempuan pertama dalam keluarga memandangkan empat anak saya yang lain adalah lelaki,” katanya yang menetap di Kampung Kuala Linggi, Masjid Tanah, di sini hari ini.
Norwati berkata, sejak mengetahui keadaan fizikal bayinya dia telah belajar untuk menerima hakikat itu dengan hati terbuka sehinggalah melahirkan Nur Annissa secara normal dengan berat lebih 2.6 kilogram.
“Sedih memang sedih, tapi saya dah bersedia sejak kandungan berusia tujuh bulan lagi dan apa sahaja yang ALLAH SWT berikan saya terima serta reda,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Zaki Rosly, 40, yang bekerja sebagai operator kilang di Tangga Batu berkata, anaknya juga tidak minum susu melalui puting botol disebabkan masalah lelangit sumbing dan hanya diberi minum menggunakan cawan sukatan plastik.
Menurutnya, dia berharap ada pihak yang dapat membantu mereka terutama yang pakar dan arif dalam bidang perubatan agar anaknya dapat membesar dengan sihat serta menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain.
“Setakat ini pun pihak hospital tidak memaklumkan kami perlu menjalani rawatan susulan dan kami sendiri tidak tahu apa yang boleh kami buat. Cuma di bahagian kepala Nur Annissa, kami letakkan kapas serta pakaikan sarung kepala disebabkan keluar cecair berwarna kekuningan,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang atau menghulurkan bantuan boleh menghubungi beliau melalui nombor telefon 01161673662 atau akaun bank BSN 0411729000088130
Sumber: Sinar Harian
The post Annissa Bayi Ajaib. Dilahir Tanpa Tempurung Kepala & Otak Di Luar, Kini Masih Bertahan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/annissa-bayi-ajaib-dilahir-tanpa-tempurung-kepala-otak-di-luar-kini-masih-bertahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Dibelasah Bekas Teman Lelaki Wanita Ini Derita Tempurung Kepala Retak Dan Pendarahan Otak

Didakwa Dibelasah Bekas Teman Lelaki Wanita Ini Derita Tempurung Kepala Retak Dan Pendarahan Otak

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 546 hits
Nasib seorang remaja perempuan dipukul oleh bekas teman lelakinya separuh mati sehinggakan menyebabkan tempurung di kepala retak dan paling menyedihkan otaknya mengalami kerosakan kekal Remaja yang berusia 18 tahun ini berkata kecederaan ya...
Menghidap Jantung Berlubang Ini Kisah Nur Anissa Zaki Yang Lahir Tanpa Tempurung Kepala Dan Otaknya Diluar

Menghidap Jantung Berlubang Ini Kisah Nur Anissa Zaki Yang Lahir Tanpa Tempurung Kepala Dan Otaknya Diluar

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 329 hits
Beberapa hari ini nama Nur Annissa Zaki bayi comel yang dilahirkan tanpa tempurung kepala kerap kali berlegar legar di dinding media sosial Lebih sayu apabila keadaan yang dialami bayi perempuan itu menyebabkan otaknya berada di luar kepala...
Sup Ikan Kaya Dha Bagus Untuk Otak Bayi Ibu Kenalah Selalu Sediakan

Sup Ikan Kaya Dha Bagus Untuk Otak Bayi Ibu Kenalah Selalu Sediakan

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 631 hits
Sup ikan memang baik untuk bayi Sarat dengan DHA Anda boleh mengikuti resepi daripada ibu ini untuk menyediakan sup ikan yang mesra bayi Ibu ibu amat teliti dalam pemilihan sajian untuk bayi Oleh itu sediakan sajian daripada bahan yang kaya...
Durian Itu Jatuh Kena Isteri Dulu Selepas Itu Melantun Ke Kepala Anak Durian Jatuh Timpa Bayi 4 Bulan

Durian Itu Jatuh Kena Isteri Dulu Selepas Itu Melantun Ke Kepala Anak Durian Jatuh Timpa Bayi 4 Bulan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 681 hits
Musim durian telah tiba Pergi sahaja ke mana mana pasti akan terjumpa peniaga durian di tepi tepi jalan Kelazatan isi dan aroma yang memukau dari durian membuatkan orang ramai tergila gilakannya Namun menerusi Harian Metro satu kejadian yan...
Tengah Minum Tiba Tiba Kepala Bayi Keluar Ibu Cerita Cemasnya Terberanak Di Ruang Tamu

Tengah Minum Tiba Tiba Kepala Bayi Keluar Ibu Cerita Cemasnya Terberanak Di Ruang Tamu

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 468 hits
Mudahnya dia bersalin itulah ayat yang terpacul dalam fikiran saat membaca perkongsian ibu ini yang terbersalin tanpa sengaja anak keempatnya di ruang tamu rumah Proses bersalin lazimnya amat menyakitkan terutama sekali bagi ibu ibu yang be...
Deretan Panser Tni Buatan Tahun 60an Masih Dipakai Sampai Kini

Deretan Panser Tni Buatan Tahun 60an Masih Dipakai Sampai Kini

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 272 hits
Pasukan TNI memiliki alutsista alutsista tua namun masih bisa digunakan Inilah alutsista tersebut
Kepala Biro Politik Ulmwp Bersama Puluhan Orang Lainnya Masih Ditahan

Kepala Biro Politik Ulmwp Bersama Puluhan Orang Lainnya Masih Ditahan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 261 hits
Port Numbay Kepala Biro Politik United Liberation Movement for West Papua Logo Bazoka ditangkap di Abepura Kamis ketika hendak memimpin aksi demonstrasi damai mendukung pertemuan Pacific Island Forum di Tuvalu Bazoka ditangkap oleh satuan i...
Bayi 3 Bulan Cedera Kepala Ditimpa Buah Durian

Bayi 3 Bulan Cedera Kepala Ditimpa Buah Durian

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 557 hits
The ReporterSeorang bayi lelaki mengalami kecederaan di kepala telinga pipi dada dan tangan kiri akibat ditimpa buah durian Menurut Azizul Mohamad yang berkongsikan gambar itu di Facebook Group Gabungan Anak Terengganu mangsa baru berusia t...
Blog Cik Matahariku Capai Pageviews Ke 43 Juta Views Masih Relevankah Blog Pada Masa Kini

Blog Cik Matahariku Capai Pageviews Ke 43 Juta Views Masih Relevankah Blog Pada Masa Kini

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 299 hits
As SalamBlog Cik Matahariku Capai Pageviews ke 43 Juta Views Masih Relevankah Blog Pada Masa Kini Alhamdulillah Syukur Hari ke 16 pada bulan Ogos barulah saya berkesempatan update blog Cuti Aidil Adha bersambung dengan cuti penggal sekolah ...
Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran

New Electricity Tariff Rates Will Malaysians Continue To Be Burdened

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rentak Dua Hati

Atasi Masalah Lalat Di Dapur Guna Air Rendaman Kulit Pisang

Monolog

Dalai Lama Umum Pelan Penjelmaan Semula Saya Akan Dilahirkan Semula Di Dunia Bebas

Dasar Pendidikan Menengah Wajib Maksud Kepentingannya

Mayat Ibu Bapa Dan Anak Autistik Ditemui Reput Di Seremban Ada Kesan Torehan Pisau Berdarah