Uri Di Bawah Ketika Kandungan 16 Minggu Jangan Khuatir Berpotensi Naik Semula


Kes kedudukan uri pada bahagian bawah adalah sesuatu yang sering berlaku di kalangan ibu mengandung. Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen, tenaga dan nutrisi daripada ibu melalui tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula akan disalurkan semula ke uri. Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital menjelaskan tentang hal ini.

Kedudukan uri semasa kehamilan merupakan satu proses yang spontan dan rawak. Pada peringkat awal kehamilan, kebanyakan uri akan mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna cerah dalam imej ultrasound. Kedudukan sebegini dinamakan sebagai circumferential.

Apabila kandungan semakin membesar, rahim akan mengembang dan kedudukan uri akan dilihat dengan lebih jelas dan terperinci. Kedudukan uri boleh dibahagikan kepada bahagian depan (anterior), belakang (posterior) atau di sisi rahim (lateral). Ultrasound perlu dilakukan,  lebih-lebih lagi pada pertengahan trimester (dalam 16 minggu) untuk menentukan kedudukan uri.
Mengikut RCOG Guideline 2018, uri yang menutupi bahagian dalam pangkal rahim dikenali sebagai placenta praevia. Walau bagaimanapun, sekiranya ultrasound dilakukan pada awal kandungan dalam 16 minggu, istilah uri rendah atau uri bawah (low lying placenta) lebih biasa digunakan kerana ada kebarangkalian uri tersebut akan ditarik naik pada 32 minggu. Jarak uri yang terlampau dekat dengan pangkal rahim turut dinamakan uri bawah atau uri rendah. Selalunya jarak yang digunakan adalah kurang 2cm.
Artikel Menarik: [Mengidam Macam-Macam Waktu Pregnant. Ibu Yang Nak, Jangan ‘Jual’ Nama Baby]
Ultrasound lanjutan perlu dilakukan pada 32 minggu untuk menentukan bahawa uri kekal di bawah (placenta praevia) atau tidak. Kadang kala ultrasound dari bawah melalui faraj (trans-vaginal scan) perlu dilakukan untuk melihat dan mengukur dengan lebih tepat kedudukan uri. Jangan risau, trans-vaginal scan adalah selamat semasa mengandung!

Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat, bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan. Ada juga doktor gemar membahagikan placenta praevia kepada 2 kumpulan iaitu placenta praevia major dan minor.
Sekiranya minor, ibu berpeluang untuk mencuba melahirkan anak secara normal. Ibu yang mengalami keadaan ini perlu mendapatkan penjelasan daripada doktor tentang keadaan dirinya.
Risiko kes placenta praevia adalah ia boleh mengakibatkan pendarahan. Keadaan ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 32 minggu. Ini adalah kerana ibu akan mengalami braxton hicks dan kemudian tanda-tanda bersalin yang mengakibatkan pembukaan pangkal rahim di mana letaknya kedudukan uri. Kadang-kala tanpa tanda-tanda bersalin, ibu mengalami pendarahan dengan tiba-tiba.
Pendarahan yang berterusan membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung. Oleh sebab itu, kebanyakan kes placenta praevia major, si ibu dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga tarikh pembedahan. Ini adalah kerana sekiranya berlaku pendarahan semasa berada di hospital, ibu dan bayi mempunyai peluang yang cerah untuk selamat. Pembedahan akan dilakukan segera dengan darah yang telah tersedia jika perlu untuk pembedahan.

Artikel Menarik: [6 Mitos Cara Kenal Jantina Bayi Dalam Kandungan. No 3 Paling Ramai Orang Buat]
Doktor akan berusaha mengeluarkan bayi dan uri; dan pada masa yang sama memberhentikan pendarahan secepat mungkin. Hanya beberapa minit ibu boleh kehilangan banyak darah. Pada keadaan kritikal ini, doktor sakit puan akan bekerjasama dengan doktor bius untuk memastikan keadaan ibu stabil.
Disebabkan oleh itu, ibu tidak dibenarkan untuk mengurut cara tradisional atau bukan tradisional kerana takut berlaku pendarahan. Nyawa ibu boleh terancam dan bayi dalam kandungan boleh maut bila pendarahan berlaku. Sekiranya ibu kurang faham atau kurang percaya, dapatkan pendapat dari beberapa doktor yang lain.
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/uri-bawah-ketika-kandungan-16-minggu-jangan-khuatir-berpotensi-naik-semula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Perhubungan Beri Sinyal Tarif Ojek Online Naik 2 Minggu Lagi

Kementerian Perhubungan Beri Sinyal Tarif Ojek Online Naik 2 Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 224 hits
Dalam waktu dekat Kementerian Perhubungan akan mengajak diskusi dari pihak penyedia aplikasi dan juga dari pihak mitra pengemudi untuk membicarakan penyesuaian tarif tersebut
Naik Motor Bonceng Anak Di Bawah Umur Akan Didenda Rp3 Juta

Naik Motor Bonceng Anak Di Bawah Umur Akan Didenda Rp3 Juta

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 385 hits
Sepeda motor menjadi kendaraan dengan populasi terbanyak di Indonesia Alasan orang lebih memilih motor sebagai alat transportasi sehari hari karena untuk menghindari macet dan harga jualnya paling terjangkau ketimbang mobil Sebelum mengenda...
Gatal Gatal Di Bawah Waktu Hamil Ia Mungkin Jangkitan Fungal Jangan Abaikan

Gatal Gatal Di Bawah Waktu Hamil Ia Mungkin Jangkitan Fungal Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 325 hits
Sesetengah wanita mengandung mungkin akan merasa gatal gatal pada kemaluan ia sering berlaku Ada yang tidak serius tetapi terdapat sesetengah kes rupanya ibu hamil tersebut dijangkiti fungal Apakah itu jangkitan fungal dan adakah ia sesuatu...
Jangan Fikir Nak Gah Ceo Muda Ini Kongsi Tips Mula Meniaga Dengan Modal Bawah Rm5k

Jangan Fikir Nak Gah Ceo Muda Ini Kongsi Tips Mula Meniaga Dengan Modal Bawah Rm5k

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 541 hits
Siapa yang baru nak mula berniaga tu boleh take note ya small Cover image via Twitter magmalaya small Semakin ramai yang menceburi dunia perniagaan kini Ada yang lakukannya sekadar untuk suka suka dan i i mencari i side income i namun begit...
Teh Bubble Tengah Naik Daun Kenali Kandungan Nutrisi Di Dalamnya

Teh Bubble Tengah Naik Daun Kenali Kandungan Nutrisi Di Dalamnya

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 315 hits
Minuman teh bubble ini jauh dari kata sehat karena mengandung banyak pemanis dan pemanis buatan Kandungan yang ada ini membuat nilai nutrisi yang ada di dalamnya sirna
Sesekali Cuba Angkat Bibir Tengok Gigi Anak Nampak Tompok Putih Jangan Abaikan

Sesekali Cuba Angkat Bibir Tengok Gigi Anak Nampak Tompok Putih Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 1018 hits
Sesekali tu cuba periksa mulut anak anak kita Nak tengok ada ke tidak TANDA TANDA AWAL gigi berlubang Tak susah pun Cuma angkat bibir dan tengok pada permukaan gigi Gigi yang bersih warna macam putih susu Tanda awal gigi rosak ialah adanya ...
Jangan Lancang Gunakan Sosial Media Untuk Hal Hal Positif

Jangan Lancang Gunakan Sosial Media Untuk Hal Hal Positif

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 461 hits
APARTEMEN RAKSASA ITU SO TALAPAS TAPI TERNYATA ADA ANAK2 MILLENIAL YANG TIDAK TAHU MENGGUNAKAN MEDSOS SECARA POSITIF LANCANG Sekitar 15 tahun lalu saya pernah katakan kepada salah satu teman saya bahwa ORANG PAPUA SEBENARNYA RASIS dan saya ...
Catat Nih Jadwal Mekar Sakura Di Jepang Tahun 2020 Jangan Sampai Kelewatan Kecantikan Sakura

Catat Nih Jadwal Mekar Sakura Di Jepang Tahun 2020 Jangan Sampai Kelewatan Kecantikan Sakura

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 473 hits
Sakura mekar kurang lebih cuma seminggu Gaes Jadi kalau salah jadwal bisa nggak dapat sakura nih
Makan Makan Di Camden Market

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen